Motif?


Bismillah,

Aku didatangi oleh seorang gadis kecil molek dari arah sisi, yang sedari tadi aku lihatnya bergerak kehulu dan kehilir.

"Assalamualaikum abang", sapanya. Aku buat-buat macam terkejut padahal aku dah tau dia nak tegur aku. Aku jawab salam. Senyum sambil memerhati majalah pada tangannya.

"Pinjam masa abang sekejap boleh?"

Heh! Bab pinjam masa ni, hanya dua kategori manusia je yang guna. Penjual insurans dan promoter.

"..saya ada jual buku agama"

Yes! She's promoter. Dia pun promote bla bla bla.. senafas! Pastu dia berhenti. Aku dengarkan je, tak halau atau menunjukkan rasa berminat. Takpe la dia cari rezeki, apa salahnya kalau aku bagi dia ruang.

Tetiba aku nampak ada cd di balik buku-buku yang dia pegang lantas aku tanya dia. Dia menghulurkan pada aku. Aku pulak tanya dia bla bla bla.. senafas! Ok dia berjaya menarik perhatian aku dengan cd kisah para rasul tu. Aku ingat nak belikan untuk Jasmeen.

"Err tumpang tanya.. abang dah kahwin ye?"

Aku angguk dan senyum kambing. Dia balas senyum.

"Abang tak macam lelaki yang dah berkahwin pun. Kalau saya tak tanya, mati-mati saya ingat abang 20an"

Ok, kalau macamtu abang beli semua cd ngan buku tu! *tetiba

masa menunggu rasa singkat bila kena puji cenggini


**********

Masa aku bayi dulu, mak aku pernah buatkan moyang aku melatah. Dalam tengah melatah tu sempat mak aku minta petua awet muda untuk aku. Masa tu moyang aku tengah menggendong aku.

Moyang aku melatah lalu ditekan lelangit mulut aku dan dibacakan beberapa baris doa.

Itu apa yang mak aku bagitau aku la..


Aku tengah cuba resolusi kamera telefon aku *motif sangat kan?

**********

Dah banyak kali aku ditegur macam macamtu, dah tahap lali sampai terpaksa aku keluarkan kad pengenalan sebagai bukti.

Motif aku cerita?

Saje je nak bagitau aku awet muda kahkahkah

(berlalu pergi sambil membiarkan lobang idong kombang kompih tak sekata dengan senang hati)


P/s : Petua lain.. kekalkan wudhuk selalu :)


15 Comments

  1. Dengan bangga aku org pertama komen... nyampah ak baca.. Biasalah promoter kalo die cakap ko mcm 38 thn konpem ko trus balik umah masak megi dan mengalami halusinasi 3 hari berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aku rasa promoter tu jujur Korn. Susah nak jumpa anak Melayu akhir zaman cenggini :D

      Delete
  2. motif la sangat kan... tetiba rasa nak tinggalkan komen kat sini. apa motif entah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa kan?kan?penangan motif tak memasal ko komen kat sini :D

      Delete
  3. hehe.. tersenyum sekejap dalam menanti ni.. aduh... sakitnya menunggu org

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya pos orang ke sana, suh puji awak.mesti akan rasa lega sikit pasni :P

      Delete
  4. afzal..aku wish ko ada kat sini..sebab aku nak tampor ko..

    motif???

    saje je..

    ReplyDelete
  5. lama akak tak jalan-jalan sini,sekali tengok macam blog baru...awet mudakah blog ni???

    ReplyDelete
  6. Ko betul2 beli ke semua cd2 dan buku2 tu? Wah, sbnrnya budak pompuan tu pun motifnya dia puji ko sbb nak suh idong ko kembang. Mula2 td akak ingatkan adik tu dtg jumpa ko sbb nak beli serum utk besarkan tutttt yg ko iklankan ari tu.

    ReplyDelete
  7. haha..lama tak bertandang ke sini...pekabar??
    gelak sorang2 baca entry ni... memang awet muda lerr tu...kihkih

    ReplyDelete
  8. hahaha...pandai promoter tu kan kan... tapi betullah..tok muka awet muda.. xmamah dek usia..hehe

    ReplyDelete
  9. ni cerita rekaan semata mata nih!kahkah

    ReplyDelete
  10. *situasi kat kedai buku popular bahagia fiction

    Aso: adik, lu tolong cali kan gua buku bagus
    Gua: err auntie nak genre apa?
    Aso: Apa-apa pun tala apa maa, gua mau kasi anak
    Gua: Oooo okey *sambil cari
    Aso: Lu sekolah mana aaa?



    motifff?




    saja nak cakap gua lagi muda dari lu tokk!! muahahahaha




    sila jgn benci :3

    ReplyDelete
  11. faham dah motif ni..baguslah awet muda sampai orang cakap umur 17tahun pun orang tak caya eh

    ReplyDelete
  12. hahaha..motiff...patutnya promoter tu cakap awok umur macam 12 tahun..leh beli semua dengan buku-buku sekali

    ReplyDelete