Tipikal Malaysia : Malam Jumaat


Bismillah,

"Ayang, hmm malam ni.. hmm malam Jumaat tau", sapa si suami sambil jeling manja kepada si isteri. Si isteri buat-buat bodo. Masam mencuka mukanya.

"Ayang.. abang..", belum sempat si suami abiskan ayat, si isteri pantas mencelah..

"Ayang tak sedap badan la bang, lagi pun malam ni nak basuh baju. Esok nak bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju minum susu makan roti saya sangat suka hati bla bla bla", panjang menjela alasan si isteri.

"Err malam ni malam Jumaat.. ada pasar malam kan. Kata nak beli sayur. Ke ayang fikir apa ni?", balas suami

"Bwahahahaha tetiba rasa nak makan rangka ayam bang!!", si isteri terus gelak besar. Kulit mukanya ada la tebal macam tapak kasut. Boleh menebal lagi tu serupa kulit gajah kalau diteruskan perbualan lagi.





#asalmalamjumaatmestidemam

2 Comments