Blog Sihatimerahjambu

cara kentut

Mengenali Perwatakan Melalui Kentut

3:17 PM


As salam,

Hari ini aku nak ajak korang mengenali perwatakan masing-masing melalui cara kentut. Jadi dengan ini korang tak perlu lagi berteka teki bila keluar bersama kawan-kawan kerana dapat mengagak sifat mereka daripada cara kentut yang mereka lepaskan :P

1.   Tidak Jujur
      Orang yang kalau kentut terus menunding jari dan menyalahkan orang sekeliling

2.   Penakut
      Orang menahan kentutnya kerana takut sampai berjam-jam lamanya

3.   Berwawasan
      Mereka yang tahu masa terbaik untuk melepaskan kentut

4.   Bermasalah
      Orang cuba nak kentut tapi tak boleh kentut

5.   Cakap Tak Serupa Bikin
      Orang yang nak kentut tetapi tercirit pula

6.   Misterius
      Bila dia kentut tak siapa yang tau

7.   Gugup / Darah Gemuruh
      Orang yang mudah melepaskan kentut apabila disergah

8.   Berkeyakinan Tinggi
      Orang yang melepaskan kentut dengan lantang

9.   Suka Makan Angin
      Mereka yang melepaskan kentut sambil berjalan di khalayak ramai

10. Kurang Ajar
      Melepaskan kentut dalam buku lima dan disapu pada muka kawan

11. Pendendam
      Kentut terus di hadapan kawan yang bagi kentut kat muka tadi

12. Adil
      Kentut di dalam lif atau kawasan tertutup di mana ramai orang di dalamnya.

13. Pemalu
      Orang yang melepaskan kentut tapi bimbang orang sekeliling bau kentutnya itu

14. Bodoh
      Orang yang menghidu kembali bau kentutnya sendiri

15. Bijak
      Orang yang boleh mengenal bau kentut orang lain

16. Strategik
      Orang yang boleh mengawal kentut dan kentut mengikut kehendaknya

17. Pelik
      Orang yang boleh kentut bila disuruh

18. Sombong
      Orang yang berbangga dengan bunyi dan bau kentut sendiri

19. Peramah
      Orang yang tidak kisah mencium bau kentut orang lain

20. Akuatik
      Orang yang suka kentut di dalam air

21. Jujur
      Orang yang mengaku setelah habis kentut.

22. Teliti
      Orang yang mampu menghuraikan kandungan bau kentut orang lain.

23. Kelakar
      Orang yang melepaskan kentut sambil ketawa dengan lantang

24. Jiwang
      Orang yang melepaskan kentut dengan bunyian mendayu-dayu

25. Berpenyakit
      Orang yang terbatuk dan terkentut serentak

26. Panas Baran
      Orang yang marah tercium bau kentut waima bau kentutnya sendiri.


Jadi daripada 26 cara kentut di atas, korang dalam kategori mana? Kehkehkeh
     
   


isteri buta

Kisah Sedih Suami, Isteri dan Kasut

9:54 AM

As salam,

Aku nak berkongsi cerita daripada posting yang aku lihat dalam facebook. Tetiba kepala aku ligat memikirkan isteri dan anak aku. Aku percaya kita dikurniakan pasangan dan anak-anak, ada di antara mereka sempurna dan ada yang tidak. Tanyakan kembali kepada diri kita sendiri, sejauh mana kita menghargai mereka selama ini? Sedalam mana perhatian yang kita berikan untuk mereka.

Alahai pepagi ni kenapa mata aku berair? Masuk habuk kot..







P/s : Kita akan belajar menghargai sesuatu bila kita sedar akan kehilangannya. Jangan biarkan masa yang ada berlalu begitu saja..

chalet di melaka

Damar Suria Resort, Melaka

5:34 PM


As salam,

Minggu lepas aku berkesempatan mengikuti program Hari Keluarga yang dianjurkan oleh taman aku. Ni kali ke 3 program seumpama ini diadakan. Aku macam biasa la antara watak penting yang wajib mengimarahkan program-program seperti ini :)

Ok apa yang nak aku ceritakan adalah berkenaan tempat penginapan yang kami tempah sepanjang hujung minggu di sana. Damar Suria Resort terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka. Kepada mereka yang memulakan perjalanan dari arah Kuala Lumpur, kalian hendaklah melalui lebuhraya PLUS Utara-Selatan dan ambil susur keluar di Pedas-Linggi. Sebaik sahaja melepasi tol, ambil susur kanan dan ikut arah papan tanda Lubok Cina dan Masjid Tanah. Masa yang diambil daripada Kajang ke sana kira-kira satu jam empat puluh lima minit.



Damar Suria Resort ada menyediakan pelbagai kemudahan bagi mereka yang datang berkunjung atau bercuti dan sangat sesuai bagi mereka yang merancang aktiviti seperti hari keluarga atau acara tahunan. Antaranya adalah kolam renang, dewan terbuka, tapak BBQ, kawasan untuk bersukaneka, gelanggang bola tampar dan gazebo. Lokasinya sangat strategik memandangkan betul-betul berada di pesisir pantai.



Tempat penginapan ini juga berhampiran dengan medan ikan bakar dan pada aku tak susah untuk mencari tempat makan pada malam hari. Jaraknya dianggarkan dalam satu kilometer daripada tempat penginapan.

Harganya berpatutan, RM90/sehari untuk hari biasa dan RM110/sehari pada hujung minggu untuk standard room. Untuk pilihan bilik lain seperti Family Room atau Superior Room pun ada dan harganya daro RM100 hingga RM160 sahaja. Pihak pengurusan juga ada menyediakan pekej bagi pelajar dan mereka yang ingin mengadakan seminar. Pada aku, keadaannya memuaskan dan keadaan bilik masih bersih dan boleh diduduki. Aku bagi 3 bintang untuk Damar Suria Resort.




Korang boleh berurusan terus dengan pihak pengurusan pada maklumat yang tertera di bawah ;

Damar Suria Resort
Lot 1948, Jalan Persisiran Pantai Teluk Gong,
Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah,
78300 Melaka

Tel : 017.6248155 / 013-3652207 (Whatsapp)
Office : 06-3843887 (office hrs)

Untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan tempahan dan harga bilik, boleh la
KLIK DI SINI

Burger Bakar Abang Burn

Promosi Burger Bakar Abang Burn RM1 Sahaja!!

8:00 PM


As salam,

Ni nak habaq mai untuk orang-orang Kajang dan di kawasan sekitarnya. Burger Bakar Abang Burn ada buat promosi burger beef cheese pada harga hanya RM1 sahaja.Wahhhh!!!

Tapi syarat-syaratnya setiap orang hanya boleh beli sebiji sahaja. Yela burger murah, mana boleh beli lebih-lebih :) Di bawah ni aku kongsikan lokasi dan details.


Lokasi : Food Court Sg. Ramal Junction (berhadapan Shell Sg. Ramal)
Tarikh : 15 November 2014
Hari : Sabtu
Masa : 4.00 hingga 6.00 petang
Menu : Burger Beef Cheese sahaja



So esok bawa anak bini, sedara mara, sepupu sepapat, ipar duai, mak bapak, kengkawan terjah reramai ke sana. Kompom panjang orang beratur punya hehehe :)

Trimas Abang Burn, kalau ada rezeki boleh buat lagi promosi macamni :)

bloglist

BLOGLIST : Tahniah Kepada Yang Terpilih

3:58 PM


As salam,

Tahniah kepada yang terpilih dan sudi exchange bloglist ngan blog ntahapehape aku ni yang tenggelam timbul macam tinja je aku tengok. Susah nak pilih, makan masa 6 bulan la jugak dan terpaksa diadili oleh beberapa juri terkemuka seluruh Asia Tenggara (ayat-ayat macam ni biasa digunakan waktu nak tidurkan anak-anak kecil atau buat takutkan angsa yang tak nak masuk reban)


Aku grabbed mana yang sempat, yang bagi link blog aku tak pilih bulu.. semua aku masukkan. Tapi blog yang tersenarai di bawah THE EXCHANGE, lepas ni kalau aku blogwalking takde blog aku.. kalau tetiba telinga korang kena piat tapi tak tau siapa yang buat jangan tanya kenapa la ye :)

Apa-apa pun aku harap dengan adanya bloglist ni dapat memudahkan kerja aku untuk blogwalking, bertukar-tukar idea dan pandangan dan paling penting boleh kenal antara satu sama lain mana tau kalau tayar pancit tengah highway boleh contact kengkawan bloglist je :P

Ok la aku nak sambung kerja. Esok aku cerita lain plak. Kepada yang tersenarai dalam bloglist tu malam karang boleh la celebrate potong kek ke hape.. nak ambil cuti peristiwa esok hari pun amat digalakkan.

Animasi Terbaru Upin, Ipin & Ultraman

4:11 PM


As salam,

Aku sangat mengikuti perkembangan animasi negara lebih-lebih lagi bila melibatkan animasi Upin & Ipin dan Boboiboy. Animasi Malaysia sudah boleh dibanggakan dan kini melangkah setapak lebih jauh bilamana Les' Copaque Production kini telah berkolaborasi dengan syarikat Tsuburaya yang terkenal dengan watak superhero Ultraman sejak berzaman lagi.

Dalam episod kali ini, siri animasi Upin dan Ipin menampilkan watak istimewa iaitu ultraman yang dikenali sebagai Ultraman Ribut. Upin, Ipin dan kawan-kawan berperanan sebagai ahli Defense Rescue Force yang membantu Ultraman Ribut menetang Raksasa Kilat dan Raksasa Halilintar daripada terus mengganas dan memusnahkan Bumi. Kedatangan raksasa tersebut ke bumi disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di kota dan di desa. Di akhir cerita ini, Upin, Ipin dan kawan-kawan serta Ultraman Ribut berjaya mengalahkan raksasa tersebut. Upin dan Ipin juga sedar yang mereka perlu sentiasa menjaga bumi supaya tidak dicemari.





Aku harap kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi dengan lebih ramai produksi luar sekaligus menaikkan lagi industri animasi tanahair.

Syabas!

Bloglist : Si Rajin, Si Hebat dan Si Exchange

2:24 PM


As salam,

Tak sempat.. tak sempat. Aku taip ala kadar je ni, nak masuk lab lepas ni. Aku nak buat bloglist kat sisi blog aku. Untuk blogger yang rajin drop komen.. aku letak bawah bloglist Si Rajin, blogger yang aku suka aku letakkan bawah bloglist Si Hebat dan untuk mana-mana blogger yang nak exchange bloglist ngan aku.. aku letakkan di bawah bloglist Si Exchange.


Aku dah ada senarai untuk Si Rajin dan Si Hebat.. so aku perlukan blogger untuk exchange bloglist ngan aku. Masukkan url blog korang pada ruangan komen di bawah kalau korang berminat. Nanti aku check balik.

Caloo betey~