Bermulanya Puasa Ramadhan


Bismillah,

Esok kita akan mula puasa tapi di tv dah mula iklan promosi raya, di radio dengar sayup-sayup pakcik Yusuf Taiyoob berbisik, di pasaraya berulang-ulang lagu Ahmad Jais - Selamat Hari Raya dimainkan. Nampak sangat setan dok pulun habis-habisan sebelum dipasung selama sebulan.

Mak aku macam biasa.. tanya menu apa untuk sahur pagi esok. Kalau ikutkan aku, nasi atau mi goreng pun dah cukup. Aku ni pesen tak kisah sangat nak makan apa

Malam ni bermula terawih. Entahlah aku rasa berkobar-kobar plak tahun ni, mungkin sebab aku tengok surau taman aku dah upgrade dan sangat selesa untuk beribadat kot? Ke mungkin ni yang dikatakan kelebihan bulan Ramadhan. Tahun ni aku nak cuba bawa Jasmeen terawih sekali. Tengok dulu macamana fiil dia. Agak-agak tak boleh nak handle, esok dia terawih ngan ibu dia kat rumah je la :)


Salam Ramadhan dari aku dan keluarga. Aku cuma harap dapat perbaiki ibadah aku tahun ni berbanding tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya. Aku harap tahun ni aku lebih berjimat dari membeli juadah di bazaar Ramadhan.

Semoga kita beroleh keberkatan dan harap aku boleh kurus dalam tempoh sebulan ni huhu. Kurus perut takpe, jangan kurus amalan :P

7 Comments

  1. Akak tak boleh nak pi sebab maisara ni pesyen dia tidur sebelum jam 10 malam..kang ada yang tertidur kat tangga masjid kang..heheheh...

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa afzal & family. Mesti Meen pun excited nak pergi terawih. Memang jimat afzal kalau masak je kat rumah. Selalunya sahur yang simple² je asalkan sahur :)

    ReplyDelete