Bulan Penuh Dugaan

3:28 PM


As salam,

Takde mood nak update pada mulanya, tapi dah lama dibiarkan tanpa cerita. Aku sebenarnya sibuk dengan makmal, dengan ISO nya. Bertambah pula dengan masalah kereta aku, kereta isteri, anak aku ditahan di wad dan banyak pula duit short bulan ni.

Bila aku duduk terbaring, isteri aku meneka yang aku tengah berfikirkan sesuatu kah? Macamana dia tau? Bila dia nampak dahi aku berkerut seribu dan mata aku mengerlip laju. Hehe aku pun tak perasan :) Aku hanya nampak bulan ni penuh dengan masalah yang perlu aku tangani segera dengan cara berhemah dan berjimat sebaik mungkin.


Mungkin kifarah.. itu sahaja jawapan yang aku terima daripada isteri aku. Mungkin juga. Bila Allah berikan aku ujian sebegini rupa, terduduk sekejap aku. Tapi bila aku toleh ke belakang.. aku lihat ramainya umat manusia yang mati kerana diujiNya. Tapi aku pula masih hidup bernafas.

Astaghfirullah aku urut dada. Kecil sangat ujian untuk aku. InsyaAllah, perlahan2 kayuh.. at last mesti sampai ke destinasi punya. Nak tak nak kena hadap juga, aku kan ketua keluarga.

Wang bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan wang.

JAKEL : Jualan Murah Pengosongan Kedai

1:11 PM


As salam,

"Abang hari ni kita nak ke mana?", tanya puan isteri. Terkejut gak aku.. selalunya dia nak menghabiskan masa cuti di rumah je.

"Sayang nak ke mana?"

"Ingat nak cari tudung la. Emm kita ke Jalan TAR nak?"

Heh nampak tak permainannya? Sampai ke Jalan TAR cari tudung tu. Tapi sebab aku pun tak ada benda nak buat, kami pun decide ke sana. Gerak pukul 11 pagi menghampiri tengahari, sendiri boleh faham la lagi-lagi suasana Jalan TAR yang mahu menyambut kedatangan Deepavali. Sesak jangan cakap


Matlamat utama nak cari tudung, tapi aku bagitau yang Jakel Jalan Masjid India ada buat promosi pengosongan kedai. Jakel nak pindah, tapi area situ-situ jugak. Dengar kata sewa kedai sekarang ni mahal. Masuk je Jakel humangaih sesak penuh ngan makcik-makcik, awek-awek, akak-akak dok belek-belek kain pasang. Semua harga menjunam jatuh! Daripada semeter RM60 boleh dapat sekitar RM5 hingga RM6 semeter. Semua harga main bawah RM10 je semeter. Aku boleh rambang mata.. inikan pula puan isteri kan?

Hambik nok dia borong 4 pasang kain sutera. Aku sempat la belikan abah aku baju batik.. RM40 sahaja. Guess what. Untuk 4 pasang kain sutera menda-apa-ntah-namanya dan satu baju batik aku cuma habiskan RM140 sahaja. Wohoo~



Promosi ni sehingga 31 Oktober 2014 sahaja. Jadi aku nasihatkan kalau korang nak dapatkan kain buat baju kurung tahun hadapan, nak cari baju melayu.. sila terjah sementara stok masih ada. Sementara tengah murah ni, boleh la borong puas-puas.

Dan diingatkan pihak Jakel tidak bertanggungjawab sekiranya kalian meroyan ataupun histeria di sana hehe :) Korang boleh waze lokasi yang aku berikan di bawah ;

Jakel Kuala Lumpur,
No 209, 210, 211 & 212,
Jalan Bunus Off, Jalan Masjid India,
50100 Kuala Lumpur, Malaysia.

cari benda tersembunyi

Ada Berapa Orang Di Dalam Gambar?

11:53 AM


As salam,

Jom uji daya penglihatan kita. Daripada gambar yang aku sertakan ni, boleh tak kalian kira ada berapa orang yang berada di pejabat tersebut? 3 kali aku bagi jawapan, tiga-tiga salah. Chiss!! Aku minta korang kira ni.. jangan kata aku tipu plak :P


Kalau betul aku belanja choki-chok hehe :)

gambar hantu

Siapa Selain Gadis Dan Jurukamera?

10:47 AM


As salam,

Hari ni aku cuma nak kongsikan gambar yang aku terima di aplikasi Whatsapp semalam. Aku tak nak cerita panjang, mengiyakan atau menidakkan. Kalian sahajalah yang berikan jawapannya ye. Apa yang kalian nampak, samada kalian nak percaya atau tidak.. terpulang la :)

Teliti gambar di bawah, perasan tak kalian selain gadis dan jurukamera.. ada sesuatu lagi di situ. Erk!


P/s : Perhati bayang-bayang dalam air tu :)

blog emak-emak

Afzalsukasuki : Blog Geng Emak-Emak

12:00 AM


As salam,

Hari tu mak aku ada cerita..

"Along, kelmarin ada kawan mak datang jumpa mak. Lupa plak mak siapa sebab time tu mak bizi kat surau.."

"Kenapa ngan kawan mak tu?", aku tanya. Curious plak aku sebab cara mak aku macam suspend je. Gaya cerita macam nak cerita pasal raksasa atau haiwan mutasi sekitar taman.

"Dia tanya mak.. kenal ke ngan blogger afzalsukasuki?"

"Abis mak jawab apa?", tanya aku lagi

"Mak kata la tu along. Dia pun kata dah agak dah yang blogger tu anak Kak Yah. Dia selalu gak baca blog Along"

"Ooo", aku sengihkan je la. Nak buat apa lagi


Cuma aku appreciate sangat-sangat sebab ada juga orang yang sudi baca blog aku ni walaupun pembacanya dikalangan emak-emak. Kawan mak aku plak tu. Blog biasa-biasa, kalau ada cerita.. adalah benda yang nak aku kongsikan.

Trimas la makcik, harap saya boleh tampilkan entri-entri yang lebih baik lepas ni :)



All About That Bass lyric

SIONEMARASCHINO : Lelaki Gempal Yang Pandai Menari!

10:36 AM


As salam,

Aku tertarik dengan video klip Megan Trainor - All About That Bass, bukan sahaja rentaknya yang catchy tetapi gerak tari lelaki gempal dalam video tu. Jadi aku cari la di internet, nah aku tau siapa lelaki tersebut.


Namanya Sione Kelepi atau lebih dikenali Sionemaraschino. Namanya jadi trending dek kerana bakat tariannya. Kalau korang lihat dia menari seolah-olah dia menafikan yang dia seorang yang berbadan gempal! Dia boleh stand dengan 2 belah tangan, boleh flip 180 darjah. Apa yang orang kurus boleh buat, dia juga boleh lakukan dan mungkin lebih baik.


Kat sini aku kongsikan video tarian amaturnya di Youtube sebelum dia dibawa masuk menari ke dalam video All About That Bass dan menjadi viral.

video

Nah aku buktikan yang berbadan gempal bukan penghalang untuk kita menjadi seperti orang lain. Asal ada kemahuan dan gigih berusaha, kita akan dapat apa yang kita mahukan. Kita hanya memikirkan gemuk itu masalah sehingga kita lupa yang diri kita sendiri punya banyak kelebihan walaupun kita gemuk :)

video

"All About That Bass"
Because you know
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass

Yeah, it's pretty clear, I ain't no size two
But I can shake it, shake it
Like I'm supposed to do
'Cause I got that boom boom that all the boys chase
And all the right junk in all the right places

I see the magazine workin' that Photoshop
We know that shit ain't real
C'mon now, make it stop
If you got beauty, beauty, just raise 'em up
'Cause every inch of you is perfect
From the bottom to the top

Yeah, my mama she told me don't worry about your size
She says, "Boys like a little more booty to hold at night."
You know I won't be no stick figure silicone Barbie doll
So if that's what you're into then go ahead and move along

Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass
Hey!

I'm bringing booty back
Go ahead and tell them skinny bitches that
No I'm just playing. I know you think you're fat
But I'm here to tell ya
Every inch of you is perfect from the bottom to the top

Yeah my mama she told me don't worry about your size
She says, "Boys like a little more booty to hold at night."
You know I won't be no stick figure silicone Barbie doll
So if that's what you're into then go ahead and move along

Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass

Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass

Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass
'Bout that bass, 'bout that bass
Hey, hey, ooh
You know you like this bass


ikan celup tepung

Menu Santai Di Restoran Choleq, Kajang

11:05 AM


As salam,

Susah gak nak cari port lepak malam-malam kan? Ye la kalau boleh malam-malam tak terfikir nak hadap menu berat. Tak sempat perut nak hadam sebelum tidur ye tak? Jdi aku berminat nak kongsikan satu lokasi dengan kalian.

Sekiranya ada antara kalian yang singgah di Kajang atau Jalan Reko, apa kata korang singgah di restoran Choleq untuk mencuba menu yang ada di situ. Maaf lah ye menu tak berat mana, nama pun choleq. So yang cicah-colek je la seperti ikan celup tepung, sotong celup tepung, cucur udang, keropok lekor dan beberapa menu rojak yang boleh kalian pilih mengikut citarasa dan perut masing-masing.


Menu terbaru yang mereka ketengahkan adalah megi ketam dan nasi Kak Wok. Aku tak sempat rasa nasi Kak Wok sebab aku datang pun dah lewat. Tapi isteri aku sempat memesan megi ketam, tapi sayangnya bukan ketam nipah. Megi tersebut dimasak bersama sotong dan dua ekor ketam. Megi rasa biasa-biasa sahaja, jauh seperti apa yang aku bayangkan tapi masih boleh dimakan.


Aku pula pesan menu Choleq Ayam Cherang. Ok boleh tahan dengan kapasiti perut aku yang hampir penuh. Ramuannya ayam, tauhu, lempung (peparu), cucur udang, popia dan bahan-bahan rojak. Kuah yang digunakan adalah sos pencicah, bukan kuah kacang. Rasanya boleh tahan dan sesuai dengan menu santai aku malam itu.


Kalau kalian nak cuba ubah selera boleh la datang ke ;


CholeQ
No 1-G (Jalan Reko Sentral 1),
43000 Kajang, Selangor