Blog Sihatimerahjambu

Musibah Si Musibat

9:36 AM


Bismillah,

Semalam keluar nak tuang minyak, aku tengok kereta aku dah kemek macam tu. Memula aku senyum je sebab aku mesti tengah mimpi time tu. Bila aku sentuh lekuk kemek kat bahagian lampu depan tu.. sah aku tak mimpi! Macamana kemek kereta aku, macam tu la kemeknya hati aku. Lagi kembang kempis hidung puan isteri dok tahan marah sebab tu kereta dia *bukan tahan kentut




Ni mesti kena time kitorang parking kat AEON Big Taman Equine. Dari sudut dan kesan kemek, dapat aku rumuskan bukan dari kambing atau lembu, tapi mungkin lori atau kenderaan 4WD. Masing-masing diam tak kata apa-apa on the way balik rumah.

Apa boleh buat dah nak kena. Hadap je la. Makan RM300++ gak kalau nak perbetul ni. Ni la orang kata musibah. Sabar.. sabar.. senyum.. senyum. Nampak positif tak? Positif la sangat.

Senyum.. senyum la gak. Kalau dapat tau musibat mana yang buat.. aku ikat dia kat pokok, letakkan kerengga je.

Hahahaha *tone sedikit kejam berlatar belakangkan lagu gaban


P/s : Petang ni buat report polis.. nak claim insurans.


You Might Also Like

4 comments

  1. mesti org tu cepat2 gi cabut lepas gesel keta, buat2 tak tau. Sapa tak geram?

    ReplyDelete
  2. adeh la..mmg sakit ati.org jenis mcm ni..kurang ajar btl.

    ReplyDelete
  3. IQ pernah terlanggar orang mcm ni, tapi tinggalkan note kat cermin, sbb da lambat nak pergi kerja kan? byr dlm 300 la kt tuan punya kereta....salah sendiri sodok kereta org kn? huuu

    ReplyDelete
  4. alahaii..tercalar hati den kalau kena macam ni..sapelah punya kerja ni dah langgar lepas tu taknak bertanggungjawab..sok lusa biar kete dia pulak kena..baru rasa camne kan

    ReplyDelete