Makan Umpan


Bismillah,

Hari tu hujan renyai-renyai. Aku balik lewat memandangkan aku bawa motor. Sama situasinya dengan bos aku. Takpe lah, Jumaat.. lagipun tak ada apa yang nak dikejarkan.

"Afzaaaaall", suara bos aku memecah deruan hujan yang melebat.

"Ah sudaahh!!"

Aku bangun menghampiri biliknya. Bibir aku ketap dan kolar baju aku genggam kemas. Kalau pose ini dibuat tak ubah macam lelaki bimbang kena rogol. Bimbang la sangaaattt kan??

Oh lupa bagitau bos aku perempuan. Kalau bos aku lelaki, pose cekak kolar baju aku tu.. aku ubah jadi cekak buntut seluar. Eh?

maruah aku sepaket Corntos


"Ni awak nak keropok? Saya salah ambil.. tak sedap", pelawa bos aku. Dalam hujan-hujan macam ni, tak banyak pilihan yang ada.

"Keropok pon keropok la..", aku menyambar keropok pada tangannya dan bergerak untuk beredar.

Belum sempat aku buka langkah kedua.. dia bersuara lagi.

"Haa ni tolong taipkan dokumen ni untuk saya.. bla bla bla"

Deng! Tak sangka dia berjaya menjerat aku dengan keropok Corntos 30 sen. Apsal aku rasa murah ya amat!

Dan aku la satu-satunya korban petang Jumaat itu. Hehehe (tahyul kuat budak ni sebab banyak tengok cerita hantu Melayu)

Dan lepas entri aku ni siap baru aku tau aku dah hilangkan dokumen bos aku tu (nangis!)



P/s : Lepas ni kalau dia pelawa Kepsi baru aku datang

6 Comments

  1. hahah..30 sen je nilai umpan tu..kesian...hahah

    ReplyDelete
  2. terkena pulak umpannya ye..dah nasib..buat je la kerja kan..huhu

    ReplyDelete
  3. hahahahaha dah lah kena umpan murah, doc hilang pulak. dabel trabel lah tok ><

    ReplyDelete
  4. kesian da kena umpan dnegan crontos. XD

    ReplyDelete
  5. sadis.. cmana blh hilang plakk

    ReplyDelete
  6. kesiannya.... boleh hilang plak..

    ReplyDelete