Nasi Lemak Beratur


Bismillah,

Kat simpang depan sebelum masuk ke perumahan mak aku, ada kedai jual sarap (mean sarapan) yang mana aku panggil nasi lemak beratur. Nasi lemaknya tak beratur.. cuma korang yang perlu beratur panjang untuk mendapatkan nasi lemaknya.



Ada 3 intipati utama untuk melariskan perniagaan, iaitu ;

  1. Cepat
  2. Murah
  3. Sedap

Apa yang aku nak bagitau, sambal nasi lemak dia marvellous! Harga untuk nasi lemak biasa dalam polisterin adalah RM1.20 (baru je naik harga RM0.20 lepas bertahun-tahun meniaga kat situ). Pakcik tu pun tak kemut bagi kan bilis lebih, telur rebus pun potong 4. Cepat? Hmm sama cepat dengan makcik kedai gerai sebelah tapau nasi lemaknya (purata halaju dalam 1km/j)

Aku frusted kalau nak makan nasi lemak pakcik tu sebab nak kena beratur panjang. Gerai pakcik tu dibuka seawal 8.30 pagi hingga 10 pagi.. atau mungkin lebih cepat. Kalau korang tak nak beratur boleh je order ngan dia sehari sebelum, bermakna korang hanya datang ambil terus pada keesokan hari tanpa perlu beratur panjang.

Kalau korang lalu Taman Kajang Putra (bersebelahan pasaraya Giant) atau lalu di hadapan Taman Kajang Mewah (bersebelahan Bangi seksyen 7), boleh la singgah untuk rasa sendiri nasi lemak pakcik tu. Gerai dia betul-betul tepi jalan hadapan Tadika Sayang.

Kalau aku tak nak beratur pun boleh je. Janji aku datang beli naik motor abah aku. Gila kau motor bilal sape tak kenal!

Motor abah aku lagi femes dari aku isk isk isk!

25 Comments

  1. mesti sedap kaw2 kalau dh beratur cenggini...:D

    ReplyDelete
  2. Daulat bakhang motor abah tok. kalau nak datang rasa nak pinjam motor dulu k

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha motor garang..jangan rapat.kang dia geget kaki ang tu :D

      Delete
  3. Replies
    1. hahaha sabar adalah kriteria terpenting untuk nasi lemak ni :D

      Delete
  4. hahaha pergunakan moto ye...dahsyat moto pn memainkan peranan ye ekeke....

    ReplyDelete
  5. Teringat nasi lemak nenek saya. Sodappp...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nenek saya punya sambal pun sedap. boleh masuk ngan nasi apa2 pun :)

      Delete
  6. kalau dah sampai beratur tu...dahsyat betul =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tahap beratur macam ni bro..kalah perhimpunan hari senin sekolah rendah :D

      Delete
  7. murah betul tu dalam bekas pulak tu. rezeki bukan hanya dtg dr tgn pelanggan tp dr hati kita yg memang ikhlas nak niaga. Allah bg ukurannya bukan dr ramai yg beratur tp berapa byk kita bersyukur? kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la memang murah. dia jual plak sedap, mmg ramai la customer datang repeat beli :) rezeki Allah nak bagi kan?

      Delete
  8. nampak sangat sedap sampai beratur orang membelinya..amboii siap guna kuasa motor lagi tu nak dapat cepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbukti sedap Pija hehe. Ikut tekak kami2 la :P motor abah tu afzal parking tepi je..kang pakcik tu panggil minta order huhu

      Delete
  9. Untung la jugak ada motor bilal. Lenkali amik gmbr nasik lemak tu juga. Baru la lagi bersemangat org lain nak gi beratur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak xsempat nak amik gambar.kalau pegi amik gambar..org ingat saya nak potong queue plak :P

      Delete
  10. nak tengok jugak motor bilal tu..kasi viral satu malaysia pulak..necaya kamu akan mudah membeli nasik lemak di mana2 kedai sekali pun..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha balik kang saya tangkap gambar kak. Tapi risau gak kalau dah viral, ilang plak motor abah saya tu nanti :P

      Delete
  11. ni depan umah k lily ni, memang manjang lalu kena beratur. ramai nau orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh depan umah akak ke?ooo berjiran kita gamaknya :D

      Delete
  12. Memang terbaik nasi dgn sambal dia.rendang daging dia pon mantop. Tp since last year sy cari xjumpa da kedainya. Tuan tahu dekat mana kedainya pindah?

    ReplyDelete