'> Resepi Mudah : Ikan Bakar Berempah | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, June 25, 2015

Resepi Mudah : Ikan Bakar Berempah


Bismillah,



Bahan-bahannya :

1 ekor ikan cencaru/bawal/kembung/pari (dibersihkan dan dibelah tengah)
1/2 sudu besar kunyit serbuk/kunyit hidup (dikisar)
1/2 sudu besar cili (dikisar)
1 biji halia (sebesar ibu jari) (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1 sudu besar besar serbuk kari
1 sudu besar sos ikan
1/2 keping gula melaka
100 ml air
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Masukkan kunyit, serai, halia, cili kisar, bawang putih, bawang besar,
    serbuk kari, sos ikan, gula melaka, garam dan air. Gaul sehingga rata.
2. Kemudian bahan tersebut dilumurkan pada ikan. Sumbat sekali bahan perap
    ke dalam isi ikan yang dibelah tadi. Perap selama 30 minit.
3. Panggang di atas dapur dan biarkan ia sehingga masak


Cadangan hidangan untuk 2 orang





6 comments:

  1. Masak ikan bakar guna pemanggang ajaib. Best =)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..akak kalau ikan bakar ni memang anak branak suka..makan dengan air asam pulak..wah..ratah gitu je..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..hadap sorang boleh habis ni..cadangan untuk sorang makan ni..hihi

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sos ikan tu memang sos ikan lah...bukan budu...budu tu kita panggil soso ikan bilis....

      Delete
  5. sedap nya..mesti cuba senang dan ringkas je ni

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com