'> June 2014 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, June 30, 2014

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2014


As salam,

Jadual di bawah menunjukkan kadar zakat bagi setiap negeri di Malaysia pada tahun 2014 bersamaan 1435H. Kadar zakat fitrah ini ditetapkan bersamaan satu gantang Baghdad iaitu 2.7 kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri masing-masing.

Bayaran zakat fitrah boleh mula dibuat di sepanjang bulan Radhan sehingga sebelum sembahyang sunat Hari Raya, 1 Syawal.


Resepi Mudah : Pajeri @ Paceri Nenas


As salam,

Ada cadangan nak berbuka menu apa petang ni? Boleh aku bagi cadangan tak? Apa kata petang ni kita berbuka dengan pajeri @ paceri nenas, ikan masin dan telur dadar. Perghh layan (kesat-kesat air liur meleleh) huhu. So kat sini aku nak kongsi cara buat pajeri @ paceri nenas.


BAHAN-BAHAN :

1    biji nenas saiz sederhana besar, dibuang kulit dan dipotong ikut citarasa
1½ biji santan kelapa
1    kulit kayu manis
3    kuntum bunga lawang
2    biji buah pelaga
3    kuntum bunga cengkih
1    paket kerisik (ready made)
1    paket kari daging
4    biji bawang merah (dihiris halus)
2    biji bawang putih (dihiris halus)
      air masak
2    biji lada merah (dipotong memanjang)
      garam dan gula secukup rasa

*Untuk lebih mudah, rempah untuk menumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga) boleh dibeli sekaligus di pasaraya dalam paket. Itu pun boleh digunakan

CARA-CARA PENYEDIAAN :

Minyak dipanaskan di dalam periuk bersama rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang buah pelaga dan bunga cengkih) dan masukkan sekali bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris halus tadi. Goreng sehingga naik bau.

Kemudian masukkan serbuk kari. Kacau bahan sehingga pecah minyak. Bahan hendaklah sentiasa dikacau bagi mengelakkan bahan menjadi hangit.

Selepas itu masukkan kerisik dan kacau sehingga garing. Teruskan mengacau bagi elakkan kerisik melekat pada periuk.

Masukkan santan dan tambahkan air sedikit demi sedikit agar tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan nenas yang dipotong bersama lada merah. Kacau dan tunggu sehingga mendidih. Nah sekarang ia sedia dihidang.

Selamat mencuba :)

Resepi Mudah : Donut Berinti Jem


As salam,

Kalau kita malas nak keluar membeli di bazar Ramadhan, apa kata kita buat sendiri di rumah. Hari ni aku nak kongsi cara membuat donut. Bukan donut biasa dengan gula sahaja, tetapi dengan inti jem di dalamnya. Inti tu terpulang, samada korang nak guna jem strawberi, nenas, anggur atau sebarang jenis jem. Oo kalau korang nak letak coklat pon boleh gak. Ikut citarasa masing-masing ye.



BAHAN-BAHAN :

4    cawan tepung kek
6    kuning telur
3    sudu makan gula pasir
3½ sudu makan mentega yang telah dilembutkan
1¾ oz yis
1    cawan air suam
1    cawan susu full cream panas
½   cawan yogurt biasa
½   sudu kecil garam
      minyak masak
      jem pilihan korang, korang juga boleh menggunakan Nutella!

CARA-CARA MEMBUAT :

ADUNAN #1
Sediakan mangkuk, masukkan tepung dan buatkan satu ruang kosong di tengahnya. Dalam ruang tersebut, masukkan yis hancur, 1/2 sudu besar gula, dan separuh cawan daripada susu panas. Tutup dengan sedikit tepung dan mula mengaulkannya sampai korang menghasilkan doh tebal berkrim. Tutup mangkuk dan biarkan ia sejuk selama 20 minit sehingga doh mengembang.

ADUNAN #2
Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan susu yang selebihnya dan kacau bersama mentega dan yogurt.

ADUNAN #3
Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur bersama baki gula yang ada.

Campurkan ADUNAN #1 , ADUNAN #2 dan ADUNAN #3 sekaligus, uli sehingga korang mendapat doh yang licin dan elastik. Tutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 1 jam atau sehingga ia menjadi dua kali ganda saiznya.

Pada permukaan yang ditabur tepung, keluarkan doh dari mangkuk, uli doh tersebut sehingga tebal doh tersebut dalam anggaran 1 cm.

Gunakan gelas atau pemotong biskut berbentuk bulat untuk memotong bulatan doh dan letakkan di atas l bekas yang ditabur tepung. Tutup dengan kain, dan biarkan sejuk selama 40 minit lagi.

Panaskan minyak di dalam kuali supaya donat boleh terapung bebas dan tidak menyentuh bahagian dasar. Masukkan sebahagian kecil doh dan jika ia bertukar menjadi perang dengan cepat, tanda sudah boleh diangkat.

Goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah bahagian. Pindahkan ke atas kertas tisu. Beg pastri dipasang dengan tip panjang pada hujungnya, diisi dengan jem dan cucukkan jem ke dalam donat. Taburkan dengan gula tepung dan sedia dihidang!

Selamat mencuba :)

Thursday, June 19, 2014

LOVENOVEL Publication : Antologi Cerpen Khas PB1M


As salam,

Ada berita baik baru aku terima semalam. LOVENOVEL Publication sedang mencari cerpen-cerpen untuk diterbitkan. Kepada sesiapa yang berminat, kreatif dan minatkan penulisan dialu-alukan untuk menyertai. Syarat-syarat penyertaan aku attachedkan di bawah ni ;


Ingat nak hantar gak. Aku tak pasti sama ada cerpen aku akan terpilih atau tak memandangkan ramai penulis-penulis senior dan ternama turut menghantar karya. Takpe lah sekurang-kurangnya aku cuba ye idak?

So aku nak minta tolong korang. Dalam masa terdekat ni aku akan compile-kan cerpen-cerpen yang pernah aku buat dulu. Aku nak minta tolong korang pilih 3 cerpen terbaik daripadanya, boleh?

Mungkin ini peluang aku kan?

Wednesday, June 18, 2014

Tudung Mahal Vs Tudung Murah


As salam,

On the way masuk ke KL, wife aku bersuara..

"Kenapa orang keep complain pasal tudung mahal?"

Mata aku memerhati sekeliling. Oo ok aku nampak signboard iklan tudung mahal besar gedabak kat sisi highway. Patutlah tetiba dia merungut.

"Sebab dorang teringin nak pakai.. tapi harga terlalu mahal", aku jawab ringkas

"Kalau macamtu dorang still ada pilihan. Kan banyak lagi tudung murah kat luar sana", balas wife aku

"Kalau macamtu company tudung mahal kena tukar tagline la ; Kepuasan.. Hak Milik Orang Berada. So takde lagi orang complain sebab tudung mahal khas untuk orang kaya semata-mata", aku senyum sinis. Wife aku senyap tak kata apa-apa.

Apa yang membezakan tudung mahal dan tudung murah? Orang akan kata kualiti kain, jahitan dan keaslian tetapi dorang lupa mention tentang brand tag. Tanpa brand tag.. tudung murah dan tudung mahal takde bezanya.

Kenapa perlu brand tag? Supaya bila orang nampak.. orang boleh agak kualitinya tinggi selari dengan harganya yang mahal. Bukan calang-calang orang boleh pakai tudung mahal ni kan?

Matlamat menutup aurat pada asalnya hilang dikaburi dengan rasa takbur dan ujub. Tanpa kita sedar hukum wajib memakai tudung menjadi haram kerana perasaan riak mengenakan tudung mahal. Bukan semua wanita macamtu.. mungkin segelintir, mungkin terlalu sedikit sangat bilangannya.

"Why not? I pakai sebab kepuasan, kualitnya bagus dan selesa. Lagipun I mampu. Tak pernah nak rasa bermegah apa pun". Ini respon biasa. Kita boleh nak kata apa. Dorang pun bukan 'amanah' kita. Ada sesetengah perkara yang orang takkan faham dan tak dapat melihat dengan jelas walaupun diterangkan beberapa kali.


Sesekali aku terkenang anak kecil yang bermain bola yang diperbuat daripada kertas di penjuru longkang. Pakaiannya lusuh menggelebeh. Seronok andainya kesenangan segelintir insan di dunia ini dikongsi bersama anak seperti ini. Teringin melihat mereka tersenyum gembira bila menerima sepasang baju baru lebih-lebih lagi menjelang Ramadhan tidak lama lagi

"Abang tak teringin nak belikan ayang tudung mahal?", tanya wife aku. Aku sengihkan je. Aku meneruskan perjalanan sambil berangan-angan tentang Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim bulan Ramadhan ni.

Nak join? Jom KLIK SINI






Tuesday, June 17, 2014

Tempahan Hantaran Perkahwinan


As salam,

Aku terima lagi tempahan hantaran perkahwinan tapi kali ni daripada adik aku ngan pasangannya. 7 dulang hantaran pihak lelaki dan 9 dulang hantaran pihak perempuan. Pihak lelaki dengan tema hijau pucuk pisang dan pihak perempuan dengan tema ungu-merah jambu.






Dorang pun nak something simple + nice + budget = inilah hasilnya. So kalau korang nak cepat atau takde masa nak buat, aku boleh la jadi bidan terjun. Harga ikut kemampuan korang, yang penting sama-sama puas hati :)

KLIK SINI untuk sebarang pertanyaan mengenai tempahan. Tq :)

Monday, June 16, 2014

Ungu - Bila Tiba [VIDEO & LIRIK]


As salam,

Aku tercari-cari band mana la yang nyanyikan lagu ni. At last aku dapat tahu, Ungu. Good job you guys. Band yang selalu buat aku tersentak dan berfikir kembali tatkala aku lalai. Banyak lagunya yang menitik beratkan ketuhanan antara lain Dengan Nafasmu dan Andai Ku Tahu [KLIK LINK untuk mendengar lagu]


The latest one dorang release lagu Bila Tiba. Seriously awesome. Alhamdulillah sekurang-kurangnya masih ada lagi yang sudi mengingatkan aku tentang mati.

video

[Lirik Lagu] Bila Tiba - Ungu

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jantung hati pun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Ooo

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Friday, June 13, 2014

Tidak Sah Solat Berkain Pelikat, Kalau..


As salam,

Dah lama aku perhati tapi aku musykil. Jadi aku refer seorang ustaz untuk kepastian. Bagaimana kalau kita solat, memakai kain pelikat tapi tanpa kita sedar kita memperlihatkan lutut. Hmm.


Ustaz tu kata tak sah solat kita sebab memperlihatkan bahagian aurat yang terbuka. Korang faham kan? Biasanya berlaku kepada jemaah dalam solat. Dalam keadaan sujud rata-ratanya tak perasan bahagian lutut mereka terdedah. Mungkin kain pelikat terlalu cekang (tegang/ketat)


Jadi aku ingatkan diri dan jemaah yang lain, sebelum kita nak sujud pastikan kain pelikat kita tak terlalu cekang, dikhuatiri aurat kita akan terdedah dan solat kita menjadi tak sah. Kalau kita nampak jemaah lain dalam keadaan begitu, tegur-tegurlah ye. Kalau bimbang atau timbul rasa was-was, lebih baik lah kita pakai seluar panjang di dalam :)

Untuk pertanyaan lanjut dan sebarang kemusyikilan, rujuklah ustaz-ustaz atau mereka yang lebih arif berkaitan hal ni ye :) Wallahua'lam


Wednesday, June 11, 2014

Event #FREEMARKETBTR


As salam,

Free weekend ni? Jom kita ke #FREEMARKETBTR yang berlangsung di ;


Masjid Saidina Othman Ibnu Affan
Bandar Tun Razak
15 Jun 2014 (Ahad)
9.00-11.00am

BERI ATAU AMBIL APA SAHAJA

Ianya seperti Pasar Lambak, kecuali segala2 nya adalah PERCUMA. Yup, PERCUMA tanpa sebarang bayaran.

FREEMARKET menjemput semua orang untuk membawa barang-barang yang masih elok, dan menawarkannya kepada sesiapa yang mahukannya. Contoh barangan ialah buku, pakaian, barang perhiasan, perabot atau apa2 sahaja.Selain barangan, FREEMARKET juga menggalakkan orang ramai menyumbangkan kepakaran atau perkhidmatan secara percuma, seperti nasihat tentang kesihatan, perundangan dan kewangan.

FREEMARKET tidak beroperasi secara pertukaran barang (barter system). SEMUANYA ADALAH PERCUMA.

Jika anda mempunyai barangan yang masih elok untuk diberi secara percuma, sila bawa dan tawarkan.

Jika anda tidak mempunyai apa2 barangan, dont worry, just datang dan mungkin anda mempunyai sesuatu untuk diambil, secara PERCUMA. Tapi jangan TAMAK ye.

Anda digalakkan untuk bawa SHOPPING BAG sendiri.

Sila sebarkan kepada kawan2, jiran tetangga dan komuniti anda.



Sekiranya berminat untuk menjadi penyumbang, boleh hubungi

Wan : 019-3061827 
Rafizal : 016-2262445

Sumbangan kecil anda memberi harapan besar kepada masyarakat insyaAllah

Tuesday, June 10, 2014

[VIDEO] Kentut Dirakam Melalui Kamera Infra-Merah


As salam,

Aku cuma nasihatkan, kalau nak kentut.. sila jangan kentut sebarangan. Tak pasal-pasal kentut korang dimuatnaik ke dalam Youtube hehe.

Video ini dirakam sewaktu seorang lelaki sedang diperiksa melalui kamera infra merah di lapangan terbang. Dia melepaskan dua kali hembusan dengan kelajuan 60km/jam hahaha. Kalah fogging nyamuk cenggini :D

Sekarang dah ada bukti.. nak mengaku ke tidak siapa yang hari tu kentut bau ketum! :D

video


Friday, June 6, 2014

Video : Keletah Jasmeen Dan Tudungnya


As salam,

Tak sangka plak si Jasmeen dapat tudung gara-gara video dia yang aku post dalam facebook. Trimas ye Maria sebab bagi anak aku tudung :) Kelakar pulak aku tengok keletah anak aku bila bertudung. Selalu bila aku pakaikan reben, kompom dia bukak tak nak pakai punya. Tapi kali ni bila aku sarungkan tudung.. suka plak dia.

Alhamdulillah rezeki Jasmeen :) 

Gaya nak bernasyid tu dah ada.. cuma bunyinya mamababa ah ah 
je la hehehe


Alhamdulillah mungkin si Jasmeen dah peroleh hidayah kikiki. Aku muat naik video tu kat sini :)


video

Wednesday, June 4, 2014

Sila Jangan Fikir Bukan-Bukan!



FAKTA:
Pada awalnya dianggap spesis ular tetapi sebenarnya ia merupakan spesis
amfibia yang menyerupai kemaluan lelaki! Amfibia sepanjang 3 kaki ini merupakan
spesis baru yang ditemui di dasar sungai Madeira sewaktu sungai tersebut dikeringkan
untuk pembangunan empangan hidroelektrik di Rondonia, Utara Brazil pada tahun
2011.


Ia merupakan limbless amphibian atau lebih dikenali sebagai caecilian (cacing besar)
tanpa mata (buta) dan berwarna kelabu. Sebanyak 6 ekor ditemui, 3 ekor dilepaskan
kembali ke sungai, seekor telah mati dan 2 ekor dibawa ke makmal untuk ujikaji.

Bila korang dengar pasal cacing besar.. mesti korang familiar ngan filem Tremors!
Cacing tanpa deria penglihatan dan hanya menjejaki mangsa dengan getaran :)

Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com