'> Once Upon A Time : Business Minded | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, May 14, 2015

Once Upon A Time : Business Minded

Bismillah,

Masa sekolah rendah dulu, zaman aku berseluar katok (seluar pendek), aku rasa duit 50 sen yang mak aku bekalkan dah cukup banyak. Aku ada terfikir, sehari kalau aku simpan.. seminggu aku dah boleh beli gameboy (jangan salahkan fikiran jumud itu sebab aku belum sunat lagi)

Bila balik dari sekolah, mak aku check poket seluar. Sekali dua tak lah dia tanya. Tapi bila hari-hari aku gandakan duit yang dia bagi. Dia mula pelik.

"Mana along dapat duit banyak-banyak ni?", tanya mak aku. Dahi dia berkerut.

"Along jual air", jawab aku ringkas.

"Jual air apa?", mak aku makin mengerut.

"Air botol mak bekal. Kalau kawan along nak.. seposen sekali sedut"

"Ooh kadang-kadang kalau ada lebih tu, along jual mainan dalam kopok yang Babu roti jual tiap-tiap petang"

Dari gaya mak aku termenung.. Mesti mak aku sangka aku akan jadi bisnesman nanti.

Kesian plak bila mikir ada gak kawan aku yang beli mainan kecik-kecik dari aku dulu ea?

7 comments:

  1. hahahaha! otak bisnes sejak kecik ghupenyeee. sekarang tok? ><

    ReplyDelete
  2. Hahhaha comel la citer kau afzal...

    ReplyDelete
  3. seposen skali sedut..? mahal gilakkk

    ReplyDelete
  4. cerita betul ke ni afzal? kemain bijak otak berbisness..pandai buat duit nih tapi macam kejam pulak sekali sedut seposen..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kisah benar.. tiada yang lebih benar selain benar2 belaka :D

      Delete
    2. Mak aihhh..kengkawan lama tak cari afzal balik ke nak mintak suruh ganti duit untuk sesedut air..haha..kejam kalau bisnes macam ni..

      Delete
  5. Kalau Sha jadi mak pun, Sha akan pikir gitu. Budak kecik innocent dah pandai niaga. Bussiness minded betul :)

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com