Blog Si Hati Merah Jambu

Isteri Dengan Fiil Manja

11:15 AM


Bismillah,

Masa umur aku 12 tahun, aku balik kampung beraya. Biasa la bila beraya ni, saudara mara jauh dekat datang bertandang sampai aku tak kenal mana satu saudara, mana satu jiran dan mana satu orang baca meter air ehh?

Aku duduk kat tangga rumah. Mata aku memerhatikan sepasang pasangan ni, anggaran lewat 20 an. Si isteri duduk di sisi suami sambil sesekali menyuap lontong ke mulut suaminya. Alahai sweetnya!

Aku tekad, aku nak cari isteri macam tu. Sweet, manja macam kucing. Aku tak putus-putus berdoa, intipati utama dalam doa aku tu mesti aku selitkan ciri-ciri isteri yang aku mahukan tu.

Alhamdulillah 2 tahun lepas aku dikurniakan seorang isteri. Baik, manja.. sweet macam gula-gula kapas. Dia suka melekap kat ketiak aku. Alahai seronoknya rasa.



Tahun pertama..

Tahun kedua..

Masuk tahun ketiga..

.. masih lagi kat bawah ketiak aku. Tak tercocok plak bulu ketiak aku kat mata dia kan?

Dek terkenankan fiil manjanya tu, anak aku si Jasmeen plak skarang suka bergantung kat kaki aku. Nah sekarang aku rasa dah macam ampaian pun ada. Nasib la dorang manja je.. acane kalau tetiba berbulu macam kucing? Haa acane tu?

Manja terlebih boleh mengakibatkan gout atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan kencing berbuih teh tarik - faktasukasuki


P/s : wanita manja ni sebab terlebih telan manjakani ke hape? :P

You Might Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah..termakbul doa yer..dpt yg manja ok laa tp bukan yg mengada2..anak pompuan standard laa, manja ngan ayahnye lebih..

    ReplyDelete
  2. :) ayat seorang lelaki yang bahagia. Tapi lawak ampaian tu kelakar.

    ReplyDelete
  3. isteri suka manja2 dengan suami tu ok lah...suami pula layan manja isteri...bertambah-tambah pahala suami isteri...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. macam comel je meen buat camu afzal..larat pulak babah dia nak jalan..huhu

    ReplyDelete