'> March 2014 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, March 28, 2014

10 Alasan Kenapa Kena Pandu Kereta Laju


As salam.

Apa alasan korang nak drive lelaju? Tengah cuba nak selami fikiran korang.. cuba tafsir dan terjemahkan walaupun bunyinya macam bangang je.

1.   Baru pasang spoiler, hmm rasa macam boleh pergi lagi laju kot?
2.   Nak pergi kenduri kawen, kereta depan bawak laju.. aku folo je la.
3.   Tak tahan nak berak.
4.   Kereta depan tadi masuk tak bagi signal. Aku geram tu yang
     aku cucuk dia dari belakang.
5.   Lalu depan KL Central, ramai plak awek tunggu depan lampu isyarat.
     Saje je nak show off.
6.   Berangan macam citer Speed, kalau bawak perlahan nanti
     kereta meletup.
7.   Kereta buatan jepun memang kena bawak laju cenggini.
8.   Nak potong kereta depan.. nak berebut masuk lorong TnG
9.   Bongkak sebab semalam dapat potong kereta kancil standard
     kat highway. Rasa dah best sgt2!
10.  Baru buang sticker P. Belagak! Puihh

Heh, alasan tak boleh pakai tapi tu la yang berlaku kan? Jangan nak kencing laaa~

Bumper dan skirting boleh juga dijadikan kotak hadiah harijadi

Thursday, March 27, 2014

Nasib Si Ibu Kera


As salam,

Semalam kat lebuhraya AMJ (Melaka) tengah aku drive, aku terserempak ngan kera betul-betul kat tengah jalan. Hampir-hampir je aku nak terlanggar. Kenapa dia tak nak beralih? Apa yang dia buat kat situ? Bila aku perhatikan betul-betul, dia duduk di sisi bangkai anaknya. Hmm..

Kepala aku terus menangkap cerita yang aku dengar daripada wife aku. Kisah wanita tikam bayinya yang baru dilahirkan dengan gunting kerana bayi tersebut anak luar nikahnya. Kenapa? Dengan bunuh bayi tu kau rasa puas? Dendam terbalas? Sedar tak bayi tu dilahirkan belum sempat melihat dunia lagi, kau dah hantar dia kembali ke rahmatullah? Kau tikam bayi tu dengan gunting, kenapa kau tak tikam sekali diri kau? Baru adil!

Kadang-kadang bila berita seperti ini sampai ke gegendang telinga aku, aku pandang wajah anak aku. Bagaimana bayi seusia anak aku, yang tak tahu apa-apa tentang masalah orang dewasa dijadikan mangsa dan korban. Berair air mata aku bila mengenangkan nasib ibu kera, walaupun tidak dikurniakan akal tetapi sifat keibuannya membuatkan dia terus berada di sisi anaknya. Kalau dia cukup berakal aku pasti dia akan membawa anaknya ke tepi atau panggil ambulans.

Siapa kata manusia bijak? Kalau manusia bijak, pasti tindakan mereka lebih baik dari si ibu kera. Ibu kera tanpa akal tapi punya perikemanusiaan. Manusia ada akal tapi tak diguna, tiada perikemanusiaan. Mana satu lebih baik?

Harapan aku agar ibu kera selamat..


Tuesday, March 25, 2014

Pertandingan Arnab Comel Lompat-Lompat!


As salam,

Rabbit Grand National. Pernah dengar? Aku pun baru je dengar tadi. Tournament ni berasal dari sebuah pekan kecil di Yorkshire, England Ok aku bukan peminat arnab.. selain Bugs Bunny. Tapi lepas tengok video ni, aku rasa arnab sangat kiut. Cara dia lompat lagi kiut dari anjing dan katak melompat.

Ok sila jangan makan burger arnab sebab arnab boleh bagi kita medal!

video

Monday, March 24, 2014

Sushi Ter-Kemetot Di Dunia!


As salam,

Sape minat sushi? Aku takde la sampai minat, tapi kalau ada depan mata atau orang belanja.. aku hantam sajalah. Sampai tahap kemaruk nak beli tu takde la kan.

So kepada peminat sushi, Chef Hironori Ikeno ada menyediakan menu sushi terkecil dengan besarnya sebutir beras. Erk! Ok kalau rasa masih tak cukup korang boleh tambah lagi.. order lagi 10 set! Kompom kenyang! (ok yang ini perli)

video

Kalau dah besar sebutir beras, alamak celah gigi aku je la.. tak sampai ke perut pon :D





Saturday, March 22, 2014

Sayonara Bos! (Video Ucapan Aku)


As salam,

Semalam secara rasminya merupakan hari terakhir bos aku sebagai penjawat awam. Dia bersara akhirnya woo woo.. Hmm seronok rasanya bersara, kalau la aku boleh bersara esok hehe :D Actually dia dapat tawaran bekerja sebagai konsultan di Jeddah. Gaji basic RM50K sebulan. Giler ko sape tak nak!

Alhamdulillah majlis farewell dia pun dah selesai. Semuanya berjalan lancar. Aku sempat kenal dia tak lama, ada la dalam setahun lebih. He's nice. Mungkin sebab dia kaunselor. Apa2 pun bos selamat bertugas di tempat baru dan semoga selamat perjalanan pergi dan pulang :)

Last but not least video di bawah untuk tatapan bos. Sayonara bos!

video



P/s : Ada yang berminat nak ngorat? Oh lupa inform bos aku 60something :D

Friday, March 21, 2014

Cerpen Aku Top 5? Seyes??


As salam,

Haa aku pun tak sangka. Pagi tadi aku semak keputusan, cerpen Kerana Pensil aku top 5! Macam tak percaya sebab yang join bukan calang-calang orang. Cerpen kemain marvellous semuanya. Aku tak bajet pun nak menang. Aku harap novelis Rafinamimi tak buyers sebab aku sangat minat buat cerpen. Aku harap cerpen aku dipilih sebab ia memang layak.. bukan sebab lain.

Aku anggap ni rezeki aku dok merapu. Merapu pun boleh dapat hadiah. Hehehe. Bagi aku ini titik tolak untuk aku terus berkarya, membuat lebih banyak cerpen dan cerita. Trimas pada readers yang tak putus2 menyokong aku. Komen2 korang kat blog dan fb akan aku guna pakai untuk hasilkan jalan cerita yang lebih menarik. Oh ye cerpen aku akan dipublishedkan thru EMP (Elee Mardiana Publication)




Wife aku tak habis2 suruh aku buat novel. Dengan Jasmeen nya, keje kat opis, kerja umah.. haii tak tau lah lagi. Tapi aku berharap gak satu hari nanti aku akan menyiapkan satu manuskrip. Mana lah tau untung2 aku boleh la jadi novelis seperti Rafinamimi dan Liyana Zahim :)

Arigato gozaimasu. Trimas untuk novelis Rafinamimi dan EMP :)

P/s : Eh eh bukan buyers..tapi bias tau :P Trimas LydSunshine :D

Tuesday, March 18, 2014

Sudah Tiga Tahun


As salam,

Pejam celik pejam celik cecah 3 tahun usia blog aku. Actually terlewat 2 hari. Sepatutnya 16 Mac yang lepas. Tak kisah la pape pun. Up and down everytime but hey I still survived! Dari idea dan cara menulis pun mula berubah.. itu yang aku pasti.



Aku tak tahu sampai bila aku akan mengadap lappy dan terus menaip idea. Aku jangkakan suatu hari nanti, anak aku akan baca apa yang aku tulis, dan ketika itu aku serahkan blog aku ni untuk meneruskan kesinambungan. Tu pun kalau dia nak.

Selagi ada entry.. selagi itu korang tak perlu risau kerana aku masih ada. Sekiranya diam begitu lama, itu tanda aku mati. Mati idea ataupun mati hati untuk berblog lagi.

Thank for your full support. Itu sahaja lah alasan yang perlu untuk aku terus menulis :)


Monday, March 17, 2014

Cerpen Alam Angker : Mainan Perasaan?


Hari ini merupakan hari pertama Zakiah menempuhi kehidupan berasrama. Semuanya serba sendiri. Setelah tiga belas tahun hidup di bawah ketiak orang tuanya, malam-malam Zakiah kini bakal ditemani bantal peluk dan anak patungnya sahaja. Dari pagi sehingga petang, dia langsung tak beri peluang untuk berenggang dengan ibunya. Kalau dia tahu macam itulah suasananya, dia lebih rela bersekolah harian. Sakit demamnya ada orang yang jaga, apatahlagi makan pakainya. Tetapi dia nekad, walaupun berat hati ibunya untuk melepaskan dia duduk berjauhan daripada keluarga.. dia tetap dengan pendiriannya untuk memasuki sekolah berasrama. Baginya peluang itu datang sekali seumur hidup, kalau bukan hari ini.. bila lagi?

Kelopak matanya mula bergenang tatkala melihat kelibat kereta milik bapanya semakin menjauh melepasi pintu gerbang asrama. Dia masih berdiri menjengket-jengket walaupun kereta bapanya sudah tidak kelihatan lagi. Apa perlu dia lakukan? Siapa rakan sebiliknya? Ke mana perlu dia pergi selepas itu? Semua persoalan bermain-main di benak fikirannya serentak. Tatkala pandangannya melepasi rendang pohon ara, matanya tertangkap sesusuk tubuh di belakang pohon tersebut. Dia berpaling dan melihat kembali namun tiada apa yang kelihatan pada pohon ara sebesar dua pemeluk dewasa itu. Zakiah mempercepatkan langkah memandangkan azan maghrib sudah mula berkumandang. Kelibat Zakiah semakin menjauh tetapi masih ada mata yang terus terusan memerhatikannya dari balik pohon ara..

**********

Seusai solat maghrib, Zakiah kembali ke dorm untuk bersiap ke class prep pula. Perjumpaan bersama Badan Perwakilan Pelajar seperti yang dijadualkan pada malam itu terpaksa dibatalkan dek kerana hujan lebat yang turun secara tiba-tiba. Seronok memang seronok, lagi seronok kalau masa terluang seperti itu diisi dengan berborak panjang bersama ibunya di pondok telefon. Hajatnya ditangguh seketika tatkala melihat rakan-rakannya yang lain sudah beratur panjang menunggu giliran untuk menggunakan telefon. Pihak asrama bukan tidak menyediakan kemudahan telefon lebih tetapi yang lainnya sudah pun menjadi mangsa vandalisme pelajar-pelajar di sekolah itu. Nak baiki terpaksa mengambil sedikit masa. Nak tak nak terpaksalah berkongsi satu telefon walaupun kena menunggu sehingga berjam-jam lamanya. 

Zakiah memandang sekeliling, mencari kelas bersama rakan sebiliknya Miya. Dia hanya membuntuti Miya daripada belakang sementara matanya meliar memerhatikan pelajar lain. Dia seakan-akan merasakan ada sesuatu sedang memerhatikannya dari penjuru bilik guru. Berkelip-kelip Zakiah memerhati dari jauh, tetapi masih tiada apa di sana. Mungkin hanya mainan perasaannya. Mungkin juga dia terlalu banyak berfikir perkara yang bukan-bukan. Almaklumlah dia sendiri tau sekolah berasrama sangat sinonim dengan cerita-cerita angker, sama ada kisah benar atau kisah yang ditokok tambah sesedap rasa.

"Miya aku rasa macam ada orang perhatikan kita la", ujar Zakiah sebaik sahaja mereka berada di kelas yang ditetapkan. Miya memandangnya kehairanan.

"Ala biasa la tu. Ni baru hari pertama tau.. lepas ni lagi lah. Bukan setakat perhati je, kau tunggu je la surat-surat daripada diorang plak", jawab Miya berseloroh namun gurauan Miya disambut hambar oleh Zakiah. Dia sendiri rasa tak sedap hati. Miya katakan yang mungkin Zakiah terbawa-bawa rasa rindunya terhadap keluarga tetapi Zakiah menafikan. Sejak menjejakkan kali ke sekolah tersebut, Zakiah rasa dia diperhatiakn sentiasa. Tetapi bila dia cuba mengamati.. tiada siapa di sekelilingnya. Miya menenangkan Zakiah. Zakiah akur. Malam itu mereka banyak berborak dan berkenalan dengan rakan sekelas yang lain memandangkan sesi pembelajaran mereka masih belum bermula.

Setelah loceng berbunyi, Zakiah bergegas menuruni anak tangga untuk menggunakan telefon awam. Tetapi dia mendapati pelajar-palajar sudah mula beratur untuk menunggu giliran. Zakiah mengeluh panjang. Nak tunggu Miya, dia sendiri sudah meminta kawan sebiliknya itu untuk pulang terlebih dahulu. Cuaca sejuk, rasa menyusahkan sekiranya Miya turut menunggu bersamanya di situ. Sekurang-kurangnya bila Miya tiba awal di kantin.. dia boleh belikan nasi lemak untuk santapan mereka malam itu.

Jam telah menunjukkan pukul 11 malam. Zakiah telah beberapa kali diarahkan pengawas untuk pulang ke asrama tetapi dia berkeras untuk menelefon ibunya. Dapat dengar suara pun jadilah,, sebagai syarat seperti kata orang. Akhirnya dia diberi kebenaran untuk berada di situ, walaupun dia tahu dia kini sendirian.

Sambil Zakiah menunggu panggilan diangkat, dia memerhati kawasan sekitar blok pentadbiran yang sedari tadi gelap dan sunyi. Sesekali katak dan cengkerik bersahut-sahutan, seperti perbualan di antara mangsa dan pemangsa. Angin malam meniup sepoi-sepoi membuatkan Zakiah memeluk badannya sendiri. Baju kurung yang disarungnya malam itu sedikit basah dek percikan air hujan yang turun dari bumbung bangunan. Zakiah menangkap bunyi decitan tapak kaki tidak jauh dari tempat dia berdiri. Matanya hanya memandang peti telefon, perasaannya sedikit takut kerana dia mula berfikir yang bukan-bukan. Dia tak pasti adakah apa yang dirasakannya ketika itu benar-benar wujud atau sebahagian daripada mainan perasaannya sahaja. Dalam pada matanya memandang peti telefon, dia terperasan seperti ada sesuatu sedang berdiri menghadapnya dalam jarak 50 meter di hadapan kaunter pejabat. Dia tak pasti apakah yang dia lihat itu manusia ataupun sebaliknya.

Zakiah lantas meletak gagang telefon dan dengan pantas dia berlari-lari anak menuju ke kawasan asrama. Dia masih merasakan ada sesuatu mengekorinya dari belakang. Degupan jantungnya menjadi semakin kencang manakala fikirannya pula hanya ingin cepat-cepat pulang ke asrama. Kiri dan kanannya gelap gelita kerana selepas pukul 11 malam, kawasan blok pentadbiran dan pembelajaran akan dimatikan lampunya. Dia termengah-mengah tatkala tiba di pintu masuk asrama. Sempat dia memandang ke belakang, namun masih tiada jejak dan kelibat yang kelihatan pada pandangan mata kasarnya.

**********

"Kau dah kenapa Kiah? Gabra semacam je aku tengok. Kau.. nampak hantu ye? Hehehe", sakat Miya tetapi tidak mendapat responnya. Bagaimana harus dia terangkan kepada kawannya itu yang dia seperti diekori tetapi tak tahu siapa. Ke tandas, ke kelas, ke surau semuanya perasaan yang sama. Tetapi siapa yang mahu percaya. Orang akan anggap itu cuma mainan perasaannya sahaja. Zakiah merebahkan badannya, kepalanya dirasakan sangat berat. Matanya berpinar-pinar minta diberikan rehat secukupnya. Akhirnya Zakiah terlelap dalam kepenatan.



Jam 2.25 pagi

Zakiah terjaga. Dia mengurut-urut kepalanya yang sudah kurang rasa sakitnya. Dia memandang siling, memerhatikan kipas yang ligat berpusing. Lampu koridor telah lama dipadamkan. Keadaan sekitar kelihatan gelap, hanya samar cahaya bulan sahaja yang berjaya menembusi langsir biliknya. Zakiah memerhati sekeliling, segalanya gelap dan sunyi. Hatinya kembali kacau tatkala telinganya menangkap satu suara. Dia tidak pasti sama ada bunyi itu terhasil daripada geseran kipas siling atau suara dari seseorang. Zakiah dalam posisi duduk, sementara matanya masih mencari-cari dari mana datangnya suara tersebut dari dalam kelambu.

Sebaik sahaja dia berpaling memandang Miya di katil sebelah, dia mendapati ada susuk tubuh sedang berdiri di sisi katil. Zakiah mengamati betul-betul susuk milik siapakah itu, mungkin kawan dari bilik sebelah.. atau mungkin juga Mak Guard yang datang meronda. Tetapi kenapa rambutnya panjang sangat? Setahu dia tiada siapa dibenarkan menyimpan rambut melebihi paras bahu di sekolah tersebut melainkan..

"Kau cari aku ke??", terpacul suara daripada susuk tubuh tersebut. Semakin susuk tersebut menghampiri kelambunya dari luar, baru Zakiah sedar yang susuk itu bukan milik manusia. Rambut panjang dan gigi menyeringai membuatkan Zakiah terus menjerit-jerit gila. Miya dan rakan-rakan dormnya yang lain terus terjaga bila terdengar jeritan Zakiah. Zakiah seperti orang hilang akal. Meracau tak tentu hala. Dia asyik menjerit-jerit minta pulang ke rumah. Keadaan tersebut berlarutan sehingga awal Subuh setelah ustaz dipanggil bagi memulihkan keadaan. Tiada siapa yang tahu apa yang telah berlaku kepada Zakiah. Dia kini hanya terbaring pucat sambil ditemani warden bertugas sementara menunggu ibu bapanya datang menjemputnya untuk pulang ke rumah.

**********

Seminggu sebelum..

"Pasti menjadi ke tok?", tanya perempuan separuh umur tersebut. Tok bomoh hanya diam. Matanya memandang foto yang diberikan kepadanya. Jarang berlaku kes seperti ini, tetapi apa sahaja kehendak pelanggan.. dia mesti kena tunaikan.

"Kalau boleh tok bawa dia kembali ke pangkuan saya ye. Saya tak mahu dia berjauhan daripada saya", ujar wanita tersebut sambil memerhati bomoh yang berada di hadapannya sudah pun mula melakukan ritual terhadap gambar anak kesayangannya.

Kali ini dia yakin anaknya akan kembali semula ke pangkuannya semula..




P/s : Jangankan korang, aku pun pernah rasa. Jangan dilayan perasaan tu..
       Takut2 apa yang kita fikirkan akan muncul depan mata :)

Pesen Kuajaq


As salam,

Kelmarin punya cerita. Aku pegi kenduri kahwin, lepas chop meja.. aku pun beratur nak amik nasi. Ok skrang masuk klimaks cerita. Orang depan aku dah berganjak amik lauk, sekarang turn aku cedok nasi. Bekas nasi dah bebetul depan mata aku. Tunggu nak sauk nasi je. Elok2 je aku nak capai senduk.. tetiba entah dari mana muncul plak mangkuk ayun manalah cross depan aku dan sauk nasi ngan muka tak bersalah. Perghh menyirap darah aku sampai ke kepala. Aku tenung dia.. tapi dia buat bodo dan blah macam tu je. Spesis apa ni?

Lepas makan, ada sesi fotografi. Kat situ disediakan satu ruang untuk jemputan amik gambar. Aku tunggu turn memandangkan ada satu family ni tengah bergambar. Aku sempat nampak dalam sesi fotografi tersebut, anak lelaki keluarga tu menumbuk adik perempuannya ke tepi gara2 tak nak bergambar bersama. Sampai patah la prop photographer tu! Kesian aku tengok adik perempuannya dalam lingkungan 6 tahun menangis.

Lepas amik gambar, si ayahnya plak tibai anak perempuannya. Laa dua kali kesian aku nengok. Bila aku perati rupa2nya ayah budak tu si mangkuk ayun yang pedajal aku tadi. Ches bapak borek anak rintik rupanya.



P/s : Macamana la orang macamni hidup bermasyarakat ea?


Tuesday, March 11, 2014

GA Jejaka Sombong : 5 Tanda Patut Tinggalkan Je Perempuan Tu


As salam,

Lama plak aku tak cerita2 cenggini. Lately banyak buat cerpen je. Tapi sebab pelawaan sorang rakan blogger ni, aku dengan senang hati join GA dia. Korang boleh KLIK BANNER kat bawah ni untuk ke blog dia. Kalau korang biasa dengan penulisannya, korang akan kenal macamana dia orangnya :)


5 tanda kenapa aku patut tinggalkan je perempuan tu. Hmm aku nak bagi sebab apa ye?

#Tak Hormat

Ye salah aku, tapi tak payah kau tibai aku depan kawan2 kau,
depan orang ramai. Suara pulak kalau boleh biar sampai ke
kampung sebelah. Semua orang boleh dengar dan update
sebutir2 dalam blog.

#Berkira

Balik2 mengungkit.. balik2 mengungkit!
Kau ada belikan aku hadiah.. kenapa aku tak balas balik?
Kau belanja aku 3 hari.. aku kena belanja balik 3 hari.
Hadiah kau bagi RMxxx, aku pun kena bagi RM xxx
Sangatlah annoyingnya!


#Bajet2

Tak makan cendol tepi jalan
Habiskan tisu kedai makan untuk lap sudu garfu dan meja
Tak boleh panas sikit, haram  kalau berpeluh
Tak de klass pakai baju kurung
Tak layan lagu melayu
Pegang straw @ sudu hujung2 jari je
Cheh aku sendiri baca.. rasa menyampah plak!

#LupaDiri

Time senang lepak ngan kengkawan
Mesej aku tak berbalas..
Aku call kau tak angkat
Bila kawan buat palat..
Pandai plak cari aku?

#Curang

Pegang tangan lelaki lain yang bukan ajnabi
Makan bersuap siap pakej lap tepi bibir
Mesra mengalahkan pengantin baru
Aku call kau kata keluar study group
Bila kantoi macamni kau nak kata apa?
Kau nak bagitau tu abah kau?


Cukup la tu kot rasanya. Aku terpaksa selongkar balik rasa yang pernah aku alami time muda remaja dulu. Sekarang takde lagi la kot. Tak macam dulu. Ye la dah berkeluarga ni lain sikit rasanya. Wife aku pun sporting and suppotive. I like :)

Untuk admin jejakasombong, takpe take your time. Mungkin ko belum jumpa rusuk kiri yang sesuai. Bila dah jumpa nanti kau akan sedar dalam banyak2 'kemudaratan' yang kaum hawa bawa, di antaranya terdapat 'ubat' untuk diri kita :)

Ahh janji aku menang GA hahaha :D

Monday, March 10, 2014

Cerpen : Menantu Pilihan Mak


Mohd Zul Fadli Bin Mohamed atau lebih mesra dipanggil Andy, menggosok malas giginya. Kenapa dia mesti memberus gigi walhal giginya takde la kuning mana. Kalau boleh mahu sahaja dia sambung tidurnya, tetapi selagi dia tidak bergerak pulang.. selagi itulah telefonnya akan berdering minta diangkat. Siapa lagi kalau tak emaknya, Mak Senah. Selang lapan minit setengah, mak dia akan telefon bertanyakan status lokasinya. Ni tak lain tak bukan mesti pasal menantu pilihannya tu. Muka Andy semakin toya bila memikirkan yang terunanya bakal hilang tak lama lagi.

Dia berkumur, memandang cermin. Dia sendiri musykil kenapa dia tak kahwin-kahwin lagi sehingga kini. Kawan perempuan keliling pinggang. Nak kata dia gay pun bukan. Mungkin kerana terlalu memikirkan soal kerja barangkali. Bila dia memikirkan kembali perbualan telefon antara dia dengan ibunya semalam membuatkan dia tersenyum sendiri.

"Mak hantar gambar apa ni?", tanya Andy sebaik sahaja menerima mesej bergambar daripada ibunya.

"Mak hantar gambar calon menantu. Amacam? Berkenan tak?", balas maknya di hujung talian.

Andy memerhati satu-satu. Gambar tersebut agak kabur, kelihatan 3 atau 4 orang gadis di dalam gambar tersebut. Matanya terpaku pada seseorang. Gadis tu nampak ayu, cantik senyumannya walaupun tidak beberapa jelas.

"Yang mana satu mak? Tudung merah hati tu ke?", tanya Andy lagi. Kalau betul telahannya waktu itu, calon tersebut masih boleh dipertimbangkan borang permohonannya. Kira boleh la daripada takde.

"Apa kejadahnya. Tu makcik Rokiah kau la. Jodoh kau atas pokok jambu tu haa", bingit suara maknya dari dalam telefon. Boleh pecah gegedang telinganya. Bukan setakat telinga kanan, telinga kiri pun boleh terbabit sama. Penumpang komuter yang berada berhampirannya memandang sinis. Andy menjadi malu-malu alang.

"Ni mak nak cari menantu ke.. pengait jambu?", getus Andy sedikit perlahan. Berkerut dahinya memerhatikan gambar anak kecil di atas pokok jambu tersebut.

"Tu gambar lama, gambar baru mak tak dapat lagi. Nanti mak send lagi. Line kat kampung ni mana la nak ada sangat. Ni pon mak pegi kat warung Seman, almaklumlah sini ada wifi", panjang lebar maknya berceloteh. Kalau dilayan maknya, cerita pasal karipap pon boleh pergi sampai sejarah kota Rom!

"Eh ni kira baru gak ni mak.. kalau boleh mak hantar gambar time dia dalam perut mak dia. Haa yang tu lagi awesome!", Andy bergurau.. saja dikenakan maknya itu.

"Haa lawak punch line macam ni la yang mak tunggu-tunggu. Kau nak makan penampar tak?",gertak maknya membuatkan Andy tertawa terbahak-bahak. Kali ni dia langsung tak pedulikan orang sekeliling. Nak kata apa pun katalah janji maknya kelakar.

***********

Andy bergegas mengemas baju, jarum pendek jamnya sudah pun menunjukkan pukul 10 pagi. Telefon bimbitnya awal-awal lagi sudah diserahkan kepada Che Wan. Rakan serumahnya itu ditugaskan untuk menyamar sebagai dirinya, menjawab panggilan telefon daripada Mak Senah. Nak diberikan kepada Rizal, macam tak boleh pula sebab kawannya itu sengau. Sah-sah kantoi rancangannya nanti.

“Andy, anje tu sape?”, Tanya Che Wan sebaik sahaja menerima panggilan daripada seorang perempuan.

“Err.. err tu nama timangan aku la.. mak aku panggil macamtu”, ujar Andy ringkas. Mukanya merah menahan malu. Che Wan menekup mulut menahan gelak, tak mahu hila tawanya nanti merencatkan penyamarannya seterusnya akan dimaki hamun Mak Senah. Andy mendengus kecil. Salahkah jika dia dipanggil begitu? Lagipun mak dia panggil Anje.. bukan anjing. Cheh!

“Kau nak ikut sama tak Rizal?”, tanya Andy sebaik melihat Rizal duduk di buaian.. di taska sebelah rumah. Tak tahu macamana dia boleh sampai ke situ, merajuk gamaknya bila Andy tak mempelawanya pulang sekali ke kampung. Rizal mencebik seolah-olah minta kaki, juihnya kalau nak diikutkan serupa divider jalan. Dia terus berbuai sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu Bapaku Pulang Dari Kota.

“Kau tak nak ikut sudah, kau jaga rumah ye. Jangan rembat megi aku, jangan pakai seluar dalam aku”, pesan Andy awal-awal. Dia masak benar dengan karenah rakannya yang seorang tu. Rizal buat tak tahu, terus menyanyi walaupun bait-bait lirik yang terpacul dari mulutnya tak jelas mana. Sengau tahap tiga. Andy menunggu di dalam kereta sementara Che Wan menyimpan barang di bonnet. Setelah selesai berkemas, kereta Nissan Almera edaran Tan Chong Motor milik Andy terus bergerak. Che Wan lantas menghidupkan radio, memeriahkan sedikit suasana di dalam kereta.

“Sukharnya huntukku pefisah henganmu.. khau hunci chitahu..”, tiba-tiba kedengaran satu suaradari tempat duduk belakang. Andy yang terkejut memberhentikan kereta serta merta. Kelihatan Rizal di situ sambil tersengih. Entah sejak bila dia masuk ke dalam kereta, mereka sendiri tak perasan.

“Hehehe haku nak hikuk la”, ujar Rizal. Che Wan hanya tersengih sementara Andy menggeleng-gelengkan kepala. Nasiblah Rizal nyanyi sahaja, kalau mamat tu buang tabiat dibuatnya love bite kat leher time dia memandu tadi.. confirm ke longkang dah mereka sekarang!

Perjalanan mereka diteruskan memandangkan mereka cuma ada lebih kurang 3 minit sahaja lagi sebelum menerima panggilan Mak Senah yang berikutnya. Angkernya mereka rasa seperti menunggu panggilan ugutan daripada pembunuh. Ya, pembunuh tersebut merupakan seorang makcik yang menjadi pembantu kantin sekolah rendah. Kalau difilemkan bukan setakat pecah panggung, malah boleh pecah punggung sesiapa yang menontonnya!

**********

Tidak asing lagi lebuhraya Nilai hingga Seremban sudah sinonim dengan kesesakan lalu lintas, tak kira hari biasa mahupun cuti umum. Percaturan Andy sedikit meleset tatkala membuat pilihan untuk melalui lebuhraya berbanding jalan ‘dalam’. Kakinya sedikit kebas dek kerana asyik menekan clutch dan brek. Rizal sudah lama terlelap, siap pakej dengkur-dengkur manja lagi. Che Wan pula sememangnya tiada lesen memandu. Nak diikutkan pada awalnya dia tak berasa mengantuk mana, tapi bila Che Wan asyik ulang lagu Pelamin Anganku Musnah nyanyian Azie.. rasa berat kemain kelopak matanya. Bayangkan sejak mereka mula bergerak, boleh dikatakan 30 kali lagu tersebut diputarkan. Kalaulah si Azie betul-betul dipaksa menyanyi seperti tu, daripada tak berhalkum.. Andy komfom boleh tumbuh halkum si Azie lepas itu. Tapi nak buat macamana, Che Wan beralasan yang lagu itu ada kena mengena dengan kisah cinta pertamanya dulu. Itu baru satu, belum masuk Rindu Serindunya, Kau Di Paksa Aku Terpaksa, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu. Eh senang kata semua lagu pilihannya memang tangkap leleh la. Bukan setakat air liur yang meleleh, boleh bergenang tinja telinga si Andy.

Che Wan memerhati sekeliling, kenderaan padat sehingga tidak dapat bergerak jauh. Dia menguis-nguis Rizal yang nampak comel menempelkan mukanya pada cermin tingkap. Rizal mengeliat memandang Che Wan. Che Wan menjuih  bibirnya mengarah ke kenderaan sebelah. Kelihatan tiga orang gadis sedang memerhatikan gelagat mereka berdua. Mereka tertawa kecil. Alahai comel sangat sehinggakan rasa bahang tengahari yang mereka rasakan ketika itu bertukar terus menjadi sejuk.

Rizal memperbetulkan duduknya, Che Wan pula menyikat rambut agar kelihatan lebih rapi. Tampak lebih anggun pada mata gadis-gadis tersebut. Andy hanya berbalas senyum dengan salah seorang daripada mereka. Daripada pengamatannya, gadis yang duduk di sebelah pemandu boleh tahan cantik. Cantik luarannya, tapi dalamannya belum tahu lagi. Che Wan menunjukkan isyarat telefon menggunakan tangan pada salah seorang gadis tersebut. Tetapi tiada sebarang respon positif, hanya tawa kecil daripada mereka sahaja jelas kelihatan. Gadis yang berada di sisi pemandu mengangkat jari manisnya, memperlihatkan sebentuk cincin yang tersarung padanya. Mungkin cuba memberitahu yang dia sudah pun berpunya. Rizal pula sedari tadi sibuk menyelongkar beg plastik. Dia lantas menurunkan tingkap kereta dan di tangannya terdapat sekeping coklat.

“Woi kau buat apa? Coklat aku tu!!”,jerit Che Wan sambil cuba untuk mencapai Rizal, mengambil kembali coklat yang baru dibelinya sebentar tadi. Rizal yang cuba meniru aksi iklan coklat di tv ternyata gagal sebaik sahaja kenderaan yang dipacu gadis-gadis tersebut mula bergerak  dan terus meninggalkan mereka.. tanpa sebarang nombor telefon atau nama.

**********

Sebaik sahaja tiba, Rizal sudah pun hilang dari pandangan mereka. Che Wan pula mula beratur untuk menempah makanan manakala Andy terkial-kial mencari meja kosong. Mereka terpaksa berhenti rehat kerana terlalu penat. Perjalanan yang memakan masa hanya tiga jam bertukar menjadi lima jam gara-gara telah berlaku kemalangan di Pagoh. Panas hati mengadap kesesakan lalu lintas satu hal.. telefon dan telinganya juga turut panas dek kerana asyik melayan emaknya di talian. Mungkin sebab risau anak kesayangannya masih tak muncul tiba.

“Andy ko tengok tu. Awek yang kita jumpa atas highway tadi. Ada seat kosong, kita tumpang sekaki la”, ujar Che Wan yang datang menyapa dari belakang. Andy sudah lama memerhatikan cuma dia tak berani. Hanya meninjau dari kejauhan. Dengan berbekalkan semangat Jawa, Andy menghampiri meja gadis tersebut sambil diekori Che Wan.

“Err err tumpang duduk boleh?”, tanya Andy. Gadis-gadis tersebut saling berpandangan. “Duduklah”, salah seorang gadis tersebut mempelawa. Dahi mereka sedikit berkerut.

“Korang yang kacau kita orang kat highway tadi kan?”,soal salah seorang daripada gadis tersebut. Mengerekot bibirnya yang mungil. Andy tunduk menghadap nasi ayam manakala Che Wan pula hanya tersengih dan mengangguk-angguk kecil.

“Takde niat apa pun. Saja main-main je tadi. Marah ke?”, balas Che Wan. Gadis berkaca mata di hadapan Andy menggeleng. Bibirnya tak lekang dari mengukir senyum. Tanpa Andy sedari hatinya bagai di picit-picit. Geli geleman dek cinta pandang pertama. Hatinya jadi gebu macam dipam-pam tetapi bila kembali menatap cincin pada jari manis gadis tersebut.. Andy pasrah. Tetiba lagu Awie terngiang-ngiang di dalam kotak fikirannya. Cerita cinta macamni kena ada lagu sound track.. baru ada umphh!

“Kak tengok kawan dia yang sorang lagi tu.. ala yang tu.. on the way ke sini tu”, Amira membisikkan ke telinga Hana. Hana memerhati sambil memperbetulkan kaca matanya. “Hensem!”, getus hatinya. Tapi bila diikutkan kacak lagi mamat yang berada di hadapannya itu.

Amira mencubit tangan Zira sambil memberi isyarat mata, menunjukkan ke arah lelaki yang sedang menghampiri meja mereka. Rizal melangkah perlahan umpama model. Rambutnya yang ikal mayang, ditiup angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan jantung Zira dan Amira berhenti seketika. Ya, antara mereka.. Andy akui Rizal seorang yang kacak dan pandai bergaya. Tetapi..

“Hai, haye Hizal. Naih tu mit hiyu”, sapa Rizal sambil menyisir rambutnya ke belakang. Haa dalam banyak-banyak perkara, bab itu je yang Rizal fail!

Zira dan Amira tercengang, bukaan mulut mereka semakin meluas. Hana menekup mulut menahan gelak, satu sebab tak tahan dengan perubahan air muka yang mereka pamerkan dan satu lagi sudah tentu dengan intonasi bahasa yang si Rizal guna.

“Err kak kita orang pegi tandas kejap ye”, Zira cepat-cepat menarik lengan Amira. Tak tertanggung rasanya bila mengetahui jejaka kacak idaman mereka rupa-rupanya pendek lidah!

Poket seluar Andy bergetar lagi. Dia mengagak itu merupakan panggilan daripada emaknya. Andy bingkas bangun dan bergerak jauh sedikit meninggalkan meja. Mukanya kembali toya tatkala emaknya meminta agar dia menelefon bakal tunang yang tak pernah langsung dikenalinya. Nak tak nak, bagi menjaga hati emaknya.. dia membuat keputusan mengikut sahaja kemahuan emaknya itu.

“Assalamualaikum.. err Syikin ke ni?”,tanya Andy tergagap-gagap.

“Ye saya. Siapa ni?”, balas panggilan tersebut. Andy memperkenalkan diri. Mereka berkenalan, walaupun ringkas dan singkat.. sekurang kurangnya dia dah menunaikan hajat emaknya itu.

“Hmm awak tahu kan yang kita akan bertunang? Awak okay ke?”, tanya Syikin. Andy diam seribu bahasa. Nak diluah mati emak.. nak ditelan mati ayah. Kalau dia jujur, mungkin akan menyakitkan hati orang lain. Kalau dia terima, nak tak nak dia juga terpaksa menanggung akibatnya.

Andy akhirnya tak memberi sebarang jawapan kepada soalan Syikin. Dia berserah, andai itu jodohnya, dia bersedia menerima sebarang kemungkinan. Mereka berjanji akan bertemu pada keesokan hari. Kepalanya melayang-layang mengingat kembali gadis montel yang berada di atas pokok jambu. “Adoyai!”, Andy menepuk kepala.

Andy kembali ke meja. Che Wan dan Rizal sudah siap menjamu selera, hanya nasi ayamnya sahaja yang masih belum terusik. Andy sesekali memerhati gadis di hadapannya itu. Nak sahaja dia culik gadis tersebut dan dibawa bertemu dengan orang tuanya. Nah, ini calon menantu emak. Agak-agaknya apakah yang akan emaknya akan lakukan ye?

“Haa korang buli akak kita orang ye? Isteri orang tu!”,gadis yang bernama Zira menyapa. Andy dan Hana menggeleng serentak. Macam tau-tau aja nak geleng sama. Sedondon gitu. Suka-sukahati je nak sedondon ngan isteri orang!

“Hita horang tak hacau fon. Almaklumla hitorang han hentelmen”, ujar Rizal beria-ria. Kedua gadis tersebut berkerut dan tersenyum menampakkan lesung pipit masing-masing.

“Kau diam je la Rizal. Biar aku cakap je sebab setiap kali kau yang cakap, aku yang kena translate. Penat weh!”, Che Wan pantas menekup mulut Rizal dari terus bercakap. Mereka gelak terbahak-bahak. Yang pasti Andy tak dapat melupakan gadis di hadapannya walaupun dia sendiri tahu takkan mungkin gadis tersebut boleh menjadi miliknya sampai bila-bila. Redha je la dengan jodoh yang maknya kenalkan esok.

**********


“Mak, Anje taknak tunang boleh?”, kata Andy. Lantas tersedak Mak Senah dek kerana soalan cepumas anak bongsunya itu. Sedari semalam asyik mengelak untuk bertunang. Kalau diikutkan darah Jawanya, nak sahaja Mak Senah ikat Andy di pohon Tualang.. disua pulak dengan kerengga. Macam dulu-dulu.

“Kau jangan nak buat hal Anje. Kita dah sampai rumah orang ni. Kang mak lipat tulang belikat kau kang! Tu la mak suruh cari calon kau tak bawa-bawa. Balik-balik dibawanya Che Wan dan Rizal. Budak dua orang tu bukan boleh bagi mak cucu! Sekarang mak dah ada calon kau tak nak pulak”, bebel Mak Senah. Andy kembali ke sisi Che Wan dan Rizal. Harapannya hancur. Terunanya bakal diragut oleh si pengait jambu. Rizal mengusap-usap dada Andy yang bidang minta dia lebih bersabar.

Mak Senah berborak panjang dengan bakal besannya. Apa yang mereka borakkan Andy sendiri tak tahu, kepalanya melayang ke luar mengenangkan nasib. Berserah sahaja dengan jodoh yang ditentukan emaknya. Kenapa emaknya tak nak jodohkan gadis tersebut itu dengan abahnya sahaja. Untung-untung boleh dapat adik baru. Emaknya pun tak perlu buat kerja seorang diri. Kalau lah emaknya boleh baca fikirannya waktu itu, mahu kena simbah minyak panas dia balik nanti.

Emaknya memintanya berdiri untuk memperkenalkan dirinya. Dah serupa time sekolah-sekolah dulu pulak. Andy hanya mengukir senyum tawar. Dia nak tunjukkan tanda protes, biar keluarga sebelah perempuan tahu yang dia dalam mod terpaksa. Maaf tiada lagu sound track sebab emosinya tak stabil ketika itu. Andy selangkah kehadapan, emaknya menjegilkan mata namun dia nekad untuk meluahkan rasa isi hatinya.

“Saya nak bagitau yang sebenarnya saya..”

Tiba-tiba gadis tersebut keluar menghidangkan air. Andy tergamam. Gadis itukah yang mereka sebut-sebutkan? Itukah bakal tunangnya?

“..err saya setuju je la kalau dia yang pakcik dan makcik maksudkan..”, ujar Andy gagap sambil jarinya ditujukan ke arah gadis di hadapannya. Gadis tersebut turut memandang dan riak wajah terkejut jelas kelihatan. Tetapi perlahan-lahan dia tersipu-sipu malu dan kembali ke dapur. Adik beradiknya yang baru perasan turut teruja dan mengusik-usik gadis tersebut.

Mak Senah cepat-cepat menarik lengan anaknya itu. Dia sendiri tak faham kenapa perangai anaknya berubah. Sebelum ini bukan main tak suka, tapi sekarang beria-ia pula. Mungkin masalah hormon yang tak berapa stabil. Mak Senah pun tau juga, walaupun belajar tak tinggi mana tapi setakat mata pelajaran Alan Dan Manusia tu sempatlah dia khatam. Dulu-dulu punya cerita la.
                                                                                                                           
Che Wan dan Rizal sendiri tercengang, mereka memandang antara satu sama lain. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Andy pula menyibukkan diri, jari jemarinya pantas menaip mesej. Tak pernah dia menaip sepantas itu. Sepantas bunga-bunga yang tumbuh mekar di dalam lubuk hatinya.

“Assalamualaikum awak”

“Waalaikumussalam”

“Tak sangka kan?”

“Ye, saya pun tak sangka. So macamana, awak sudi ke kalau saya jodoh awak?”

“Dengan hati terbuka. Tapi cincin di jari awak.. bukan ke awak kata..”

“Oo, betul la cincin daripada bakal suami saya. Bukan saya yang kata semalam, adik saya yang kata ye. Mak awak berikan bulan lepas sewaktu datang merisik”

“Saya ingatkan awak betul-betul dah kahwin..”

“Dah awak tak tanya..”

“Jadi yang semalam tu.. awaklah yang saya telefon?”

“Iyelah awak..”

Mereka rancak berborak. Dunia Andy dirasakan hanya antara dia dan Syikin sahaja, atau nama sebenarnya Norhana Asyikin. Tak sangka gadis yang dia temui semalam merupakan jodohnya.. tak percaya boleh tanya Che Wan dan Rizal. Haa nasi ayam pun boleh jadi saksi! Andy memandang wajah ibunya. Akhirnya kini dia 100% rela keterunaannya direnggut oleh si pengait jambu itu untuk selama-lamanya.


“Kerrlasss kau Senah”, jerit Andy di dalam hati.

Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com