Reward


Bismillah,

Puan isteri banyak membantu dalam hal rumahtangga. Orang akan kata, itu dah memang tugas isteri. Aku setuju. Tapi sekuat aku keluar mencari rezeki, aku perasan berat lagi tanggungjawab dia berbanding aku.

Aku percaya, kalau dia takde.. aku akan 'tempang'. Aku mungkin boleh survive, tapi tak sesempurna bila dia ada. Aku mungkin boleh masak, tapi tak sesedap masakan dia. Bila ada aku.. mesti kena ada dia.

Dia bangun seawal 5 pagi masakkan bekal untuk aku. Masakkan breakfast lagi untuk dijual. Dia berniaga online semata-mata untuk bantu aku beli susu dan lampin Jasmeen. Buat itu.. buat ini. Dia mungkin tak tau, tapi aku sangat terkesan dengan tindakannya itu. Cuma aku tak tunjuk.

Aku bukanlah lelaki gentleman seperti suami-suami lain tapi sekurang-kurangnya aku cuba. At least she know how appreciated i'm.

Ini je yang mampu aku beri. Telefon lamanya pun sekejap hidup sekejap mati. Hidup segan mati tak mau. Telefon tu la buat main si Jasmeen, ubat tido Jasmeen sebelum tido dengan zikir. Siangnya pula berbalas mesej dengan pelanggan. Pada aku berbaloi sebab pengorbanannya jauh lebih besar jika nak dibandingkan dengan harga telefon itu.




Aku bukan nak up isteri sendiri. Aku percaya isteri korang atau korang sendiri jauh lebih baik daripada itu. Cuma aku bersyukur kerana dia ada untuk melengkapkan kekurangan aku.

Terima kasih puan isteri
Semoga tempatmu di Jannah nanti



P/s : Tak romantik bukan makna tak sayang!


8 Comments