Blog Sihatimerahjambu

Juling

9:48 AM


Bismillah,

Semalam aku singgah beli burger. Malam-malam macam tu aku tak rasa nak telan nasi sangat. Lebih memilih untuk menjamah kudapan berat. Lagi pun plan nak makan burger ni dah aku suarakan kepada puan isteri sejak dua minggu lepas. Nampak tak? Nampak tak permainannya?

"Burger daging special satu", pesan aku kepada abang burger. Mata aku sesekali meliar memerhati lain.. tak bercakap secara bersemuka. Abang tu teruskan kerjanya.




Bukan niat nak berkurang ajar, tapi aku rasa serba salah bila tahu abang tu mempunyai masalah juling. Bukan semalam sahaja tetapi setiap kali aku berhadapan situasi macamni. Aku rasa macam 'mengejek' bila mata aku asyik beralih ke kiri dan kanan matanya. Hmm

Ada yang kata seseorang yang juling akan menggunakan mata kanannya lebih untuk bercakap dengan orang. Itu kalau kanan.. kalau dia biasa guna kiri? Kalau dia guna kedua-dua belah matanya?

Aku tak merendahkan sesiapa sebab pakcik aku juga alami masalah yang sama. Maaf kalau mata aku meliar bila berhadapan dengan korang yang ada masalah ni. Aku dihambat rasa bersalah walaupun aku tahu korang sebenarnya tak kisah.

Aku harap sangat aku tak lukakan hati sapa-sapa. Aku tak mahu korang terasa.


You Might Also Like

6 comments

  1. aku suggestkan kalau nk pergi lagi lepas ni kau pakai spex mata itam.. jadi die x tau kau akan pandang mane.. amacam..? berilian x idea aku?

    ReplyDelete
  2. xpe mungkin dia memahami anda..

    ReplyDelete
  3. susah jugak macam ni..ikut suggestion korN je cara terbaik kot?

    ReplyDelete
  4. jadi cm gua senang, pemalu, bercakap sambil pandang lantai..

    ReplyDelete
  5. opss..memang kena pakai cermin mata hitam la lain kali ni

    ReplyDelete
  6. setuju dengan korn..pakai spek hitam..atau sambil bercakp tu belek2 botol rempah dia ..

    ReplyDelete