Animasi Terbaru Upin, Ipin & Ultraman


As salam,

Aku sangat mengikuti perkembangan animasi negara lebih-lebih lagi bila melibatkan animasi Upin & Ipin dan Boboiboy. Animasi Malaysia sudah boleh dibanggakan dan kini melangkah setapak lebih jauh bilamana Les' Copaque Production kini telah berkolaborasi dengan syarikat Tsuburaya yang terkenal dengan watak superhero Ultraman sejak berzaman lagi.

Dalam episod kali ini, siri animasi Upin dan Ipin menampilkan watak istimewa iaitu ultraman yang dikenali sebagai Ultraman Ribut. Upin, Ipin dan kawan-kawan berperanan sebagai ahli Defense Rescue Force yang membantu Ultraman Ribut menetang Raksasa Kilat dan Raksasa Halilintar daripada terus mengganas dan memusnahkan Bumi. Kedatangan raksasa tersebut ke bumi disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di kota dan di desa. Di akhir cerita ini, Upin, Ipin dan kawan-kawan serta Ultraman Ribut berjaya mengalahkan raksasa tersebut. Upin dan Ipin juga sedar yang mereka perlu sentiasa menjaga bumi supaya tidak dicemari.




Aku harap kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi dengan lebih ramai produksi luar sekaligus menaikkan lagi industri animasi tanahair.

Syabas!

7 Comments

  1. Hai.. cerita ni anak saya sukaa sangat..elok sangat la gabungan ni. Lepas ni tgk satu cerita je..

    Thanks 4 sharing..

    Salam ukhwah dan salam kenal dr mommylina

    ReplyDelete
  2. lawak je cte nie. .hahaha. :D

    bw+follow dr giveaway jiwarosak. . :D

    http://budaksukavanilla.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. SALAM :) SY DATANG DR GIVEAWAY NI... JEMPUTLAH KE BLOG SAYA :)

    http://kumahuitu.blogspot.com/2014/11/giveaway-cuti-sekolah-by-jiwarosak.html

    ReplyDelete
  4. oo ada kolaborasi ker? ingatkan Ultraman sekadar datang untuk Karnival Upin Ipin jea...

    ReplyDelete
  5. gabungan terbaik..budak budak mesti suka

    ReplyDelete
  6. wah.. best ni.. nak nak.. nak tengok nak tengok..

    ReplyDelete
  7. kalau buat filem pun best rasanya nih..

    ReplyDelete