'> Resepi Mudah : Pulut Ayam | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, June 30, 2015

Resepi Mudah : Pulut Ayam


Bismillah,

Menu pulut ayam ni terkenal di Utara semenanjung terutamanya di Perlis, Kedah dan sempadan Thailand. Jadi aku nak kongsi cara-cara untuk membuat menu ini memandangkan resepi ini amat mudah untuk disediakan dan ramuannya senang diperolehi.



Bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan A
1 batang serai (dipotong)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 biji halia (sebesar ibu jari)
1 biji lengkuas (sebesar ibu jari)
1 biji kunyit hidup (sebesar ibu jari)
1 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa

Bahan B
8 ketul ayam
3 sudu bawang besar (digoreng) - hiasan
Minyak untuk menggoreng
Beras pulut (3 pot susu)
Sos pencicah


Cara membuatnya :

1. Semua bahan A dikisar halus, kemudian gaul bersama ayam sehingga rata. Biarkan ayam diperap
    dalam setengah jam.
2. Tanak beras pulut sehingga masak.
3. Ayam yang telah diperap tadi digoreng sehingga berwarna perang dan naik baunya. Angkat
    dan toskan minyaknya. Hidang bersama pulut yang ditabur bawang goreng dan sos pencicah.
4. Sos pencicah pulut ayam boleh didapati di pasaraya berhampiran atau boleh juga gunakan
    sos thai bagi menggantikan sos pencicah asal.
5. Selamat mencuba


4 comments:

  1. apani tok, apa nii??? aku org kedah pun tak pernah mkn. mohon sesiap tlg buat dan hantar, kahkahkah >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kat kedah..biasa nya warna kuning..kedai2 kampung selalu ada jual pagi2..

      Delete
  2. tak pernah lagi makan pulut dengan ayam goreng..pulut tu favourite kot..ayam goreng pun sama. Nanti boleh try.tapiiii tak pernah masak pulut..hahahaha

    ReplyDelete
  3. asal ke rantau panjang Kelantan misti beli makanan nih..sedap oii!!

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com