Kenduri Kahwin Orang

9:02 AM


Bismillah,

Weekend hari tu aku macam biasa jadi supir mak abah aku ke kenduri kahwin kawan dia kat area Bangi. Bersama menjayakan program habiskan lauk kenduri dengan aku adalah puan isteri dan si Jasmeen.

Kendurinya di tingkat 4 sebuah bangunan, lokasi yang sama sewaktu kenduri Angah aku dulu. Tak perlu dipertikankan lagi. Kat situ la tempatnya.. menurut abah aku dengan muka sangat serius.

Aku masuk ikut pintu tepi, mak abah aku masuk puntu depan. Tapi tuan rumah kat atas pelamin plak dok bergambar. Masuk-masuk terus cari nasi. Time tu jangan ditegur.. boleh bawak bergaduh. Lapar punya pasal.

Puan isteri siap tambah dua kali lauk, mak aku siap tapau dadih dalam beg, doorgift air gas dua tiga botol. Abah aku meliar pandang depan belakang cari kawan dia (tuan rumah) tapi haram tak jumpa. Yang nampak cuma isterinya saja.




"Tuan rumah.. Encik Hamid mana ye?", tanya abah aku kepada salah seorang pelayan. Tapi pelayan tu hanya menggeleng.

Dah rasa kematu punggung memasing, kitorang pun gerak lah keluar dari dewan. Abah aku sapa salah seorang tetamu kat situ.

"Ada nampak tuan rumah.. Encik Hamid?"

Orang tu geleng

"Hmm. Ni kenduri Encik Hamid kan? Bilik Cempaka?", tanya abah aku lagi

"Bukan pakcik. Ni Dewan Cempaka, bilik Cempaka kat lobi. Err lagipun mak pengantin ni janda, takde suami rasanya"

Tetiba aku tengok abah aku terus jadi sesumpah.. eh sama plak warnanya ngan dinding. Mesti orang tak perasan dia mengesot kat dinding menghala ke lif time tu.

Punyalah yakin rupa-rupanya dok redah kenduri orang lain.

Hahaha


You Might Also Like

9 comments

  1. Nasib lah kenduri orang kahwin... kalau kenduri bukan orang macam mana jadi tak taulah kan :D

    ReplyDelete
  2. hahah...tak leh tahan gelak akak baca ni..cemana boleh silap?/adoi..

    ReplyDelete
  3. hehe...habis anak beranak bertukar jadi sesumpah ke
    adusss...sadis sungguh cite ni

    ReplyDelete
  4. wehhhh laaa...ni baru pertama kali nampak kes, "biar salah asalkan yakin" hahaha :D

    ReplyDelete
  5. adoii kelakar pulak..takpe, ayah afzal pandai cover

    ReplyDelete