cerita hantu

Kisah Alam Angker : KM 48

3:04 PM


Zahir mencuka tatkala melihat Zamir terkedek-kedek mengangkat beg. Janji lepas maghrib tapi sekarang jam sudah pun menunjukkan pukul 9 malam. Jika ditokok tambah dengan berhenti rehat lagi, mahu pukul 2 pagi baru mereka tiba ke kampung. Zahir masak benar dengan perangai adiknya itu, tak puntual satu hal.. terhegeh-hegeh pulak tu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia pulang sendiri, tapi Zamir janji dia akan support kos perjalanan pergi dan pulang. Itu yang buat Zahir telan bulat-bulat segalanya.

"Mak kitorang baru nak gerak ni", ujar Zahir melalui satu panggilan telefon. Zamir memerhati dengan hujung mata, hanya dengar dan diam. Tak berani kata apa-apa. Bukan dia tak tahu macamana perangai panas baran abangnya itu. Dia lantas menguatkan suhu penghawa dingin, mudah-mudahan abangnya cepat sejuk.

Jalan malam itu sedikit lengang, mungkin kerana minggu bekerja. Mereka pulang ke kampung pun kerana rancangan Kak Ngah mereka setahun lepas, mahu pergi bercuti di Pulau Redang. Lagipun baki cuti Zamir banyak lagi, Zahir pula merupakan kakitangan kerajaan.. jadi tiada masalah dan halangan untuknya memohon cuti. Lagipun percutian itu sudah mereka rancang setahun yang lalu.

"Ko patah balik, ikut Highway LEKAS", kata Zahir sambil lewa. Matanya masih menatap skrin sesentuh telefon bimbitnya.

"Kenapa Lang?", dahi Zamir sedikit berkerut. Kebiasaannya dia akan menggunakan hihgway Pantai Timur, keluar ikut Gambang setiap kali ingin pulang ke Rompin. Selama dia bekerja di Kuala Lumpur, jarang sangat dia menggunakan jalan lama.. lebih-lebih perjalanan waktu malam.

"Ada lori terbalik kat Genting Sempah, jalan jammed 4km", sambung Zahir, Zamir hanya mengangguk. Haluan mereka kini berubah, mereka cuma berharap perjalanan mereka selamat dan cepat sampai ke destinasi dituju.

**********

Zahir menguap berkali-kali. Dua tin nescafe sudah diteguknya tetapi ternyata matanya masih berat. Mungkin juga lagu yang berkumandang memainkan peranan. Itulah sahaja siaran yang ada, lebih-lebih lagi mereka sedang melalui jalan Keratong- Muadzam. Sudah pasti tidak banyak siaran boleh diperolehi di situ.

"Mir aku tido kejap, kalau kau ngantuk.. ko kejut aku ok", Zahir tanpa banyak bicara terus menjatuhkan seat sedikit ke belakang dan terlelap. Zamir mengangguk dan meneruskan pemanduan. Tanpa lampu jalan agak sukar untuknya melihat jalan, hanya sesekali sahaja jalan menjadi terang dek kerana pancaran lampu lori atau kenderaan lain dari arah bertentangan jalan.

Dia bawa pun tidak laju mana memandangkan perjalanan malam, sekitar 80 hingga 90km sahaja. Sesekali lagu lama seperti Juitaku Sayang dendangan Ahmad Jais dan Rafeah buang bermain di corong radio membuatkan matanya mendayu-dayu minta ditutup. Walau bagaimana pun, dia tetap membiarkan radio tersebut menyanyi sendiri, sedikit sebanyak boleh menjadi peneman perjalanannya ketika itu. Hujan mulai merenyai, kenderaan yang dipandunya pula semakin perlahan. Zamir mencebik dengki melihat abangnya sedari tadi tidur dengan menggayakan berbagai posisi. Nak buat macamana.. dia kan abang.

**********

"Dah sampai mana ni?", Zahir terjaga, sesekali dia mengeliat kepuasan.

"Keratong lagi", lemah sahaja suara yang keluar dari mulut Zamir. Zahir tersengih.

"Nak tukar tak?"

Zamir menggeleng. Dia yakin masih lagi mampu memandu, dia cuma akan tukar bila tiba di Muadzam.

"Ko nak dengar cerita seram tak? Orang percaya sepanjang jalan yang kita lalu ni 'keras' lebih-lebih lagi dari KM 43 hingga KM 48. Ramai dah terkena. Tapi selama aku lalu, tak pernah terserempak lagi la", kata Zahir. Dalam takut-takut Zamir masih memasang telinga. Kalau tak dengar rugi pula.

"Ada kes orang jumpa langsuir, ular sebesar pemeluk, gajah putih, kereta tanpa pemandu.. eh macam-macam versi la aku dengar. Aku berani cerita ni pun sebab kita berdua, kalau aku jalan seorang memalam cengiini.. bukan setakat cerita, lalu sini pun aku tak hingin. Tu la pasal orang pesan kalau nampak kelibat orang minta tumpang, jangan berhenti. Teruskan perjalanan. Bacalah apa yang patut sebab selalunya benda tu akan kejar, tak pun tup-tup dah ada kat seat belakang", beria-ria Zahir bercerita, mulutnya tak berhenti-henti dari tadi.

Zamir menelan air liur berkali-kali. Zahir tertawa melihat air muka yang ditunjukkan Zamir, tetapi semakin lama dia merasa pelik. Lebih menghairankannya lagi apabila Zamir mula memperlahankan kenderaan dan berhenti di bahu jalan yang gelap, betul-betul di sebelah ladang kelapa sawit.

Tiba-tiba kedengaran pintu bahagian belakang terbuka. Zamir mengetap bibir, matanya hanya memandang cermin hadapan. Tiada sebait kata pun keluar dari mulutnya ketika itu. Zahir kaget, dia sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku sewaktu dia tertidur sebentar tadi. Dari sisi tingkap dia melihat susuk tubuh seorang lelaki keluar dari pintu belakang kereta tersebut. Tapi darahnya berderau bilamana lelaki itu membongkok pada paras cermin tingkapnya, dia melihat lelaki tersebut tidak berkepala!

Darah mereka berderau terus naik ke ubun-ubun. Zamir tak tunggu lama, dia terus memacu kenderaan tersebut meninggalkan kelibat yang dilihat mereka sebentar tadi. Zahir terus bertubi-tubi bertanyakan apa yang telah berlaku manakala Zamir terus-terusan memberikan alasan. Suasana gamat seketika sehingga mereka terdengar satu suara memotong perbualan mereka.

"Abang boleh patah balik.. pulangkan saya balik.."

Zahir menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya bila dia mendapati sebiji helmet berwarna merah berada di seat belakang keretanya, dan lagi menakutkan di dalam helmet tersebut terdapat kepala seorang lelaki yang berlumuran darah.

Zamir yang terkejut, gagal mengawal kenderaannya dan terhumban di longkang pada sisi jalan. Kepalanya terhantuk pada stereng kereta manakala Zahir tidak kelihatan. Tinggallah dia sendirian di situ, dalam sunyi sepi malam tanpa bulan dan cahayanya. Hanya lampu kecemasan kereta mereka sahaja yang terus menyala. Tetapi sebelum pandangan Zahir menjadi kelam, dia sempat melihat papan tanda yang berada di kanan jalan seberang jalan..

KM 48..


**********

"Bulan lepas ada berlaku kemalangan kat sini tau.. tak tau la mati ke tak", ujar lelaki separuh umur kepada pasangannya yang berada di sisi pemandu. Di dakapannya ada seorang bayi yang sedang nyenyak tidur.

Dari jauh mereka terlihat sebuah kereta tersadai di sisi jalan. Di situ kelihatan seorang pemuda melambai-lambai seperti sedang meminta pertolongan. Lelaki tersebut memberhentikan keretanya, dan menurunkan cermin tingkap sisi pasangannya.

"Kenapa ni encik?",tanya lelaki tersebut. Pemuda tersebut memaklumkan yang keretanya rosak. Dia minta ditumpangkan ke kampung berhampiran. Lelaki itu membenarkan pemuda tersebut naik sekali memandangkan kampung yang ada tak jauh dari situ.

Setelah memperkenalkan diri, mereka pun rancak berborak sementara menuju ke destinasi yang dituju. Dalam rancak berborak itu, pemuda tersebut bertanya kepada pasangan tersebut.

"Dalam perjalanan tadi, ada tak abang dan kakak nampak arwah abang saya?"

Lelaki itu lantas memandang ke cermin pandang belakang dan dia melihat...



Tamat..


P/s : Sesekali buat cerita tergantung pon ohsem gak :D



cinta

Siapa Kata Bercinta Itu Seronok?

4:08 PM


As salam,

Sebut pasal cinta semua orang bayangkan yang indah2 belaka lagi2 bila kita sendiri rasa susahnya nak mengorat. Main kejar2, kemana2 mesti berdua, cakap kat fon berjam2, boyfie nyanyikan lagu untuk girlfie sebelum tido, hadiah besday tak pernah miss, dapat bunga, makan bersuap, boyfie kol tiap2 malam, 'I love you, I miss you' tak pernah lupa, badan berbau dia kata bau wangi, nak keluar dating sanggup bangun awal pagi semata2 nak matchingkan baju ngan tudung.

Time tu kawan takde fungsi.. yang ada dalam hidup dia hanya pasangannya sahaja, kalau dating asyik borak nak dapat berapa anak, rumah besar mana, kereta jenama apa, gaji banyak mana.. semuanya tak nak mengalah. Almaklumlah depan girlfie kan? Alahai indahnya bercinta. But stop right there, fasa di atas hanya valid untuk 6 bulan pertama sahaja!

Lepas tu masuk fasa sebenar. Cemburu tak memasal, berkira2 turn siapa kena belanja, kalau dapat topup RM2 dari boyfie time ni kira tahap bersyukur ya amat sebab selalunya takkan dapat, nak keluar boleh jadi bergaduh sebab decide nak naik kereta sape, cakap dari berjam2 terus reduced ke minit sahaja, ayat jiwang diganti dengan 'haah' 'ye' 'ntah' 'ok' 'oo' sahaja dengan alasan mengantuk atau tengah study (padahal main game @ layan bola).

Mula bandingkan awek sendiri ngan awek kawan2 lain, ada je tak kena dari segi mekap mahupun penampilan, time tu awek lambat 5 minit terus cancel untuk keluar alasan banyak keje nak buat, keluar ngan awek selekeh.. tapi keluar ngan kawan lain kemain bergaya. Mesej pukul 7 pagi, 7 petang baru reply. Mula pakai 2 simkad. Citer pasal lipas pun time tu boleh bawak bergaduh. Asal bergaduh sikit.. mintak putus. Hahaha,

Bukan niat untuk menakutkan, tapi itulah hakikat sebenar alam percintaan. 6 bulan tu hanya anggaran, fasa untuk kita membuka 'pekung'. Bercinta bukan macam cerita sinetron atau drama2 tv.. takde masalah yang tak boleh diselesaikan dan komfom bahagia pada pengakhiran cerita.


Ini pengalaman aku. Seribu macam perkara kita kena fikirkan sebelum bercinta. Cinta memerlukan banyak pengorbanan. Bila kita memilih untuk bercinta, itu bermakna kita sudah bersedia untuk menghadapi risikonya. Cinta itu indah bila kita tahu menghargai setiap moment yang kita kongsikan bersama.

Apa2 pun.. good luck la ye :)

pengalaman zip seluar terbuka

Taknak Balik Kampung Boleh Tak?

12:00 AM


As salam,

Wife aku ajak balik Rompin, pada hakikatnya aku berjanji takkan jejak ke Rompin lagi. Sebab apa? Haa sekarng aku nak bukak cerita..

Bulan lepas aku ke Kuantan, abang ipar aku bertunang. Esok paginya sebelum berangkat balik ke Kajang kitorang beramai2 adik beradik keluar sarapan sama2. Seusai makan, aku pergi ambil payung kat kereta memandangkan hujan mulai turun. Kuantan kan hujan memanjang time tu. Risau Jasmeen demam.

Aku muka ceria, bapak mentua aku ceria, mak mentua aku ceria.. semua ceria.

Dalam dok mak mentua aku ceria2 gitu, sempat gak dia tegur aku..

"Err tu zip seluar tak tutup"

Dari aku yang tadi ceria terus bertukar #ceriaabahkau. Mak mentua aku tersipu2 malu kahkahkah jahanam aku pagi tu. Aku anggapkan dia tak nampak apa2 yang ada di sebalik seluar aku.

Kalau nampak aku yakin mak mentua aku dah terjelopok berbuih2 kat situ :D


coklat pelik

Amacam Berani Jilat?

12:00 AM


As salam,

Hotlix merupakan syarikat asal yang menghasilkan gula-gula serangga yang boleh dimakan. Antara serangga-serangga yang terpilih dengan jayanya adalah seperti gonggok, belalang, kala jengking, cacing, semut dan cengkerik. Haa tepuk2!! Tahniah la diucapkan :D

Selama 20 tahun mereka mengusahakannya dan selama itu juga rata2 ibu bapa terpaksa menjerit tatkala melihat anak2 mereka mengemam gula2 dengan inti serangga di dalam. Masih dalam kajian, aku harapkan gula lolipop berinti lipas akan dikeluarkan untuk pasaran Malaysia nanti warghhh!!! :D


Bosan dengan strawberi celup coklat?Nah cuba rasa epal celup coklat
dengan kriuk-kriuk cacing di luar. Perghh!!

Eh eh murah plak tu. Lagi murah daripada Famos Amos. Bang bungkus 100g ye!


P/s : Sape makan ni kompom spesis katak!

iklan jawatan kosong

Iklan Jawatan Kosong : Interior Designer [URGENT]

12:00 AM


As salam,

Aku sekadar menyampaikan pesan kawan aku ye :)



Jawatan : Interior Designer
Kekosongan jawatan : 2
Jantina : Lelaki / Perempuan
Kelayakan : Diploma / Degree in Art & Design
Kriteria : Mestilah kreatif, positif dan rajin.
Lokasi : Taman Melawati, Kuala Lumpur

Berminat? Sila emelkan resume lengkap ke ikin611225@gmail.com


cerita jiran

Ragam Rumah Flat #1

10:43 AM


As salam,

Kemain aku hashtag bagai kan?kan? Haha aku dah kira.. blok aku ada 20 keluarga, ada 5 blok so totalnya 100 keluarga. Dan aku anggarkan aku akan peroleh 100 jenis cerita hahaha :D Kak Diana saya duduk umah flat la.. apa yang besarnya umah saya :)

1st day
Aku bawak masuk barang dalam rumah.. datang seorang akak tegur aku. Dia kata dia nak beli karipap kat jiran depan rumah aku.

"Baru pindah?"

"Haah", aku senyum kelat, almaklumla tengah pikul tv. Lepas tu dia bantai borak ngan wife aku plak. Bila dia beredar aku tanya dia nak apa. Wife aku jawab dia pengasuh.. nak usha anak aku dah ada orang jaga ke blom.

Yang takbley blah akak tu bagitau dia dok blok sebelah.. tingkat paling atas. Ko boleh bayangkan teropong jenis apa yang dia gunakan hahaha :D



Last Week
Wife aku keluar buang sampah memalam. Bila balik dia bagitau terserempak ngan sorang akak, tanya pasal pengasuh anak.

"Akak haritu ke?"

"Tak.. akak lain plak"

Akak lain tapi modus operandi yang sama.. mencari anak orang untuk diasuh dan dibasuh :P

Hmm dah serupa macam MLM versi pengasuh pon ada :)




GA Azhafizah

Giveaway Birthday Azhafizah

7:32 AM


As salam,

Gigih aku pepagi Isnin ni. Sesampai je ke opis terus online dengan harapan nak balas jejak kengkawan yang ter-miss last 2 weeks. Baru jejak blog Azhafizah.. terpaksa buat entry dulu baru sambung blogwalking ngehngehngeh. Sori la aku tak tahan.. tak tahan godaan hadiah yang Azhafizah tawarkan almaklumla dia bermurah hati nak buat GA bersempena hari lahir dia yang bakal tiba.

Heh kagum tak.. aku jarang nak join menda alah cenggini tapi kali ni tetiba teruja plak :D korang boleh klik banner bawah untuk terus ke GA Azhafizah :)


Perghh huntungla kan.. setau aku orang yang sambut hari lahir yang dapat hadiah, tapi kes ni orang yang sambut besday plak yang bagi hadiah. Kehkehkeh

P/s : ni pesen orang kayo sambut besday.. kayo ngan idea :D

local artist

Sona One - No More (with lyrics)

2:21 PM


As salam,

Lama aku menghilang. Biasala kalam ni bukan mata pencarian aku.. sekadar wadah untuk aku berkongsi sesuatu. Aku anak beranak demam-batuk-selsema. Melayan Jasmeen yang tak sihat tu.. batuk berkahak. Kesian aku tengok. Lagipun aku baru pindah rumah. Haa part tu nanti la aku cerita, aku nak snap gambar dalam rumah pun aku malu. Kira memang port terbaik la bebudak nak main nyorok-nyorok. Eh bukan setakat anak-anak, mak bapak nak join main sekaki pon apedehal :D

Sambil mengemas, aku layan lagu ni kat radio. Aku espect Akon yang nyanyi.. rupa-rupanya local artist! Aku tak tau la kalau korang punya taste macam aku.. tapi layan la. Hari ni aku sempat post entry ni je. Nak balas jejak korang pon xsempat :( InsyaAllah esok lusa aku jengah ye. Sorry.

Jom layan lagu dari Sona One - No more *thumbs up



video


Just say the same no more
Just say the same no more
Just say the same no more
Just say the same no more
Can't stop thinkin' about it

And your changes won't stop
Once she used to be cool now she's not
I'm tellin' to myself can't be well like
A' a' a' aa

Just say the same no more
Everyday like the same thing
But everyday everything is changing
Got some more buddies and I made a couple new ones
Gotta like smarter coz other people was too dumb
When a little money coming in everybody buggin' out
When the money don't come they still buggin' out
I'm fit right in but I feel left out
And all I gotta say is

When I look around all I see
Not what it used to be 
Everyday change around me

And the changes won't stop
She used to be cool now she's not
I'm selling myself can't be realized
Na' na' na na na

Just say the same no more
Just say the same no more
Just say the same no more
Just say the same no more

Can't stop thinkin' about it
And the changes won't stop
She used to be cool now she's not
I'm selling myself can't be realized
A' A' A' aa

Just say the same no more
We used to call each other baby
We used to texting call each other on the daily
I can't believe I used to think we were so mix
The way you went around would do like it was OK
But that was in the past now I'm livin' in the future
Your new man is Haha my new girl is Cuter
I'm wayy past the BS I went through went recessing
Now I got my ex singing

When I look around all I see
Not what it used to be 
Everyday change around me

And the changes won't stop
She used to be cool now she's not
I'm selling myself can't be realized
Na' na' na na na

Just say the same no more
Just say the same no more
Just say the same no more
Just say the same no more

Can't stop thinkin' about it
And the changes won't stop
She used to be cool now she's not
I'm selling myself can't be realized
A' a' a' aa

Just say the same no more
I though I had it all figured out but
The only way to know is to keep your mouth shut
Livin' in a dream wakeup to a nightmare
I realize all along that I was right here

And the changes won't stop
I used to be cool and now I'm hot
Keep tellin' myself I'm pullin' myself
But Na a' a' a' aa

Just say the same no more
Just say the same no more
Just say the same no more
Just say the same no more

Can't stop thinkin' about it
And the changes won't stop
Once she used to be cool now she's not
I'm selling myself can't be realized
A' A' A' aa

Just say the same no more