ulang tahun perkahwinan

Ulang Tahun Perkahwinan Ke Dua

3:37 PM


As salam,

Alhamdulillah,

Masih dipanjangkan jodoh sehingga ke hari ini, telah dimurahkan rezeki dengan izinNya telah dikurniakan permata hati kami Dhya Khayla Jasmeen, dikuatkan lagi hati-hati ini dengan kasih sayang yang dipinjamkanNya.



Tetapi aku masih mengharapkan agar diberi kesempatan hidup untuk membimbing keluargaku ini, memberi dan menerima kasih sayang dikala sempit dan sukar bersama sama. Diberi ruang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada selama dua tahun berjalan ini sebagai seorang suami, ayah dan ketua keluarga.



Terima kasih di atas restu keluarga dan kalian semoga terus mengiringi perjalanan hidup kami untuk tahun-tahun berikutnya. Amin.

Selamat ulang tahun perkahwinan kita kedua Radhiah Izzati

gaji kakitangan kerajaan 2015

Surat Penafian Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015

10:35 AM


As salam,


Nah sekarang sudah terang lagi bersuluh JPA sendiri mengeluarkan surat menafikan kenaikan gaji kakitangan awam melalui bajet yang akan dibentangkan 2014/15 akan datang. Jadi sekarang kita sudah tahu cerita sebenar dan diharap tidak lagi percaya khabar-khabar angin di media sosial atau sebagainya.


Aku harap kakitangan awam tidak terlalu berharap, congak balik perbelanjaan yang ada. Yang siap sedia tempah kereta baru sebab dengar ura-ura ni sempat agaknya kalau nak batalkan balik. Kita doakan yang terbaik, kalau ada rezeki untuk kita.. takkan ke mana.

Dengar boleh, percaya jangan :)

awan pelik

Fenomena Awan Tsunami Di Virginia

9:47 AM


As salam,

Kejadian ini berlaku pada tahun 2012 di Midlothian, Virginia di mana penduduk setempat dikejutkan dengan kejadian awan berupa tsunami di langit. Di sepanjang langit kelihatan seperti ombak besar ingin menelan daerah tersebut. Di sini aku turut kongsikan beberapa gambar dan video yang dimuat naik oleh beberapa saksi kejadian.

Cantik hanya pada yang hanya menikmati keindahannya sahaja, tetapi kepada yang rajin berfikir mereka akan melihat dari perspektif yang berbeza  Dia cuma berikan tanda-tanda, kerja kita lah untuk mentafsirkan setiap incinya :)



video


Bayi Cedera Digonggong Biawak

5:59 PM

As salam,

Baru tadi aku dapat berita yang seorang bayi cedera parah di bahagian muka akibat digonggong seekor biawak. Kejadian tersebut berlaku di rumahnya sewaktu ibu mangsa meninggalkan bayi tersebut sendirian di dapur untuk mengambil sesuatu.


Bayi tersebut kedengaran menangis tidak seperti biasa, lalu sebaik sahaja tiba di dapur ibu bayi berkenaan mendapati bayinya sedang digonggong seekor biawak menghala ke arah semak berhampiran.


Bayi tersebut dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tekek, Tioman untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.



P/s : Kesian bayi tu mesti sangat sakit :'(

free voucher

Promotion : Kenny Rogers Roasters Voucher

12:20 PM


As salam,

Semalam aku dapat mesej eksaited daripada puan isteri. Pertama, sebab dia nak belajar buat karipap spesis baru. Yang kedua, dia baru print baucer daripada Kenny Rogers. So aku andaikan dua kali ganda eksaitednya :)

Kenny Rogers ye? Aku pernah makan sekali je, memang agak mahal jugak la bagi orang yang punya tekak kampung dan makan pula biasa-biasa macam aku ni. Mahal sebab servis charge nya. Aku ingatkan itulah kali terakhir aku jejak kaki ke sana, tup tup tetiba wife aku plak yang ajak. Disebabkan dia tak pernah pergi, jadi inisiatif aku sebagai suami.. akan bawa juga dia ke sana.

Ayam dia memang puas lah makan. Tapi kalau korang pernah makan Chicken Texas, dia punya mashed potato dia seakan-akan sama je. Sedap la aku maksudkan. So memandangkan dah ada baucer ni, tak salah kot aku pergi bawa anak isteri. Kalau korang nak baucer jugak, aku akan sertakan di akhir entri ni nanti.

Dengan harga RM39 untuk dua hidangan dan side dishes, dicampur dengan 10% caj perkhidmatan dan 6% cukai kerajaan.. aku anggarkan dalam RM50. Ok la tu sekali sekala. Kalau ikut tekak melayu aku, siput masak lemak cili api lagi menggiurkan hehehe.

Ok kalau korang nak baucer di atas, boleh cetaknya DI SINI ye. Valid until 30 September, hujung bulan ni. Sempat kot kalau korang nak pergi lepas dapat gaji nanti :)

ASUS product

Review : ASUS Zenfone 5

11:11 AM


As salam,

Seperti yang dijanjikan aku nak review satu lagi android yang telah berada di pasaran Malaysia sejak awal tahun 2014 yang lalu. Ia telah dilancarkan bersama 2 siri yang lain, Zenfone 4 dan Zenfone 6. Tapi hari ni aku nak review Zenfone 5 hasil daripada pengalaman rakan sekerja aku yang telah menggunakannya selama 2 bulan.


Telah memenangi anugerah Red Dot Design Award pada ciri-ciri bentuk rekaannya dan kategori papan litar terbaik untuk ROG Maximus IV (motherboard). Ciri-ciri utamanya 5 inci, dual sim, dual-core Intel Atom prosesor, 1GB atau 2GB RAM, internal 8GB dan kamera 8MP.

Skrin dia memang cantik, Corning Gorilla Glass. Mula-mula aku nampak, aku memang tertarik kat bahagian skrin dia. Macam iPhone. Paparan memang jelas dan terang. Saiznya nipis, mudah dipegang dan selesa.. atau orang panggil sleek design. Kawan aku punya prosesor Intel Atom 1.6 tapi untuk keluaran terbaru ASUS Zenfone dilengkapi dengan Snapdragon. Harga mampu milik dalam RM450 sehingga RM550 fullset bersama cover telefon, memori kad dan screen protector.


Ok walaupun nampak ohsem, tapi kawan aku kata stil ada kekurangan yang boleh diperbaiki untuk model ni. Prosesor mudah panas mungkin kerana Intel Atom. Bateri yang berskala kecil dalam 2100mH. Bagi pengguna tegar (permainan, wifi internet) telefon ini mampu bertahan 12 jam sahaja.

Buat masa ini masih belum keluar custom ROM untuknya dan tiada kemaskini ke android Kit Kat lagi. Untuk penambah baikan, korang boleh root android ini. Muatnaik TWRP untuk salinan data pada sistem peranti dan tambahan pula dengan adanya Xposed Frame Work membolehkan sistem yang sedia ada (pre-installed) diubahsuai mengikut keinginan kita.

Kalau aku, aku bagi 4/5 bintang pada design cuma agak susah nak cari cover luarnya. Mungkin aku dah terbiasa dengan Lenovo kerana baterinya yang lebih tahan lama, jadi aku bagi 3/5 bintang untuk ASUS Zenfon 5 ini kerana non-removable baterinya. Tetapi keseluruhannya aku bagi 4/5 bintang.


Kredit Andy Way

aplikasi ping entri

Edisi Blog : Aplikasi Untuk Blogger dan Pembaca Blog

2:44 PM


As salam,

Selalunya aku muatnaik permainan je, tapi kali ni buat julung-julung kalinya aku muatnaik aplikasi khas untuk blogger dan platform terbaik untuk pembaca blog. Melalui aplikasi ini, para blogger boleh ping entri masing-masing dan juga boleh baca blog rakan blogger yang lain.


Selepas memuatnaik di Google Play Store, korang boleh memasang aplikasi di peranti masing-masing. Kemudian boleh terus mendaftar akaun korang di situ.


Selesai dengan pendaftaran, korang boleh terus menggunakan aplikasi yang disediakan. Pada butang terkini memaparkan entri terkini yang diping oleh blogger-blogger lain. Butang blogger pula merupakan capaian terus kepada blogger kegemaran korang dan di sebelah kanan atas (tiga titik bertindih) merupakan butang untuk korang ping entri sendiri.


Bagi aku aplikasi ini banyak membantu dan memudahkan aku ping entri dan membaca entri kengkawan lain. Semuanya boleh di baca dalam satu aplikasi mudah. Korang boleh cubanya dan semoga kita dapat berkongsi cerita di sana :)



satay tulang

Satay Tulang Jelebu

1:00 PM


As salam,

Ok ni sebenarnya cerita bulan puasa hari tu. Aku pusing bazaar Ramadhan, kat hujung jalan aku nampak banner Satay Tulang Jelebu. Aku teruja sebab ofismate aku, Andy kata satay dia besar-besar dan sedap. Tapi dia makan kat Senawang. Yang aku punya ni kat Kajang.

"Bang singgah beli satay tulang bang. Kalau abang belum pernah cuba, baik abang cuba sebab kami kat sini sebulan je", tegur awek manis tu bila lihat aku dok perati je banner dia sedari tadi. Lagipun aroma satay tu menyucuk-nyucuk hidung aku. Sedap bak hang!

"Berapa secucuk ni?", aku tanya sambil belek-belek lidi satay. Memang besar satay dia. Curious aku sekejap sebab baru tengok.

"Satu seringgit setengah. Kalau ambil 6 sekali ngan nasi impit.. RM10", kata dia. Boleh tahan gak harga dia. Bau memang umphh.. rasa tak tau lagi.



Alang-alang aku angkat RM10, ye la takkan aku nak beli 2 cucuk. Apa barang beli satay dua cucuk.. nampak nau kedekut. Bila berbuka, aku rasa memang terbaik lah. Satay tu.. satay ayam. Macam korang ratah rangka ayam, macam tu la rupa bentuknya cuma rangka ayam tu diperap dengan bahan-bahan satay dan di bakar. Tapi serius rasanya memang terbaik. Betul la kata kawan aku.. memang sedap.

Tapi tu la kan, secucuk RM1.50. Ratah rangka je pun. Aku bagi kredit kat kuah perapan dia :) Kalau korang belum cuba, boleh la dapatkan satay ni kat area Senawang, Negeri Sembilan.


bateri Lenovo

Review : Lenovo S930

9:40 AM


As salam,

Ok hari ni aku nak review henfon Lenovo model S930 setelah sebulan aku menggunakannya. Aku trade in dengan Lenovo terdahulu, A880. Spec tak banyak lari, ada penambahbaikan sedikit daripada model A880. Oh ye skrin kedua dua model ni masih sama, 6 inci sebab aku suka skrin besar. Senang baca dan main game.



Kenapa aku trade in A880 kepada S930?
Sebab kapasiti baterinya yang lebih besar. A880 mempunyai bateri berkapasiti 2500mH manakala S930 pula 3000mH. Sebab aku gamer yang tegar, jadi aku perlukan bateri yang lebih besar.

Kenapa aku tak trade in ke P780 atau Vibe Z2 yang baterinya berkapasiti 4000mH?
P780 saiznya 5 inci, harganya hampir sama dengan S930 dalam lingkungan RM550-RM700. Kamera depannya hanya VGA dan Quad Core 1.2GHz. P780 menggunakan aplikasi android 4.2 tetapi S930 4.2.2.

Manakala Vibe Z2 masih belum dilancarkan, kemungkinan dalam bulan September 2014 ini. Harganya mahal sekitar RM1800 hingga RM2000. Walaupun baterinya 4000mH, tapi non-removal plak.

So untuk budget aku sekarang, S930 cukup bagus dan memenuhi spec yang aku perlukan. Lagipun S930 menggunakan Dolby. Sound terbaek kalau tengok movie.


So buat masa ni dengan bateri 3000mH, aku rasa cukup untuk aku main game, wifi, menggunakan data plan, membuat panggilan dalam tempoh masa sehari. Dari aku mula unplugged charger, boleh tahan sehingga sehari suntuk baterinya. Pernah bateri aku berada dalam 40% pukul 7 pagi, masih mampu bertahan sehingga pukul 5 petang hanya ber-wifi dan bermain game sekejap sekejap. Kamera S930 pun 8MP, cukup lah untuk aku anak beranak berselfie sendiri huhu.


Aku sangat berpuas hati dengan model Lenovo sehingga kini. Bagi yang berkira kira untuk mengambil jenama Asus, aku akan review next time.