Trip Percutian Ke Padang Besar : Part 1


Bismillah,

Raya Cina bukan sahaja disambut oleh kaum cina tetapi juga pelepasan untuk semua kaum di Malaysia. Di kesempatan yang ada ini, menjadikan walimah sepupu sebagai penguat alasan.. aku dan keluarga meletakkan Perlis sebagai hala tuju percutian kami kali ini.

Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke negeri Perlis Darul Sunnah. Kami tiga keluarga bertolak dari Kajang seawal pukul 3 pagi pada 19 Mac 2015, berharap dapat mengelakkan kesesakan jalan raya akibat cuti perayaan.


Pukul 3 pagi bergerak menuju ke Utara pada awalnya lancar tetapi trafik mula perlahan bila tiba di Sungkai sehingga Hentian RTC, Sg. Perak. Kami berhenti untuk solat Subuh terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Aku sangka dengan bertolak seawal 3 pagi boleh elak kesesakan jalanraya.. tapi tak juga.


Aku sempat melihat suasana bukit yang berkabus pada awal pagi kerana cuaca hujan di sepanjang perjalanan tersebut. Jasmeen pun hanya tido di sepanjang perjalanan, hanya sesekali terbangun mencari susunya. Tugas mengambil gambar aku serahkan kepada Acu memandangkan aku terpaksa memandu. Puan isteri rabun dan dia pun penat menyiapkan barang-barang sebelum bertolak tadi. Aku takde masalah asalkan ada kopi o kaw dan gula-gula lollipop.


Sepanjang perjalanan tu kami berhenti rehat 2 hingga 3 kali sebelum tiba di Mata Ayer, Perlis pada pukul 12 tengahari. Memandangkan kami check in homestay pada pukul 2 petang, aku membawa keluarga mencari lokasi untuk makan tengahari.

Aku memilih Anjung Keli sebagaimana yang dicadangkan oleh blogger-blogger makanan. Ada yang kata harganya agak mahal. Pada aku harganya berpatutan, sama sahaja harganya kalau hendak dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Tengok juga menu apa yang diambil. Nama restoran sahaja Anjung Keli tapi ada pelbagai menu lain lagi selain ikan keli.



01000 Kangar, Perlis, Malaysia
019-443 3384

Apa yang menariknya tentang restoran ini, dia menyediakan berpuluh-puluh jenis lauk kampung, berbagai jenis ulam-ulaman dan ada jenis sambal belacan contohnya sambal belacan biasa, sambal belacan tempoyak, sambal belacan belimbing dan lain-lain lagi. Pengunjung jangan cakap, tak putus-putus.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

Untuk 7 orang makan beserta air dengan rata-ratanya mengambil ikan dan ayam, ulam-ulaman, sayur.. harga yang perlu kami bayar hanya RM60++. Jadi tak mahal mana. Tapi jika hendak dibandingkan dengan harga kawasan itu yang rata-ratanya penduduk kampung, mungkin agak mahal bagi mereka.

Seusai makan tengahari, kami balik ke homestay. Badan pun dah penat, kepala aku pun hanya nampak bantal je. Aku kena recharge tenaga balik sebab esok kami ada misi lain..

Bersambung..

6 Comments

  1. amboi tok, mai la singgah umah gua ><

    ReplyDelete
  2. Jauh jalan. Ini baru dikatakan bercuti ^^

    ReplyDelete
  3. ok..cenggini..sampai je kat gambar yang no dua tu,lepas tol..kan??call akak..dekat sangat dah tu dengan rumah akak...hahahahh

    ReplyDelete
  4. Jauh perjalanan..kalau musim cuti jadi lagi jauh sebab jammed..huhu..apepun memang best sesekali bercuti bersama fmaily..amboi kak long meen makin comel.

    ReplyDelete