Rehat Yang Panjang


Bismillah,

Aku masih lagi dalam mod senyap sejak minggu lepas. Mood tak mari-mari.. kelaut semuanya. Rutin harian aku berubah sama sekali. Tidak lagi berkejar kad pengetik waktu setiap pagi dan tidak perlu lagi menghantar Jasmeen ke rumah orang tua aku. Segalanya yang aku lakukan sekarang di atas katil.

7 Mac haritu setelah dipersetujui dengan pihak hospital dan doktor pakar, aku akhirnya telah mengeluarkan besi yang tertanam pada kaki kiri aku sejak 12 tahun yang lalu. Bukan sengaja aku hendak keluarkan tetapi terdapat jangkitan kuman (osteomyelitis) sehingga mengeluarkan sirus (air dari sel tulang yang mati) bersama nanah pada kaki kiri aku tu. Lagipun kaki aku kerap sakit sebab radang pada sendi atau dikenali arthritis. Proses pemulihan yang lambat menyebabkan aku buat keputusan drastik.



Kaki aku sekarang tanpa tulang, kemungkinan untuk pulih ada tetapi kemungkinan untuk patah kembali pun ada. Bila dengar kemungkinan terburuk tu.. tetiba aku rasa menyesal buang besi tetapi kalau tak dibuang besi, tulang kaki aku takkan pulih. Sekarang aku terpaksa bergantung dengan antibiotik siang dan malam. Terima kasih kepada puan isteri, menyiapkan aku serba serbi dan mak abah yang banyak membantu. Aku cuma kesiankan anak aku Jasmeen, kurang kasih sayang aku. "Babah akit", setiap kali dia nampak aku bertongkat.

Aku bukan lagi iron man yang disebut-sebut. Aku hanyalah seorang lelaki kurang upaya. Aku anggap ini hanya kifarah dan ujian. Tak perlu aku nak kata apa-apa.. senyum sahaja lah :)


17 Comments

  1. InshaAllah, semoga diberi kekuatan utuk harungi dugaan kali ini Afzal. Dan semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. dengar macam serius teramat je ni afzal. aku doakan cepat sembuh dan segala proses pemulihan berjalan lancar dan dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa semula. amin

    ReplyDelete
  3. moga cepat sembuh t0k..kuatkan semangat ye :)

    ReplyDelete
  4. huuuuu memang yg pling kita kesian bila sakit ni mesti dekat anak. moga cepat sembuh cepat sihat dan cepat kuat. aminnnn

    ReplyDelete
  5. Semoga diberi kekuatan oleh Allah.. Allah juga yang memberi sakit dan Allah juga yang menyembuhkan.. Tiada yang mustahil.. Semoga sihat kembali.. Aminnn

    ReplyDelete
  6. be strong ok..Wishing you a speedy recovery and stay healthy..May Allah bless you...amin

    ReplyDelete
  7. bulu kaki tu yang mahalllll ><

    gua doakan lu cepat sembuh dan sihat beserta normal (ke?) seperti biasa. Caiyokk!

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan ye...smoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  9. semoga cepat sembuh & sihat...moga selalu kuat menempuh ujian Allah, ada hikmahnya bro... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  10. Rehat dulu..pikir kesihatan diri..dh sihat leh main dengan anak,.

    ReplyDelete
  11. first time here.....moga cepat sembuh..bnyakkan berdoa Insya-Allah Allah perkenankan..kena sabar bnyk2... :)

    ReplyDelete
  12. semoga cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.

    ReplyDelete
  13. Bunyi cam serius tu..tak pe la..Dia nak bagi kamu rehat kejap kot..asyik kerja je..cepat sembuh ye..cepat sembuh ye..

    ReplyDelete