Blog Sihatimerahjambu

Siapa Lagi Selain Kami?

10:53 AM


Bismillah,

Kawan aku minta aku update cerita hantu. Haah la lama rasanya aku tak buat cerita hantu kan? Hmm cerita pasal hantu ni, aku teringat satu peristiwa. Berlaku kat makmal aku. Ceritanya macam ni..

Sampel ikan baru tiba untuk dianalisis. Memandangkan salah seorang staf makmal aku bercuti, jadi aku minta bantuan kawan aku Jannah dan Che Wan. Boleh je aku run analisis sendirian, tapi aku takut tak sempat nak siapkan sebelum pukul 5 petang memandangkan sampel tiba di tangan aku pun lewat.. pukul 2 petang.

Aku mainkan lagu dalam telefon aku seperti biasa, sedikit sebanyak meriuhkan lagi suasana. Aku di bahagian dilution dan spiking manakala Jannah dan Che Wan menyiang dan blend sampel. Mereka berdua berada di hadapan aku.

Che Wan pergi menyimpan sampel, tinggal aku dan Jannah. Dalam aku termenung, aku melihat Jannah berpaling ke sisi sekali sekala. Mungkin cari Che Wan

"Kenapa Jannah? Cari Che Wan ke?", tanya aku

Jannah senyap seketika..

"..saya mati-mati ingat Che Wan belakang saya", ujar Jannah

Berkerut kening aku. "Kenapa?"

"Ada 'orang' tegur saya", sambung Jannah lagi

Suasana terus sunyi. Krik kriik kriiik

gambar waktu kejadian sewaktu Jannah dan Che Wan sedang menyiang ikan


Tiba-tiba aku teringatkan gadis bergaun merah yang pernah aku ceritakan dulu. Korang boleh baca DI SINI.

Kalau Jannah anggap Che Wan yang tegur dia.. itu bermakna suara yang dia dengar tu, suara lelaki la kan? Jadi selama ini gadis bergaun merah bukan bersendirian?

Deng!

You Might Also Like

7 comments

  1. Cemana kalau dia merupa jadi orang lain..jadi staff kat situ ke..
    sebab dia macam kacau2 staff kat situ je..
    siap panggil2 pulak..
    eii..takut nya..

    ReplyDelete
  2. perghh..gerun dengar cerita ni walaupun mcm tu je..

    ReplyDelete
  3. tiba-tiba rasa nak komen kat sini walaupun tak tau apa motip entri nie...

    ReplyDelete
  4. gadis bergaun tu mak nyah sebenarnya, kahkah

    ReplyDelete
  5. Mereka mungkin bersaudara atau berpakat untuk menemani korang.

    *ko mesti terror siang ikan kan?

    ReplyDelete