Damar Suria Resort, Melaka


As salam,

Minggu lepas aku berkesempatan mengikuti program Hari Keluarga yang dianjurkan oleh taman aku. Ni kali ke 3 program seumpama ini diadakan. Aku macam biasa la antara watak penting yang wajib mengimarahkan program-program seperti ini :)

Ok apa yang nak aku ceritakan adalah berkenaan tempat penginapan yang kami tempah sepanjang hujung minggu di sana. Damar Suria Resort terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka. Kepada mereka yang memulakan perjalanan dari arah Kuala Lumpur, kalian hendaklah melalui lebuhraya PLUS Utara-Selatan dan ambil susur keluar di Pedas-Linggi. Sebaik sahaja melepasi tol, ambil susur kanan dan ikut arah papan tanda Lubok Cina dan Masjid Tanah. Masa yang diambil daripada Kajang ke sana kira-kira satu jam empat puluh lima minit.



Damar Suria Resort ada menyediakan pelbagai kemudahan bagi mereka yang datang berkunjung atau bercuti dan sangat sesuai bagi mereka yang merancang aktiviti seperti hari keluarga atau acara tahunan. Antaranya adalah kolam renang, dewan terbuka, tapak BBQ, kawasan untuk bersukaneka, gelanggang bola tampar dan gazebo. Lokasinya sangat strategik memandangkan betul-betul berada di pesisir pantai.



Tempat penginapan ini juga berhampiran dengan medan ikan bakar dan pada aku tak susah untuk mencari tempat makan pada malam hari. Jaraknya dianggarkan dalam satu kilometer daripada tempat penginapan.

Harganya berpatutan, RM90/sehari untuk hari biasa dan RM110/sehari pada hujung minggu untuk standard room. Untuk pilihan bilik lain seperti Family Room atau Superior Room pun ada dan harganya daro RM100 hingga RM160 sahaja. Pihak pengurusan juga ada menyediakan pekej bagi pelajar dan mereka yang ingin mengadakan seminar. Pada aku, keadaannya memuaskan dan keadaan bilik masih bersih dan boleh diduduki. Aku bagi 3 bintang untuk Damar Suria Resort.




Korang boleh berurusan terus dengan pihak pengurusan pada maklumat yang tertera di bawah ;

Damar Suria Resort
Lot 1948, Jalan Persisiran Pantai Teluk Gong,
Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah,
78300 Melaka

Tel : 017.6248155 / 013-3652207 (Whatsapp)
Office : 06-3843887 (office hrs)

Untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan tempahan dan harga bilik, boleh la
KLIK DI SINI

5 Comments

  1. yang penting ada kolam renang..anak2 akak kalau tak de kolam renang mula la dok komplain bosan..bosan..adik pun tiru la.."ocan..ocan nye.."

    hehehe

    ReplyDelete
  2. cm comel je kerusi banquet dua bijik tu..hihihi

    ReplyDelete
  3. sekali sekala bercuti merelakskan diri depan pantai memang ohsem laa...

    ReplyDelete
  4. boleh tahan juga kalau stay sini bercuti :)

    ReplyDelete