Bila Diri Sendiri Dipuji

12:00 AM


Bismillah,

Aku tolak moto rapat ke kedai tunggu pomen datang melayan. Rantai buat hal, berkarat tak memasal. Sebelum dia buat hal tengah jalan, baik aku tukar dulu. Bila dah riki harga, aku duduk di bangku tak jauh dari situ.

Aku nampak ada sorang awek memberhentikan moto di hadapan kedai. Helmet dibuka, rambutnya mengurai mencecah bahu. Aku terkesima sekejap. Dia berbicara sebentar dengan pomen, mungkin mengadu masalah yang dialami dan kemudian duduk di sebelah aku.

"Cantik awak botak.. nampak hensem. Tak semua lelaki hensem bila botak"

Terkujat aku sekejap. Tak sangka tiba-tiba aku dipuji hensem.. dengan orang yang aku tak kenal pulak tu. Berdegup kencang dada aku, berombak deras. Dia senyum je sambil memerhatikan aku.

"Terima kasih", aku balas senyum. Aku nak cakap apa lagi. Orang puji, kita terima je la kan? Gugup plak bila dipuji. Aku cepat-cepat istighfar agar aku sedar yang isteri dan anak aku tengah tunggu di rumah.

"Maaf, saya sudah beristeri dan punya seorang anak. Lagipun kita tak mungkin boleh menjalinkan hubungan lebih dari seorang pelanggan kedai membaiki motosikal"


Aku hanya mampu berbicara dalam hati kepada pakcik tersebut sambil melihat dia bangun dan beredar ke kaunter untuk membuat bayaran. Maaf walaupun pakcik menaruh hati kepada saya, saya pasti keluarga pakcik tidak merestuinya apatahlagi menjanjikan zuriat kepada saya. Ayat pakcik mungkin boleh memancing seribu jejaka di luar sana tapi bukan saya. Saya bukan seperti yang pakcik sangkakan.

Pakcik tersebut senyum sekali lagi kepadaku sambil meninggalkan ku dengan motor LC135 nya di balik remang-remang senja.


P/s : Huntungla kalau awek sebelah puji macam yang korang fikirkan tu hahaha

You Might Also Like

2 comments