Entiti

11:45 AM


Bismillah,

Aku dapat tau ofismate aku demam tiba-tiba. Punca? Meh aku ceritakan dari mula.


**********

Makmal plankton diselia oleh Encik Saadon, one and only pegawai yang ada selepas Encik Yazid berpindah. Makmal tu tak la besar mana, kalau nak dikira ada ruang hadapan dan belakang. Encik Saadon lebih gemar menggunakan ruang bahagian hadapan berbanding bilik-bilik lain di belakang menyebabkan ianya terus ditinggalkan sunyi sepi tanpa ada sesiapa yang memerhati..


Julai 2015

Kami masing-masing bertengkar tatkala melihat gambar yang dipos pada dinding whatsapp. Kelihatan sebuah tingkap bilik dibiarkan terbuka. Masing-masing menuduh sesama sendiri dan akhirnya bila diperhatikan betul-betul tingkap tersebut merupakan tingkap belakang makmal plankton.

Aku tak pasti siapa yang buka tingkap tersebut dan tujuan apa tingkap itu dibuka. Encik Saadon sendiri menafikannya. Setahu aku bilik tu memang tak pernah dimasuki orang. Kalau iya pun dibuka orang, ia hanya boleh dikuak dari dalam. Dan apa motif tingkap itu dibuka?


**********

Aku bergambar selfie sendiri di hadapan makmal plankton sementara aku memutarkan lagu-lagu pilihan tetamu yang hadir sewaktu jamuan hari raya. Bila aku lakukan editting pada gambar, darah aku berderau bila aku lihat ada imej lain berada dibelakang cermin makmal tersebut, betul-betul dibelakang aku. Gelap tapi jelas.

Aku positif walaupun fikiran waras aku tetap memikirkan yang bukan-bukan. Aku cuba kaitkan dengan bayang-bayang dan pencahayaan. Aku cuma nak sedapkan hati walaupun aku yakin hakikat sebenarnya tak macam tu.

Cerita ini aku biarkan untuk pengetahuan aku sendiri. Tak mahu menakutkan sesiapa lebih-lebih lagi pelajar praktikal. Aku harap sangat lah yang tanggapan aku meleset.




Ogos 2015

Aida (salah seorang staf) masuk ke dalam makmal plankton, aku tak pasti sama ada untuk semak perkakasan makmal atau ambil perkakas makmal. Dia sendirian di ruang hadapan makmal. Sedang sibuk dia membuat kerja sendiri, tiba-tiba fume hood hidup sendiri! Fume hood makmal plankton tiada timer.

Belum sempat dia berfikir panjang, tiba-tiba dia melihat sliding door tak jauh dihadapannya bergerak dan terbuka perlahan-lahan. Dakwaannya boleh disangkal kalau pintu atau tingkap dikuak, mungkin disebabkan angin. Tapi kita bicara mengenai makmal kedap udara tanpa pengudaraan angin dan pintu bukan jenis daun.. tetapi jenis sliding. Angin tolak pintu sliding? Fume hood hidup sendiri? Mustahil kalau tak digerakkan sendiri dengan kudrat manusia.

Selepas kejadian itu, Aida demam. Hari ini pun masih tak nampak batang hidung dia lagi. Aku harap dia segera pulih.


**********


Serba sedikit kisah dari makmal plankton. Sebelum ni kisah dari makmal aku mengenai wanita bergaun merah. Boleh KLIK SINI untuk baca.

Aku harap kisah ni berakhir sampai sini saja. Ini kisah sewaktu hari siang, cerita buah mulut sebelah malamnya aku masih kemamkan lagi.

Lain kali ye aku cerita.



You Might Also Like

6 comments

  1. Seram ni..kalau siang pun dia boleh ON apatah lagi malam..cerita malam lagi seram

    ReplyDelete
  2. kenapa meremang ni. dah lah hari2 Scya kerja malam (TT___TT)

    ReplyDelete
  3. Memang makmal tu macam2 betul ye..siang malam dia dok mengacau..sabar la ye..niat nak cari rezeki..sambil2 buat kerja pasang la surah yassin ke,surah apa je la..

    ReplyDelete
  4. Seraammmm. Ingatkan tengah baca novel. Rupanya cerita betul.

    ReplyDelete