'> May 2014 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, May 30, 2014

5 Cara Terbaik Mengupas Kulit Telur Rebus!


As salam,

Cara aku.. lalukan telur rebus tu pada air paip. Memang cepat la, tapi ada cara lain yang lebih cepat, mudah dan efektif nak aku kongsikan. Kalau korang mampu mempelajari teknik-teknik kat bawah ni.. mungkin korang boleh dipertimbangkan untuk mendapat anugerah dekan. Ehh??

CARA #1

video

CARA #2

video

CARA #3

video

CARA #4

video

CARA #5

video

Amacam? Aku tak pernah khatam semua cara di atas melainkan menggunakan cara #5 sebab keje aku tolong makankan je. Jarang aku nak kupas kulit telur kalau order nasi lemak kat kedai mamak.

Selamat mencuba kupas kulit telur :D

P/s : Kaedah yang boleh dipraktikkan tiap kali dapat telur kenduri kahwin :)

Thursday, May 29, 2014

Projek Iqra' : Sukarelawan Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim 2014


As salam,

"Ayang.. abang nak bincang sesuatu"

Muka wife aku cuak. "Kenapa abang?"

"Abang ingat nak join program ngan anak yatim.. Tapi weekend la. Ayang ok ke?"

Muka wife aku sekali lagi berubah. Takde pun jawapan daripadanya. Tetapi aku perasan kelopak matanya bergenang..

"Pergi la abang. Ayang tak kisah.. ayang sokong apa yang abang buat. Kalau ada peluang pun, ayang tentu akan join", senyumannya mula terukir.

"Kenapa ayang nangis?", aku tanya sebaik melihat keadaan dia kembali reda.

"Bila abang sebut pasal anak-anak yatim.. ayang sedih. Lebih-lebih lagi kita nak sambut Ramadhan tak lama lagi. Kesian dorang"

Aku diamkan je. Actually aku terpanggil untuk menyertai program sukarelawan kali ini sebab aku tak pernah berpeluang meraikan anak-anak yang tak sempurna hidup tanpa kasih sayang ibu bapa. Semangat aku semakin berkobar-kobar bila rakan-rakan blogger yang aku kenal turut terlibat menjayakan program ini.


Ada beberapa rumah anak yatim yang dipilih untuk program ini seperti :

  • Rumah Gemilang Adik, Sik, KedahMydin Taman Saga, Alor Setar, Kedah
  • Rumah Khairiyah, Klang, SelangorMydin Klang

  • Kg Sg Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang - Sunshine Bertam Shopping Mall
  • Rumah At-Taqwa Putra Perdana, Puchong, SelangorMydin USJ

  • Casa Harapan, Kuantan, PahangMydin Kuantan
  • Rumah Anak-Anak Yatim Dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantan, Pahang  - Mydin Kuantan 
  • Pertubuhan Baitul Ehsan AlKhairi, Taman Maluri, Kuala LumpurGiant Hypermarket Ulu Klang

  • Rumah Hashimiah, Selayang, SelangorMydin Selayang







Tarikh-tarikhnya pun telah ditetapkan dari 5 Julai hingga 19 Julai 2014 (7 Ramadhan hingga 21 Ramadhan). Kalau korang berminat, berkelapangan boleh la mendaftarkan diri di laman web Projek Iqra'. Penyertaan masih lagi terbuka untuk semua.

Selain daripada itu, kepada sesiapa yang ingin menaja shopping raya untuk seorang anak yatim berjumlah RM195.. bolehlah berbuat demikian melalui laman web tersebut. Korang boleh KLIK BANNER di bawah ini untuk ke laman web tersebut.


Aku bukan orang kaya, tak punya banyak masa.. tenaga nak dicurah pun setakat mana la yang aku ada. Tapi alhamdulillah aku bersyukur.. sebesar-besar rahmat yang aku ada ialah bila mana aku melihat ibu bapa dan adik beradik aku masih di sisi menemani. Tapi mereka?

Bagaimana pula bila mana aku buka mata, aku dikhabarkan aku tiada ibu.. tiada bapa? Di sisi aku ada beberapa orang rakan sebaya yang masing-masing membawa haluan sendiri tanpa ditemani sesiapa. 

Menangis.. tiada siapa mahu pujuk
Gembira.. tak tahu nak dikongsi dengan siapa
Mengadu.. siapa mahu mendengar

Siapa mahu berkongsi kasih sayang dengan aku? Anak-anak yang senasib dengan aku? Mereka juga tidak kenal erti kasih sayang seperti aku. Mereka sendiri kehilangan kasih sayang, bagaimana pula mereka mampu berkongsi perasaan dengan aku?

Aku teringin dikucup abah.. dipeluk ibu sebelum tidur malamku
Teringin sangat disuap tangan dan merasai masakan dari air tangan ibu
Tapi.. aku anak yatim
Tak mungkin aku rasa dalam hayat aku ini.

Aku harapkan Allah perkenankan doaku..
Jika benar jodoh aku dan ibu bapaku tidak panjang
Hadirkanlah insan yang mampu menumpangkan kasih sayangnya dalam hidupku ini
Walaupun sekejap, cukuplah buat aku terhibur
Itu lebih bisa membahagiakan aku





Tuesday, May 27, 2014

Bagaimana Aku Tahu Aku Sudah Jatuh Cinta?


As salam,

Pagi pagi lagi dah suruh bangun Subuh
Sebelum tidur wajib mesej-mesej dulu
Muah-muah tak boleh tinggal..
Kalau tertinggal mula timbul bibit-bibit curiga
Dari aku-kau bertukar status abang-sayang
Cerita nak best.. nak beli kereta, nak beli rumah, berapa orang anak
Wal hal baru je masuk U!

Tanya benda yang sama tiap-tiap hari tanpa rasa jemu:
Awak buat apa tu?
Awak dah makan?
Tak ke mana-mana hari ni?
Awak pakai baju apa hari ni?
Aku ngan siapa tu?
Awak makan apa?
Minum apa?
Pukul berapa awak nak tidur?
Aada rindu saya tak hari ni?

Setiap hari keje asyik nak memuji:
Awak nampak cantik hari ni
Semalam gelap sikit, tapi saya perasan kulit awak cerah sikit hari ni
Saya suka bila awak senyum
Awak ni kelakar la
Lesum pipit awak cantik
Walaupun aku tau bukan lesum pipit pon, tetapi lompong jerawat batu

Siang malam asyik minta maaf:
Sori lambat
Sori tak kejut awak Subuh tadi
Sori kredit habis
Sori saya dalam kelas tadi
Sori kalau saya ada sakitkan hati awak
Sori buat awak marah tadi
Sori kalau saya mengganggu awak nak study

Akan selalu rasa bersalah dan curiga:
Awak sayangkan saya?
Awak marahkan saya ke?
Kenapa awak tak balas mesej saya?
Saya ada buat salah apa-apa ke kat awak?
Siapa lelaki tu?
Kenapa saya call awak engaged tadi? Siapa telefon?
Kenapa awak diam?
Awak tak suka keluar ngan saya?

Ada hadiah untuk setiap hari:
Hadiah hari jadi
Hadiah memperingati hari mula couple
Hadiah setiap kali keluar
Hadiah konvo

Semua benda nak kena sama:
Baju couple..
Baju sama warna..
Ada cincin couple
Makan aiskrim sama-sama
Kongsi makanan sama-sama

Telefon kat public phone berjam-jam
Tukar syiling hari-hari
Surat letak bedak
Surat berwarna warni dengan sampul surat berbunga-bunga
Pantun pecah kaca pecah gelas tak boleh miss
Si dia demam sanggup datang hantar panadol walaupun dari melaka ke johor
Hari hari hantar gambar waima gambar yang sama tapi pose berbeza

Tapi sebelum semua benda annoying dia atas terjadi
Bibit awal yang aku tau aku dah jatuh cinta bermula dengan soalan ini
Takde orang marah ke saya mesej awak malam-malam macam ni?
Soalan memancing..
Kalau direct sangat nampak gelojoh plak :)

Itu je aku rasa bila aku fall in love
Tapi yang tak boleh aku lupa..
Aku menangis pada cinta pertama aku
Yang itu kelakar :D


Lengkap entry aku hari ni
Aku janji Petak Bunga yang aku nak buat entry ni
Sori lambat sebab bizi kenduri kahwin adik aku
Err sori bukan tanda aku dah jatuh cinta ngan kau tau hahaha :D

Tuesday, May 20, 2014

Misteri Wanita Bergaun Merah


As salam,

Macam biasa setiap pagi aku ngan kawan aku Andy akan keluar bersarapan di kantin pertanian, atas sikit pejabat kitorang. Rutin harian yang tak dapat dielakkan memandangkan pejabat kitorang tak ada kantin.

Setelah duduk menghadap makanan, kami didatangi tuan punya kantin. Aku bahasakan dia Pakcik Hamid. Dah lama dia mengusahakan kantin tu. Lagipun kami kenal dengannya, mungkin juga kerana dia peramah. Tetapi pagi tadi dia menghampiri kitorang dengan membawa seribu persoalan..

Acapkali Pakcik Hamid pulang malam kerana kantinnya tutup agak lewat. Dia menyerahkan kerja-kerja di kantin kepada pembantunya. Jadi dia akan kembali sekitar jam 9 hingga 10 malam untuk mengambil hasil perniagaan. Untuk menuju ke kantin pertanian, dia akan melalui bangunan pejabat aku betul-betul di selekoh lereng bukit.

Yang menjadi persoalan, dia sering melihat kelibat wanita bergaun merah, bertopi lebar ala-ala wanita inggeris zaman pertengahan melambai-lambai kepadanya. Kelibat itu kelihatan berdiri di luar balkoni menghadap bukit.. di hadapan makmal aku!

Bukan sekali tetapi sudah dua tiga kali.. setiap kali dia melintasi bangunan pejabat aku dia akan melihat wanita itu melambai-lambai ke arahnya. Kejadian itu disaksikan oleh pekerjanya tetapi pekerjanya menyatakan mungkin pejabat aku ada meletakkan patung bagi mengelakkan kecurian di pejabat aku. Pakcik Hamid pula menyangkakan ada staf yang membuat kerja lebih masa sehingga lewat malam. Mustahil, setahu aku tiada patung atau kerja lebih masa yang dilakukan oleh kawan-kawan aku selepas pukul 6 petang!

Pakcik Hamid akhirnya meninggalkan kitorang dengan persoalan. Siapa wanita bergaun merah tersebut? Jadi selama ini aku dengar dentuman kuat pada ruang pentadbiran, kelibat lalu lalang dilihat oleh Andy dan beberapa perkara lain ada asasnya. Ternyata kitorang tak bersendirian!


Aku telan air liur, weekend hari tu aku OT sendirian. Dengan suasana gelap.. hujan lebat. Tak terfikir yang wanita bergaun merah itu pernah berada di hadapan makmal aku! Sumpah tak OT sorang lagi lepas ni :(

Saturday, May 17, 2014

Harga Ikut Mood


As salam,


                                                                      Isnin        RM3.00
                                                                   Selasa        RM3.70
                                                                     Rabu        RM3.30
                                                                  Khamis        RM2.50
                                                                   Jumaat       RM4.20

Itu harga lunch aku seminggu. Menu yang sama untuk seminggu tapi harga berubah ubah ikut mood. Bukan mood aku, tapi mood makcik kedai. Tak tau la pulak kalau makcik tu dah ukur saiz ikan2 goreng dia siap2. Tak pun dia dah tentukan yang mana emak, bapak dan anak ikan. Bilangan sayur.. berapa sudu kuah.. butir nasi? Hmm. Korang takkan dapat harga 'borong' selalu melainkan korang ambil makcik kedai sebagai mak angkat korang.

Harga asal RM3.00, tapi adakalanya makcik kedai bagi diskaun RM0.30 ke RM0.50. Itu kita suka sebab RM0.30 ke RM0.50 dah boleh buat beli choki choki..

Harga asal RM3.00 tapi selalunya naik-turun ikut suka membuatkan darah kita pun naik-turun sama sebab tak boleh budget anggaran harga yang kita mahukan.

Pada aku, biar pun mahal macamana sekalipun asalkan statik dan tak berubah mengikut mood-mood-terkemut makcik kedai, aku tetap akan bayar tanpa aku perlu mengubah mimik muka aku di belakangnya.



Kesimpulannya : Boleh la mula riki kedai lain pulak ye

Friday, May 16, 2014

Homestay Budget Di Kuala Rompin, Pahang


As salam,

Last week aku menghadiri kenduri kahwin abang ipar aku. Memandangkan keluarga belah aku turut serta dan rumah mak mentua aku fully booked.. nak tak nak terpaksa gak la aku carikan homestay untuk dorang.

Kat Rompin ni (officially Tanjung Gemok sebab rumah mentua aku) ada banyak homestay. Biasalah kawasan tumpuan pelancong, dekat plak ngan jeti ke Pulau Tioman. Korang kena pandai cari. Ada murah, ada mahal.. kalau jumpa yang mahal, fasiliti plak kelas picisan. Kalau kena yang murah, kawasan rendah plak (kalau hujan berlopak dan naik air). So hari tu kebetulan aku berpeluang menginap di homestay kepunyaan pakcik aku sendiri. Aku pun baru tau dia ada homestay dan aku nak bagitau homestay dia memang terbaik!!

Mempunyai 3 buah bilik tidur, 3 buah bilik air dan setiap satu bilik tidurnya dilengkapi penghawa dingin. Ruang tamu dan ruang makan yang luas, ada mesin senaman di balkoni luar bersama sudut santai. Kawasan persekitaran yang lapang so tak perlu risau pasal tempat letak kereta. Peti sejuk, tv, kipas, heater semuanya complete. Siaran tv pula menggunakan Njoi.



Homestay tu memang kemas dan tersusun rapi. Kalau korang masuk.. macam masuk rumah sendiri. Aku dan family memang berpuas hati dengan homestay tu. Agak agak korang berapa harga aku sewa untuk semalam? Percaya tak kalau aku kata tak sampai RM200 pon harganya :) Kalau korang singgah di Rompin, boleh la cuba sendiri suasana awesome kat sini ye :)


Thursday, May 15, 2014

[VIDEO] Budak Diselamatkan Kucing Daripada Diserang Anjing


As salam,

Tertarik pula aku tengok video ni. Tetiba aku teringatkan Boboy kat rumah. Hmm agak agak si Boboy nak selamatkan Jasmeen tak kalau anjing datang kacau?

video

Wednesday, May 14, 2014

Resepi : Cara Mudah Membuat Kuey Teow Hong Kong


As salam,

Ok hari ni aku nak ketengahkan pula cara cara untuk menyediakan resepi Kuey Teow Hong Kong memandangkan weekend hari tu aku teruja bila wife aku buatkan untuk aku :) Lepas makan tu.. dia siap tanya aku next menu nanti aku nak makan apa. Aku request mi hailam :) Ok tak?

Ok kita teruskan dengan bahan bahan dan cara cara untuk menyediakan Kuey Teow Hongkong. Hidangan yang aku sediakan di bawah ini sesuai untuk 2 orang makan :)

BAHAN-BAHAN

Bawang putih                                  4 ulas (diketuk/ dipotong kecil)
Lada kecil                                         4 biji  (kalau nak pedas boleh letak lebih)
Perasa tumix                                    2 sudu besar *kiub Knorr ayam pun boleh -1 kiub
Ayam                                                 4 ketul (dipotong kecil/dadu)
Udang/ sotong                                 (ikut suka)
Tepung jagung + air                        2 sudu besar
Sayur lobak/ kailan/ bunga kubis  (ikut suka)
Kuew teow                                       1/4 bahagian untuk seorang makan (1 pek dibelah 4)
Telur ayam                                       1 biji
Garam                                               secukup rasa




CARA MEMASAK

Langkah Pertama - Penyediaan Kuah
Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang putih. Apabila sudah garing sedikit masukkan rempah tumix kemudian barulah masukkan air. Apabila mendidih masukkan ayam dahulu kemudian selepas beberapa minit barulah dimasukkan udang, sotong, sayur dan tepung jagung. Jangan terlalu lama kerana udang/sotong akan menjadi liat dan sayur akan menjadi lembik.



Perhatian : Penggunaan garam tidak diperlukan. Memadai dengan perasa Tumix sahaja


Langkah Kedua - Menggoreng Kuey Teow
Ambil sebiji telur kemudian letakkan garam secukup rasa. Gaul bersama 2 bahagian kuew teow (2 orang makan) dan letakkan sedikit tepung jagung. Tepung jagung digunakan untuk memastikan kuey teow yang digoreng tadi sedikit rangup. Kemudian panaskan minyak dan goreng kuey teow tadi sehingga sedikit garing. Kuey teow digoreng kepada dua bahagian berasingan memandangkan ianya untuk dua orang makan.

*1 biji telur untuk 2 bahagian kuey teow




Langkah Ketiga - Penyediaan
Kuey Teow yang digoreng tadi di letakkan di atas pinggan dan kuah dituang ke atasnya. Taraa!! Siaplah sudah Kuey Teow Hong Kong. Sesuai dihidangkan panas sementara kuey teow tadi masih garing.



**********

Untuk pengetahuan korang, Kuey Teow Hong Kong dan Kuey Teow Kung Fu tidak jauh beza cara penyediaannya. Bagi menyediakan kuey teow kung fu pula, korang lakukan LANGKAH PERTAMA seperti ditunjukkan di atas cuma setelah memasukkan ayam, udang dan sotong.. korang hendaklah memasukkan sebiji telur ayam dan di kacau sehingga hancur (sebati bersama kuah) dan pada LANGKAH KEDUA.. kuey teow tidak perlu lagi digoreng bersama telur. Penyediaan seperti biasa mengikut LANGKAH KETIGA.

Selamat mencuba :)

Friday, May 9, 2014

Rahsia Tarikh Lahir Merujuk Sifat Haiwan


As salam,




JERUNG
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.
TIKUS
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang di sekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
SINGA
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.
KUCING
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.
KURA KURA
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
MERPATI
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!
HARIMAU BINTANG
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.
HAMSTER
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan


Baca boleh, percaya jangan. Kang tak memasal balik kerja korang tibai Whiskas sebab bajet korang sebenarnya spesis kucing :)

Tuesday, May 6, 2014

Perhati Bebetul Bila Makan Sushi. Eww!!


As salam,

Aku bukan penggemar sushi tegar. Bila aku tengok video ni urut dada aku barkali kali, bersyukur sangat sangat sebab aku dilahirkan bukan jenis makan benda benda mentah. Pada yang masih tegar menjamah sushi (contohnya Angah aku), nak makan tu beringat la ye :)

video




Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com