Blog Sihatimerahjambu

Tips Mengetahui Jantina Anak

12:17 PM


Bismillah,

Alhamdulillah dan tahniah la kepada officemate aku, hari ni dia berjaya meneran dan melahirkan bayi lelaki yang sihat dan sempurna sifat. Untungla anak pertama perempuan, anak kedua plak lelaki. Dah dapat sepasang.

Aku? Tunggula Jasmeen genap 2 tahun dulu. Anak aku tu lompat pun belum boleh lagi. Lompat dia sekadar angkat bahu je. Tapi Onyang dia kata, lepas ni mungkin perempuan lagi. Aku baru nak berangan dapat sepasang.

Apa yang diberitahu kepada aku, Onyang dia tengok puting dada Jasmeen. Kalau terbelah bererti adiknya nanti perempuan. Kalau tak terbelah.. adiknya lelaki. Ada lagi la petua-petua lain, tapi yang aku ingat ni je.

Lelaki atau perempuan, aku takde la nak amik kisah sangat. Sekurang-kurangnya aku masih punya zuriat. Apa guna bergaduh jantina anak.. lelaki atau perempuan then korang sedar yang korang tak mampu beri zuriat?


Anak itu rezeki. Kalau Dia nak bagi sama ada korang sedia atau tak.. kena lah korang terima waima korang merancang bagai nak rak sekalipun. Bersyukur lah dalam-dalam, kerana bukan semua pasangan yang normal tu mampu memiliki zuriat dan memiliki kehidupan sempurna seperti pasangan lain.

Doalah banyak-banyak, mungkin queue korang belum tiba lagi.

You Might Also Like

6 comments

  1. gua tak kisah jantina apa pun, asal besar nanti jangan jadi pondan atau pengkid cukuplah

    ReplyDelete
  2. lelaki atau perempuan yang penting sihat.. Fiza masih manunggu queue.mana tahu dapat kembar pulak kan :)

    ReplyDelete
  3. Owh yeker Afzal..?? Mak tok Zulaikha pulak cakap, kalau puting dada Zulaikha terbelah maknanyer nt dpt adek lelaki..Huhuhu..!! Terbalik la pulakkkk..=))

    ReplyDelete
  4. mana2 xpenting yg penting baby sihat dan selamat..

    sudi-sudilah lawat blog saya
    http://85mutiarabeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. comelllll baby girl.. belum ada rezeki lagi baby girl...

    ReplyDelete