Separuh Jiwaku Pergi


As salam,

Aku kenal dia since 2009, tapi menjadi sangat rapat sejak aku mula berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 2012. Kami umpama belangkas, kemana-mana pasti bersama. Makan pagi, tengahari, betul kereta, buat overtime hujung minggu, hangout, kursus.. boleh dikatakan semuanya berdua. Tapi sayangnya mungkin terhenti sehingga 5 Disember 2014 sahaja.

Dia dapat kenaikan pangkat dan dikehendaki melaporkan diri ke Kuantan, tempat bermula karier aku sebagai penjawat awam. Mula-mula aku dapat tahu, aku tak tau apa aku rasa tapi bila dari hari ke hari sehingga hari ini, tiba-tiba aku rasa kosong. Rasa seperti aku akan hilang sesuatu yang penting. Aku rasa macam hilang sebelah tangan!




All the best bro, berat nak lepaskan kawan sebaik kau. Mungkin lepas ni aku terpaksa bawak bekal hari-hari, buat overtime sorang-sorang, takde lagi partner nak melawak sakan. Takpe aku cuba sesuaikan diri. Aku harap kau pun macam tu kat sana.

Takde hal bro.. aku takde hal. Aku harap kau tak lupa yang kita pernah jadi bestfriend dan aku selesa bila ia kekal begitu. Betul lah kata orang, kita akan belajar menghargai sesuatu bila kita mula rasa akan kehilangannya.

Sayonara sampai berjumpa lagi..

10 Comments

  1. alala..sedihnya..berjauhan takpe dik..jgn putus silaturrahim je..teruskan berhubung..:-)

    ReplyDelete
  2. adui sedih yer....xpa nanti boleh pie kuantan jumpa ok...hak3 chill la bro...

    ReplyDelete
  3. brotherhood so strong la nih...jarak je jauh tp hati sentiasa dekat....cewahhhh

    ReplyDelete
  4. Sbb Allah nak beri peluang untuk orang lain pulak tahu akan betapa baiknya dia. Dan Allah nak beri peluang utk ko dpt kawan lain yg juga baik.

    ReplyDelete
  5. sedihnya bila BFF akan pergi..bertabahlah afzal.

    ReplyDelete
  6. betul betul betul..kita akan lebih menghargai bila orang tu dah tak ada di sebelah kita..sobsob.. :(

    apa2 pun kawan zal tu hensem bangat sihhh.. :P

    ReplyDelete
  7. insyaAllah lepas ni ada BFF baru utk Afzal... ;)

    ReplyDelete
  8. biasalah yang tu..setiap pertemuan pasti ada perpisahan

    ReplyDelete