Blog Si Hati Merah Jambu

Buka Cawangan

4:26 PM


Bismillah,

Aku ada seorang jiran, baru je berpindah rumah. Kenalan mak aku. Dia ada meniaga pakaian, tak pasti pakaian apa. Mungkin wanita la kot. Apa yang aku tau kedai dia tak jauh daripada taman perumahan kami.

Mak aku kata.. bisnes dia berkembang pesat, maju dan membangun.

"Bisnes Kak Lin dah maju sekarang ni"

"Oo.. yeke mak?", sahut puan isteri sedikit teruja.

"Yela, dia dah buka cawangan lain. Kat Indon", sambung mak aku lagi.


Aku fikir kalau dah sampai ke luar negara tu, bukan tahap cikai-cikai punya bisnes tu. Tapi yang peliknya kedai dia baru je buka, tapi dah buka satu lagi cawangan di Indonesia?

Aku pun tanya dengan lebih terperinci. Mana tau ada peluang join venture.

"Eh bukan buka cawangan kat Indonesia tuu.."

"Laa abis tu?"

"Kat sederet kedai Indon kat depan jalan besar tu", tergagap-gagap mak aku jawab.

Adeh omak punya gaya bahasa kalau dibiarkan boleh kena kencing tikus kami anak beranak!

You Might Also Like

10 comments

  1. hahahaha, alahai comelnya omak ekau tokkk :))

    ReplyDelete
  2. Bikin gempak betul bila sembang dengan mak2 ni..kan??
    cerita mesti mau kencang je..
    sebab tu kena dengar betul2..
    hahhahah...j

    ReplyDelete
  3. hahahha.... blh jgk tu join venture, apa salahnya,,,haha

    ReplyDelete
  4. hahahaa... eh zaza pun angan2 nak ada kedai atau butik..skg kena kmpul2 duit dlu..

    ReplyDelete
  5. nasib indonesia...kalau bangladesh..nepal..haha >.<

    ReplyDelete
  6. sweetnya mak kita kan tok...
    #nomborteponadikafzaltakdapatlagini

    ReplyDelete