'> 7 Ciri Suami Dan Ayah Yang Comel | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Wednesday, May 27, 2015

7 Ciri Suami Dan Ayah Yang Comel


Bismillah,

Sudah 2 tahun aku bergelar babah kepada seorang anak dan seorang suami kepada seorang isteri. Buat masa ni baru seorang la.. tu pun kelam kabut dibuatnya haha. Kadangkala kita sebagai suami atau ayah ni, kita tak perasan apa yang kita buat tu.. dianggap comel oleh sesetengah orang.

Jadi kat sini aku nak kongsikan, antara ciri-ciri seorang suami dan ayah yang dianggap comel oleh orang lain.

Berikan Kejutan Kepada Isteri
Sentiasa berikan kejutan kepada isteri selain daripada hari ulang tahun perkahwinan atau tanggal hari lahirnya. Mungkin boleh bawa isteri keluar makan ke lokasi baru, pergi bercuti ke tempat-tempat peranginan yang  menarik atau berikannya hadiah.

Kebanyakan isteri tak kisah mahal atau murah, janji ada elemen kejutan di situ.

Layankan Karenah Anak Dan Isteri
Kadangkala kita diminta untuk temankan isteri keluar membeli belah atau tengah-tengah tengok rancangan kegemaran kita, anak panggil untuk temankan tidur. Layankan dan ikut sahaja permintaan mereka itu. Lebih comel bila suami yang keluarkan duit berbelanja atau dodoikan anak dengan lagu dan zikir sebelum tidur. Jangan mengeluh bila isteri minta urut tapak kaki atau tangan sebab dia tak pernah mengeluh keluar bekerja membantu kita mencari rezeki keluarga.

Jangan Tolak Permintaan
Adakalanya isteri atau anak minta sesuatu pada kita, tetapi malangnya duit kita cukup-cukup sehingga hujung bulan. Jangan sesekali menolak apatahlagi menidakkan. "Boleh, tapi bulan depan ye abang yang" atau "InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih.. babah belikan ye".

Jangan hampakan harapan mereka walaupun kita tau kewangan kita terhad. Jangan katakan tidak waima kita terpaksa janji kosong. Jika tak mampu belikan apa yang mereka mahu, sekurang-kurangnya kita bagi apa yang kita mampu.

Makan Apa Yang Isteri Sediakan
Kadang-kadang kita keluar makan dengan kawan, balik je kerja tengok isteri dah disediakan menu di atas meja. Nak tak nak jamah la sikit, jangan kecilkan hati isteri. Isteri masak sebab dia tau kita lapar. Jika kita sanggup makan tanpa isteri di luar, kenapa kita tak boleh makan dengan isteri di rumah? Fikirkan lah yang dia juga sanggup tunggu untuk makan dengan kita di rumah. Kalau kenyang, jamahlah sedikit. Bekal baki lauk ke tempat kerja keesokan harinya.

Pakai Apa Yang Isteri Sediakan
Isteri bangun pagi-pagi, gosokkan baju untuk kita. Kita pakai sahaja lah, jangan cerewet. Lainlah kalau kita ada hal atau urusan rasmi di tempat kerja. Ingatkannya malam sebelumnya. Jangan susahkan isteri. Dia bangun awal-awal pagi untuk sediakan kelengkapan kita sudah cukup susah, jangan disusahkan dengan perkara-perkara remeh yang lain.

Pakailah waima baju yang dia sediakan tu warna merah jambu atau bukan baju kegemaran kita.

Utamakan Anak Dan Isteri Terlebih Dahulu
Bila makan, pastikan anak dan isteri makan dahulu. Bila mereka dah kenyang baru kita makan. Suap sekali sekala jika perlu. Tak salah suap isteri atau anak di khalayak ramai. Bila membeli belah, beli pakaian anak dan isteri dahulu. Lelaki takde masalah.. tshirt dan jeans sudah memadai. Pakaian anak kecil dan wanita ni sedikit leceh dan cerewet. Jadi tak salah utamakan mereka terlebih dahulu.. baru beli barangan kita.

Bawa Bekal Yang Disediakan Isteri
Aku tak pernah pergi kerja tanpa bekal. Hari-hari aku akan bawa bekal sama ada sarapan atau makan tengahari. Tak ada malunya lelaki bawa bekal. Kenapa perlu malu sedangkan orang tau kita sudah ada isteri untuk menyediakan makanan untuk kita? Kenapa perlu bazirkan duit makan di luar sedangkan isteri mampu menyediakan makanan yang sedap dan lebih berkhasiat untuk kita?

Lelaki itu kelihatan lebih comel sekiranya turut membawa bekal air ke pejabat, lagi-lagi bekal air itu kepunyaan anaknya yang berwarna-warni


Tak susah sebenarnya menjadi ayah yang comel, asal korang pandai menghargai kasih sayang dan tanggungjawab terhadap anak dan isteri. Ayah yang comel adalah ayah yang baik. Ayah yang baik akan membimbing anak dan isteri membina keluarga yang harmoni dan bahagia :)

Aku bukan suami atau babah yang terbaik, tetapi aku cuba ke arah itu. Semoga aku berjaya menjadi seorang suami dan babah yang baik, bertanggungjawab dan comel insyaAllah :)

6 comments:

  1. Alhamdulillah..beruntungnya lau ramai2 suami camni..hehee
    inshaaAllah pasti berjaya menjadi suami n ayah yg terbaik buat anak2

    ReplyDelete
  2. eh!!awat semua tu ada kat suami akak..terima kasih la puji2 dia..hahahah...

    Betul la Afzal..akak pernah keluar makan dengan kawan2 suami akak..depa bawak la bini depa sama..ada setengah tu ya Allah..hadap makan macam bujang tu..bini dok suap anak kiri kanan, dia rilek ja isi tembolok dia..balik rumah kami berdua apa lagi..mengumpat la..ahahhahahh

    ReplyDelete
  3. err orang bujang cm gua dok tepi jela sambil kuis2 ibu jari kaki kek karpet :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. lawak la lu ni.. Terkuis2 tu yg tak tahan tu.. p kuar cpt cari laki.. 😀

      Delete
  4. Alhamdulillah...bagus cuba jadi yang terbaik.. Ini sangat comel :)

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com