Blog Sihatimerahjambu

Jalan-Jalan Cari Makan : Red Card Cafe

2:15 PM


Bismillah,

Hari tu aku bawa puan isteri keluar makan meraikan ulangtahun perkahwinan kami ke tiga. Dia decide nak ke Red Card di seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Boleh gak try, aku pun tak pernah ke situ lagi.




Dekorasi dalamannya sama cantik macam luaran. Susunan meja yang kemas, kerusi panjang yang selesa. Cuma masa tu aku agak terkilan sebab lambat mendapat layanan. Dua tiga kali juga la aku panggil. Aku fikir yang baik-baik, mungkin banyak order dari customer lain sebab nak kata ramai customer time tu.. memang tak la.




Banyak menu yang perlu aku cuba, tapi pasta lebih menarik perhatian aku. Aku nak cuba set burger.. tapi takde plak kat situ. Aku order Mac & Cheese. Puan isteri order cabonara, boleh kongsi dengan Jasmeen skali.



Mashed Potato RM6, Honeydew dan Pink Lemonade RM5


Ada set pasta, grill dan asian. Harga boleh tahan average RM20++ sekepala. Tapi berbaloi la dengan rasanya. Memang terbaik lah. Pekatnya kuah pasta tu, aku agak dia tuang satu botol penuh untuk satu pinggan gamaknya hahaha. Banyak dan pekat. Marvellous. Untuk 2 menu tu bersama mashed potato untuk Jasmeen, air honeydew dan pink lemonade, aku perlu bayar RM50++.



Mac & Cheese RM14.90

Cabonara RM14.90



Ada rezeki aku nak repeat balik, nak cuba menu lain plak. Kalau nak bawa yang tersayang, boleh la cuba menu western dan asian di dalam ruang kemas dan selesa di


RED CARD
17 & 18
Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor


You Might Also Like

4 comments

  1. wahhh..memang menyelerakan menu2 tu semua...
    cuma klu service lambat kurang berkenan...huhuhu

    ReplyDelete
  2. carbonara cengiitu pun dekat limabelas hengget? takde nampak ketul2 ayam pun, dekut :3

    ReplyDelete
  3. okay, nanti nak trylah..tergoda tengok meen makan

    ReplyDelete