Poligami


Bismillah,

Apa akan kau lakukan bila kau ditegur oleh sebarang wanita yang tak kau kenali, jadikan kau sebagai kawan dan dia sangat terbuka untuk berpoligami di laman mukabuku miliknya? Wallaweh!! Tak perlu aku teka pandangan kaum hawa lebih-lebih lagi yang bergelar isteri dan ibu, tapi sebab rata-rata yang komen dari kaum adam, jadi aku lihat hanya LIKE dan status memuji-menyokong saja lah pada status-statusnya!

..dan secara tiba-tiba ramai pulak jejaka jejaki yang mengaku imam muda, pencetus ummah, anak imam, bilal masjid memandangkan wanita tersebut berniqab.

Adik membuat pilihan yang tepat jika memilih abang
Sedang elok.. abang pun sedang mencari suri di hati
Maaf abang sayang bini abang *dan dan  terus kol bini


Hak tuihh *maaf tetiba kahak berbakul sangkut kat tekak aku.


Nasib lah aku kuat imannya *pun haktuih gak


**********

Itu hak dia. Dia nampak apa yang dia perlukan di dunia dan akhirat sana. Kalau kaum hawa yang lain pun nampak apa yang dia nampak, aku rasa esok lusa masing-masing bawa calon isteri untuk suami masing-masing.

Aku? Aku tak boleh kata apa. Memastikan dan meramal jodoh bukan bidang kuasa aku. Selagi boleh elak, aku elak. Aku akan hasilkan lebih banyak hutang dan anak. Jadi secara automatik aku hilang syarat untuk berpoligami dan kelayakan aku dinafikan serta merta.

Bukan menafikan, sekadar mengelak. Mengelak untuk memikul tanggungjawab lebih, bimbang andaikata tak terpikul nanti. Selain kaki kiri aku (keras sebab diimplan besi), aku bukan seorang yang kuat uhuk uhuk.

**********

"Kalau abang nak kawen satu lagi.. kawen la. Ayang izinkan", sapa puan isteri tersenyum.

Aku buat bodo je, kunyah keropok.

Selang 3 saat..

"Abang jangan kawen lain la, ayang gurau je tadi", ujar puan isteri dengan nada gelisah.

Selang 2 saat..

"Ea bang ea, jangan kawen lain ea?"

Aku tak kata apa-apa pun, dia yang beria-ria.. tup tup dia plak yang menggelabah hahaha. Dalam banyak-banyak benda selama aku hidup ngan puan isteri, part ni yang paling aku tak boleh lupa sampai bila bila.

Cukup 4 orang bini cenggini, aku dah boleh mohon lesen bukak sarkis :D

7 Comments

  1. Hahaha..kalau nad pun cakap mcm tu..laki wat dek cakap lagi dan lagi..hahha

    ReplyDelete
  2. Saya ada 4 ibu mertua. hihi ^^

    ReplyDelete
  3. Poligami ada didikan di sebaliknya. Pesan guru yg sy igt sampai skrg, buat perempuan, poligami jgn diminta (kerana ujian yg berat tak terasa) tapi bila tiba, jangan ditolak.

    Tak mungkin salah satu dr sunnah itu adalah buruk. Saya saksi bgaimana poligami indah itu berupaya menjadikan wanita itu lebih kuat dr lelaki. Hati dan jiwanya d tangan Tuhan semata

    ReplyDelete
  4. ingatkan POLIGAMI tu kebimbangan sang isteri je... rupanya jadi topik kebimbangan sang suami juga ye..
    tahniah kerana anda kuat iman... errrr...

    *eheemmmm..kemudian batuk dengan sekuat-kuat hati*

    harap paham-paham... hahahahaaa...!! :)

    ReplyDelete
  5. heheheh..akak kan ,selalu cakap kat suami..nak kawen,kawen je la..tapi syarat nya jangan beranak dan perempuan tu kena kerja.,..(padahal akak tak kerja..)..kang beranak ramai2 dah tak boleh tambah yang ke 3,4..

    sebenarnya akak cuma nak dia fikir untuk apa dia kawen kalau akak je dah boleh bagi apa yang dia nak..akak cantik,boleh beranak dan akak blogger..kan???kan??

    ye kan aje apa akak kata nih..jangan melawan!

    ReplyDelete
  6. hehehe kalau hana hana akan cakap cmtu

    dah masuk hari ke 9 tahun baru.
    selamat tahun baru 2015 :D

    ReplyDelete
  7. kalau dah ada bini jangan sesekali suka dengan perempuan lain..dari situlah bakal bermula episod poligami. kan kan kan.

    ReplyDelete