Romantik Tak Aku?

12:56 PM


Bismillah,

Semalam macam biasa aku singgah pick up puan isteri kat opis dia. Sebaik dia keluar pintu opis, aku terus menguntum senyum. Manisnya macam sekilo gula pasir. Puan isteri buat bodo.

Aku terus capai beg tangan dia, pakaikan topi keledar dan ikatkan kemas. Sweet tak? Tapi puan isteri still buat bodo lagi. Marah? Tak.. aku kan suami mentik. Mana boleh diguris dengan hal sekecil tu.

Di atas motor sesekali aku genggam tangannya, lukis-lukis bulatan atas tapak tangannya dengan jari telunjuk. Sesekali sengaja aku hantuk manja helmet aku kebelakang.. kena pulak helmetnya. Wow shweet shensangat kan? kan?

*oh ye cerita ni tak sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis




"Abang ni dah kenapa?", tanya puan isteri. Aku sengih je.

"Kalau nak pujuk ayang sebab abang lambat hari ni.. sori ayang tak termakan la", sambung isteri aku. Spoil sebab aku lambat pick up dia, 5.30 petang dia balik.. pukul 7.30 baru aku sampai. Aku sesat jalan la der hoho.

Hehe. Tak cair la pulak? Kalau aku jadi pompuan kena pujuk cenggitu dah cair dah kot. Bak kata Meran dah boleh la kalau nak direbahkan di Toto Narita

Hahaha


P/s : Lelaki ini romantik bila kena ngan masanya. Tunggu je la dengan sabar :)



You Might Also Like

7 comments

  1. hahahah obvious sgt sbb rasa bersalah :p

    ReplyDelete
  2. kakkakaa nampak sangat buat salah kot banglong.

    ReplyDelete
  3. hahah..tu beza awek dengan isteri tau..awek ni sat ja nak pujuk..geletek2 pinggang ja dah ok..tapi isteri jangan buat pasai oi.makan jam jugak la nak bagi dia gelak..

    ReplyDelete
  4. gilaaa laa 7.30.. klau aku tok, aku balik nek teksi dah.. huhu
    btw, aku belom kawen tok, xpyh beranak pinak sgtla. puii

    ReplyDelete
  5. adeh 2jam kot.mmg x cair la kalo takat ketuk2 helmet gtu hahaha

    ReplyDelete
  6. hahaha..memang tak cair la afzal oiii.kekeke..sabar je la ye

    ReplyDelete