Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015


Bismillah,

Hari ni hari terakhir aku di ofis sebelum mula bercuti. Seminggu ni takkan ada entri sebab bizi, Jadi di kesempatan yang berbaki beberapa hari ni, aku dan keluarga menyusun sepuluh jari tangan memohon kemaafan di atas kekhilafan yang berlaku sepanjang tahun ini, dari hujung rambut hingga hujung jari.

Aku percaya jika kita ikhlas memohon ampun dan maaf, Allah akan berikan kekuatan kepada hambaNya yang lain untuk memaafkan dosa dan kesalahan yang kita lakukan.

Agar yang keruh dapat dijernihkan, yang jauh boleh didekatkan, yang salah kembali diperbetulkan. Semoga kita dapat meraikan lebaran ini dalam keadaan hati yang tenang dan gembira.

Rancang perjalanan pulang ke kampung, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Ikhlas dari kami sekeluarga
Afzalsukasuki | Radiah Izzati | Dhya Khayla Jasmeen


5 Comments

  1. selamat hari raya!! maaf zahir dan batin.

    untung la dapat cuti dah esok, esok IQ kerja lagi...khamis baru cuti....

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya tokk.. besaq dah si budak Jasmeen tu ^_^

    ReplyDelete
  3. Awal cuti tu..seronoknya! Apepun, Selamat Hari raya Afzal & family. kosong² ye..Semoga selamat perjalanan balik kampung dan pulang dari kampung :)

    ReplyDelete
  4. salam lebaran...semoga selamat disepanjang perjalanan pergi dan balik beraya.

    ReplyDelete
  5. awal nya tok. hahaha.. selamat hari raya. hati2 balik kampung. :D

    ReplyDelete