Bismillah,
Aku masih lagi dalam mod senyap sejak minggu lepas. Mood tak mari-mari.. kelaut semuanya. Rutin harian aku berubah sama sekali. Tidak lagi berkejar kad pengetik waktu setiap pagi dan tidak perlu lagi menghantar Jasmeen ke rumah orang tua aku. Segalanya yang aku lakukan sekarang di atas katil.
7 Mac haritu setelah dipersetujui dengan pihak hospital dan doktor pakar, aku akhirnya telah mengeluarkan besi yang tertanam pada kaki kiri aku sejak 12 tahun yang lalu. Bukan sengaja aku hendak keluarkan tetapi terdapat jangkitan kuman (
osteomyelitis) sehingga mengeluarkan sirus (
air dari sel tulang yang mati) bersama nanah pada kaki kiri aku tu. Lagipun kaki aku kerap sakit sebab radang pada sendi atau dikenali
arthritis. Proses pemulihan yang lambat menyebabkan aku buat keputusan drastik.
Kaki aku sekarang tanpa tulang, kemungkinan untuk pulih ada tetapi kemungkinan untuk patah kembali pun ada. Bila dengar kemungkinan terburuk tu.. tetiba aku rasa menyesal buang besi tetapi kalau tak dibuang besi, tulang kaki aku takkan pulih. Sekarang aku terpaksa bergantung dengan antibiotik siang dan malam. Terima kasih kepada puan isteri, menyiapkan aku serba serbi dan mak abah yang banyak membantu. Aku cuma kesiankan anak aku Jasmeen, kurang kasih sayang aku. "
Babah akit", setiap kali dia nampak aku bertongkat.
Aku bukan lagi
iron man yang disebut-sebut. Aku hanyalah seorang lelaki kurang upaya. Aku anggap ini hanya kifarah dan ujian. Tak perlu aku nak kata apa-apa.. senyum sahaja lah :)
17 Comments
InshaAllah, semoga diberi kekuatan utuk harungi dugaan kali ini Afzal. Dan semoga cepat sembuh.
ReplyDeletedengar macam serius teramat je ni afzal. aku doakan cepat sembuh dan segala proses pemulihan berjalan lancar dan dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa semula. amin
ReplyDeletemoga cepat sembuh t0k..kuatkan semangat ye :)
ReplyDeletehuuuuu memang yg pling kita kesian bila sakit ni mesti dekat anak. moga cepat sembuh cepat sihat dan cepat kuat. aminnnn
ReplyDeleteget well soon,bro :)
ReplyDeleteSemoga diberi kekuatan oleh Allah.. Allah juga yang memberi sakit dan Allah juga yang menyembuhkan.. Tiada yang mustahil.. Semoga sihat kembali.. Aminnn
ReplyDeletebe strong ok..Wishing you a speedy recovery and stay healthy..May Allah bless you...amin
ReplyDeletebulu kaki tu yang mahalllll ><
ReplyDeletegua doakan lu cepat sembuh dan sihat beserta normal (ke?) seperti biasa. Caiyokk!
salam perkenalan ye...smoga cpt sembuh
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ya :)
ReplyDeletesemoga cepat sembuh & sihat...moga selalu kuat menempuh ujian Allah, ada hikmahnya bro... InsyaAllah...
ReplyDeleteRehat dulu..pikir kesihatan diri..dh sihat leh main dengan anak,.
ReplyDeletefirst time here.....moga cepat sembuh..bnyakkan berdoa Insya-Allah Allah perkenankan..kena sabar bnyk2... :)
ReplyDeletesemoga cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.
ReplyDeleteBunyi cam serius tu..tak pe la..Dia nak bagi kamu rehat kejap kot..asyik kerja je..cepat sembuh ye..cepat sembuh ye..
ReplyDeleteSemoga tuan segera sembuh
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh
ReplyDelete