Blog Sihatimerahjambu

Satay Tulang Jelebu

1:00 PM


As salam,

Ok ni sebenarnya cerita bulan puasa hari tu. Aku pusing bazaar Ramadhan, kat hujung jalan aku nampak banner Satay Tulang Jelebu. Aku teruja sebab ofismate aku, Andy kata satay dia besar-besar dan sedap. Tapi dia makan kat Senawang. Yang aku punya ni kat Kajang.

"Bang singgah beli satay tulang bang. Kalau abang belum pernah cuba, baik abang cuba sebab kami kat sini sebulan je", tegur awek manis tu bila lihat aku dok perati je banner dia sedari tadi. Lagipun aroma satay tu menyucuk-nyucuk hidung aku. Sedap bak hang!

"Berapa secucuk ni?", aku tanya sambil belek-belek lidi satay. Memang besar satay dia. Curious aku sekejap sebab baru tengok.

"Satu seringgit setengah. Kalau ambil 6 sekali ngan nasi impit.. RM10", kata dia. Boleh tahan gak harga dia. Bau memang umphh.. rasa tak tau lagi.



Alang-alang aku angkat RM10, ye la takkan aku nak beli 2 cucuk. Apa barang beli satay dua cucuk.. nampak nau kedekut. Bila berbuka, aku rasa memang terbaik lah. Satay tu.. satay ayam. Macam korang ratah rangka ayam, macam tu la rupa bentuknya cuma rangka ayam tu diperap dengan bahan-bahan satay dan di bakar. Tapi serius rasanya memang terbaik. Betul la kata kawan aku.. memang sedap.

Tapi tu la kan, secucuk RM1.50. Ratah rangka je pun. Aku bagi kredit kat kuah perapan dia :) Kalau korang belum cuba, boleh la dapatkan satay ni kat area Senawang, Negeri Sembilan.


You Might Also Like

7 comments

  1. salam. waa...mesti sedap ni kan..nasib baiklah jauh, kalau tak nak try jugak :)

    ReplyDelete
  2. kalau rm10 bbesar2 gini sataynya memang berbaloi la..walaupun rangka je tapi cer beli rangka ayam gorengbiasa kat pasar malam tu..satu rm2:50 tau..

    ReplyDelete
  3. area Putrajaya nie xde ke cawangan dia? haha...

    ReplyDelete
  4. satay tulang ea ..luar biase tol ..tapi dah kate sedap, mmg rase nak cube ler ..hehe

    ReplyDelete
  5. masa nak kunyah tu ada tulang skali la ye? Tak terganggu ke mood nak makan sebab kena kunyah tulang2 tu.

    ReplyDelete
  6. senawang dah dekat ni..kat area mane pulak tu..agak mahal untuk rangka kan..tapi kalau nak cuba why not :)

    ReplyDelete