Bismillah,
Aku dulu pun ada kotak pensel ni. Rasanya aku beli kat pasaraya
Fajar (kat Cheras) masa darjah 5. Humangaih eksaited rasa macam dapat
XBox plak. Kecanggihannya tak dapat diterjemahkan oleh fikiran kanak-kanak bawah umur aku
time tu.
Mana taknya, semua dikawal dengan satu sentuhan butang sahaja. Semua terbuka dengan sendiri. Kotak pensel tu pada aku dah serupa kapal angkasa dengan beberapa kokpit. Sering aku jadikan alat mainan sementara tunggu cikgu masuk bilik darjah.
Dilengkapi dengan aksesori cermin yang pada aku tak ada guna pun, aku bukan tempel bedak dalam kelas. Ada ruang pengasah pensel, pemadam, pensel dan pembaris. Harga dalam
RM12 jugak la. Bukan sembarangan orang boleh pakai kotak pensel ni. Kena kuat semangat sebab kumpul 50 sen sehari, mau sebulan jugak tak hadap makcik kantin beli nasi lemak. Tu yang menempel kat bekal budak lain tu. Tak pun
apply kupon
RMT (Rancangan Makanan Tambahan)
Kalau sapa pakai masa tu, kira dia
advance empat ke lima tahun ke hadapan berbanding pelajar lain. Potensi nak jadi pengawas pun semakin cerah (
ok ni aku auta) Kalau ada tali
nametag time tu, aku rasa ada je orang sangkut kotak pensel tu kat leher selain sangkut botol air.
Ni cerita aku la bebudak era 80 an. Sekarang ni entah ada lagi ke tidak aku pun tak tau. Tapi kotak pensel ni memang
rare!
12 Comments
haha! sama sangat pemikiran, lebih advance bila time main, kotak pensil ni pun boleh jadi kereta kebal. tempat letak pensil tu dah jadi peluru berpandu untuk kereta kebal terbabit..
ReplyDeleteah imaginasi kanak2 sangat mengamit perasaan laa
kira orang yang paling hebat ada pensel box macam ni ye..hehe..memang rare kalau zaman dulu. zaman sekarang kalau ada tak berapa nak heran rasanya..ke?
ReplyDeleteKotak pensel rare ni dulu memang femes habis. Siapa yang ada memang win habis lah! Sharpener yang ada air dalam dia tu pun sama. Tak tau lah bebudak sekarang jumpa lagi ke tidak benda-benda gini. Rugi betul diorang, hehe =D
ReplyDeleteahahhaha kita adaaaaaaaa dulu. yg tingkat2 tu ehehhehe
ReplyDeleteakak dulu tak merasa..tapi memang ada sorang dua kawan yang pakai..mampu tengok dari jauh je...
ReplyDeleteSempatlah merasa pakai kotak pensel ni..
ReplyDeleteHi,singgah
ReplyDeletememang suka cari kotak pensel yang ada tempat khas die untuk setiap barang..ehehe
ReplyDeleteteringat sangat kotak pensel macamni zaman dedulu. ada lagi ke sekarang?
ReplyDeletewaktu ni rasa tiap tiap bulan nak pensil box baruu ahaha
ReplyDeletezaman kegemilangan ni, kalau siapa ada satu kira terer la.. nak pergi sekolah pun rasa semangat. asyik dok buat cari2 pensel dgn ambil pemadam semata2 nak buka kotak pensil je.. hihihi.. kenangan sekolah rendah....
ReplyDeletehahaha memang super jeles kengkawan ada pencil box nih,
ReplyDelete