Review : Lenovo P70

12:50 PM


Bismillah,

Alhamdulillah aku baru tukar fon lagi. Tapi kali ni agak sukar sebab aku terpaksa mengambil kira pelbagai pilihan yang ada dengan spesifikasi yang hampir sama. At last aku ambil Lenovo P70. Kenapa?


Antara Lenovo dan Asus
Aku berbelah bahagi antara dua jenama ni sebab dua jenama ni semakin luas pasarannya di Malaysia selain IPhone dan Samsung. Kita letak tepi IPhone dan Samsung ke tepi dulu kerana harganya tinggi. Luar dari budget asal walaupun kita tahu spesifikasinya high-end

Asus Zenfone 2 ZE551ML adalah yang terbaru di pasaran Malaysia pada bulan Mac 2015 yang lalu. Mengetengahkan spesifikasi seperti Android Lollipop 5.0 terbaru, 4GB RAM, 32GB internal memory, chipset Intel Atom Z3580 dengan Quad-core 2.3GHz. Kamera depan 13MP dan kamera belakang 5MP. Dilengkapi dengan Gorilla Corning Glass 3 dan bersaiz 5.5" dilihat antara model terbaik mampu milik yang ada di pasaran tetapi masih di atas paras mampu milik aku. Harganya antara RM1100 hingga RM1300.

Untuk spesifikasi yang sedikit rendah adalah Zenfone 2 ZE550ML dimana bezanya adalah 2GB RAM, 16GB internal memory, chipset Intel Atom Z3560 dan Quad-core 1.8GHz. Spesifikasi yang lain adalah sama. Harganya antara RM800 hingga RM900.

Kenapa Lenovo P70?
Lenovo P70 hampir sama spesifikasinya dengan Zenfone 2 ZE550ML dan dilancarkan di pasaran Malaysia pada Februari 2015.. Saiz internal memory nya 16GB dengan 2GB RAM, 13MP kamera hadapan dan 5MP kamera belakang. Menggunakan Mediatek MT6752 sebagai chipset dan Android KitKat 4.4.4. Apa yang membuatkan aku memilih model ni, CPU nya Octa-core 1.7Ghz dan saiz baterinya yang besar iaitu 4000mAh berbanding Asus Zenfone 2 iaitu 3000mAh. Harganya pula antara RM750 hingga RM850.



Lagipun aku tertarik dengan reka bentuknya yang nipis, cantik dan sedap dipegang. Bila aku riki dan tanya pada rakan-rakan gadget yang lain.. rata-ratanya memilih Lenovo P70. Antara sebabnya resolusi kameranya lebih cantik berbanding Asus Zenfone 2 walaupun kedua-duanya mengetengahkan pixel yang sama iaitu 13MP.

Selama aku pakai sebulan ni, bateri aku boleh tahan satu hari setengah kalau main game, buka wifi, internet dan sosial media. Kalau dalam keadaan biasa, boleh tahan 3 hari. Untuk pengetahuan, semakin besar saiz RAM, semakin kuat bateri digunakan. Sebab itu korang boleh rasakan body fon korang panas bila digunakan secara maksimum.

Kesimpulannya
Tepuk dada tanya selera, spesifikasi mana yang menjadi pilihan korang. Pilihan aku value for money, pada masa yang sama memberikan spesifikasi terbaru dan terbaik :)

You Might Also Like

4 comments

  1. fuiyooo....bau kedai lagi...hihi...
    hai laaa iphone 6+..mahal no..

    ReplyDelete
  2. lenovo memang bateri nya terbaik..akak pun macam suka je moidel ni..nipis cantik..

    ReplyDelete
  3. hp baru lagi? Lepas ni try Sony pulak :)

    ReplyDelete