Lelaki Terakhir Di Dunia


Bismillah,

Jemputan Ke Karnival Kesihatan Dan Keselamatan..

"Semua boleh join ke Dila?", tanya aku polos bila nampak iklan yang dipos pada wall aplikasi Whatsapp. Ye la nak cukupkan aktiviti 7 hari setahun pada skorkad la katakan.

"Haah", jawabnya ringkas.

"Yup semua boleh join", bos aku plak mencelah.

Dengan semangat berkobar-kobar esok aku datang awal. Sebab tak ramai lagi memenuhi dewan, aku duduk luar. Sebenarnya niat nak tunggu sarapan. Sesekali aku jengah ke dalam dewan, kerusi di pihak lelaki masih kosong.

Hampir waktu ceramah dimulakan, aku masuk. Aku lihat kaum hawa sudah bergerak ke kawasan yang sepatutnya didominasi kaum adam. Aku duduk tersudut.. kiri, depan dan belakang aku semuanya perempuan. Aku mula tak sedap hati.

"Bang nak tanya.. err peserta lelaki yang lain mana?", aku tegur salah seorang urusetia yang lalu di sebelahku.

"Oo.. biasanya kalau event yang dianjurkan PUSPANITA, memang jarang lelaki nak join."

"Gulp!", aku telan air liur.

Aku perhatikan sekali lagi sekeliling.. aku dapat rasakan mata-mata nakal bertalu-talu merogol aku tanpa henti walaupun sebenranya tak ada. Aku saja nak perasan hot. Darah naik ke muka... masuk ke mata, lobang idong, telinga dan bibir mungil aku.

Aku angkat goodies beg yang aku dapat masa daftar tadi dan mula bergerak perlahan-lahan ke belakang.


cara korek telinga yang seksi menyerlahkan keseksian seorang lelaki itu

"Eh, abang nak ke mana tu?", entah sape plak la yang gatal tegur aku!

Aku macam lipas kudung dah.. zup zap hilang. Aku secara otomatik lupa yang sebenarnya kaki kiri aku cacat dan tak tersengaja aku telah mempraktikkan Hikmat Gerakan Kilat.. Kilat Lagi Dahi Kau peringkat 15 Petala Langit.

Ceramah tu tentu suram kerana Jejaka Terakhir Di Dunia baru lepas loloskan diri uhuk uhuk

4 Comments

  1. Bahaha Lawak. Tahniah kerana berjaya melarikan diri.

    ReplyDelete
  2. kekekekeke...adeh tok..PUSPANITA tu kan persatuan wanita...

    ReplyDelete
  3. hahahah..apa salahnya..kalau tak dah tentu2 dapat title lelaki paling tampan kat dalam event tu..

    ReplyDelete
  4. Untunglah lelaki terakhir tu..hehe..okaylah tu dapat join afzal.pengalaman kiranya :)

    ReplyDelete