Blog Sihatimerahjambu

Istilah Raya Korban

3:20 PM


Bismillah,

Hari raya korban muncul lagi tahun ni. Papan permohonan cuti semakin penuh. Ofis pula semakin sunyi. Tak semeriah Aidilfitri, tapi cuti tetap cuti.

Selain kambing dan lembu, ada sesuatu yang perlu dikorbankan lagi. Raya kali ni di kampung suami, si isteri gigit jari. Nampaknya lakonan isteri tahun ni tak berapa nak menjadi.

Yang berpantang.. teruskanlah berpantang, tak semua juadah boleh diisi. Kang darah tinggi naik lagi. Tak memasal apply MC. Ala kalau doktor nak bagi, sapa la yang tak sudi.

Bajet kena cari lagi sebab baru je masuk gaji. Perjalanan jauh lagi, takkan tengah bulan nak aqiqah megi? Kesian kat anak bini.




Sabar lah kaum suami, kena memandu sorang diri. Anak bini dah diulit mimpi. Destinasi tak sampai-sampai lagi. Kenderaan panjang tak henti-henti. Time ni jangan dibawak lawak jem dan roti. Kang ada yang makan kaki.

Aku kerja tahun ni, malas nak apply cuti. Berkorban la aku sorang diri kat sini. Selamat Hari Raya Haji. Apa yang kita kecapi kini. pasti ada pengorbanan yang besar tanpa kita sedari.

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sehati dan mulia


P/s : Cantik liriknya, dalam juga maknanya

You Might Also Like

5 comments

  1. semuanya perlukan pengorbanan.Selamat hari Raya Afzal n family

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. untung dapat jugak balik tak kira rumah kampung suami atau isteri..
    macam kami ni lagi la sedih tapi tak de la nak simpati..
    cuma..harap tahun depan suami dapat cuti..
    tak mau jadi macam tahun ni...
    beraya la kami dalam rumah sendiri.
    hehehhe

    ReplyDelete
  4. berkorban apa saja.. makan daging xhingat dunia smpai pening kepala hari tue.. huhuu


    kwn2 jom la join giveaway dekat blog effa

    http://ourlovebonding.com/2015/10/jom-join-giveaway-dari-ourlovebonding-com.html

    ReplyDelete
  5. Dah macam buat pantun pulak =)
    Yang penting kat mana juga kita berada, yang penting semangat raya tu ada =)

    ReplyDelete