Caliph Busker : Buta Yang Sempurna

1:25 PM

Bismillah,

Semalam sebelum tiba giliran Romancinta didendangkan di atas pentas, puan isteri kata lagu ni tidak akan dibawa oleh Aweera, sebaliknya dibawa oleh penyanyi dari Indonesia.

Aku sedikit hampa. Pada aku vokal yang dilontarkan oleh Aweera sangat mantap hingga boleh cecah pitch tertinggi. Bila lagu asal dinyanyikan orang lain, sedikit sebanyak mengganggu gugat emosi aku untuk terus menonton persembahan tersebut.

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa


Aku perati je penyanyi dia.. Orang buta rupanya dan setiap pemain muzik yang bersamanya juga buta. Walaupun suaranya tak sehebat Aweera, tapi dia berjaya menarik perhatian aku.

Peluang..
Jarang aku lihat golongan sebegini diberikan peluang
Hanya mereka yang sempurna sahaja sering mendapat tempat di kalangan masyarakat
Aku percaya, jika mereka diberikan sedikit ruang dan peluang
Mereka pasti mampu bersaing dan memberi tentangan pada mereka yang celik matanya

Aku toleh ke sisi, aku lihat puan isteri sudah menitiskan air mata. Semoga Caliph Busker dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjuangan hidup mereka.

Mereka lah yang aku maksudkan.. buta yang sempurna.


P/s : Serius meremang bulu roma aku semalam

You Might Also Like

7 comments

  1. SA tgok kat youtube pun meremang bulu roma..seram sejuk kat tengkuk..x sesia Edry ambil diorg kan...semoga rezki diorg murah lepas ni..

    ReplyDelete
  2. Mmg mantap la nyanyian dia. Rasanya kalau digilap dan diberi latihan lagi mampu buat lebih baik dr aweera. Aweera ke mana?

    ReplyDelete
  3. sy pun igt penyanyi dr Indonesia yg akan perfom lagu ni...sekali bukan...tp memang terbaik...

    ReplyDelete
  4. Sedap kot dia nyanyi..pejam mata, jatuh cinta.lol

    ReplyDelete
  5. sememangnya berbakat..tahniah caliph buskers

    ReplyDelete
  6. mereka memang berbakat..bagus edry bawak mereka ke pentas ajl

    ReplyDelete
  7. Diorang nyanyi betul2 dengan perasaan...

    ReplyDelete