Entiti : Dua


Bismillah,

Seusai aku siapkan entri lepas bertajuk Entiti [KLIK SINI] aku terus balik ke rumah. Hari makin lewat, kenderaan makin banyak di atas jalan. Inilah kerja aku setiap hari. Asap dan debu dah bersebati dalam paru-paru aku.

Aku tiba di perkarangan rumah. Aku nampak kelibat puan isteri bergegas menghampiri pintu jeriji besi.

"Abang, sebelum masuk baca ayat kursi"

Aku terpinga-pinga.. tapi turutkan sahaja kehendak puan isteri. Aku ingatkan dia hanya bergurau tapi hampir tiga kali juga dia ulang permintaan yang sama.

Sesudah masuk ke rumah, puan isteri suruh aku lihat keletah si Jasmeen. Pada mulanya tiada apa yang mencurigakan tetapi bila agak lama aku perhatikan baru aku sedar ada sesuatu yang tak kena padanya.

"Babah.. kawan. Hai kawan"

Jasmeen terus melambai ke arah luar tapi masalahnya tiada orang di situ. Puan isteri berkali-kali menarik Jasmeen menjauhi jeriji besi tetapi dia akan menjengah 'kawan'nya kembali. Dia kata 'kawan'nya tu ada di belakang kereta aku.

"Jasmeen suruh la kawan Jasmeen tu balik, dah petang ni", sayup je suara puan isteri. Jasmeen berlari ke jeriji. "Abang balik laa"

..dan dipandangnya wajah puan isteri "Ibu abang tak nak balik"

Aku dah berderau. Aku cuba berfikiran positif, mungkin orang yang lalu lalang.

"Kawan Jasmeen tu.. abang ke kakak?"

"Abang", jawabnya ringkas

"Kakak ke abang?", tanya aku lagi. Sengaja aku pusing soalan.

"Abang"

Ok ini serius sebab biasanya aku twist soalan, jawapannya adalah perkataan akhir yang keluar dari mulut aku.

Bila Jasmeen mula berinteraksi dengan sesuatu yang kami tak nampak, aku tak mampu nak gembira macam biasa. Kawalan ke atasnya bertambah jadi dua kali ganda daripada biasa.

Itu mungkin kurniaan Allah dan aku harap tidak berlaku perkara yang tidak baik ke atas anak aku yang seorang tu. Tak tahu sama ada rasa nak gembira atau bimbang..




..sebab minggu sudah dia baru tegur seorang kakak berjalan di bahagian luar kereta, pukul 11.30 malam dan mak abah aku sendiri nafikan ada kelibat orang di luar ketika itu.

Hmm


4 Comments

  1. budak kecik memang boleh nampak benda2 gitu..ni anak akak ni tak habis2 cakap makcik dok kacaau dia.seram tau..suami pun dah risau nak pi kerja malam2 tinggal kami kat rumah..

    ReplyDelete
  2. seram pulak jadi camni. harap² tak diganggu lagi.

    ReplyDelete
  3. Budak kecil memang ada anugerah boleh nampak apa yang terhijab di mata orang dewasa ni. Tapi, bila baca cerita ni rasa seram juga even tahu tu.

    ReplyDelete