Kawad Cam

10:57 AM


Bismillah,

Cerita bulan lepas, berlaku kat makcik aku. Rumah dia kena ceroboh masuk tapi takde apa-apa yang hilang sama ada barang kemas, duit dan perkakas rumah. Masa tu makcik aku takde kat rumah.

Pulang dari kerja, dia nampak orang kampung kerumun di kawasan rumah dia bersama seorang lelaki yang diikat tangannya. Saksi bagitau yang lelaki tersebut mundar mandi di kawasan ampaian sebelum masuk ke rumah dia. Lepas tu polis datang untuk menahan suspek dan minta makcik aku ke balai polis untuk membuat kawad cam.




"Kawad cam? Nak cam apa?", makcik aku musykil.

"Cam seluar dalam puan sebab suspek ni banyak terbabit ngan kes curi seluar dalam", balas pegawai polis tersebut.

Cam spender? Agak-agak nak ngaku tak kalau spender tu serupa roti kirai? Erk!


P/s : Rare betul kawad cam spesis nih :)

You Might Also Like

6 comments

  1. agak rare kes ni..
    kena buat post-mortem ni!

    ReplyDelete
  2. bapak!!!
    malu siot! maunya terus tak ngaku...

    ReplyDelete
  3. first time dengar kawad cam ni..nasiblah dia masuk masa xde org..risau kalau di apa apakan..orang zaman sekarang ni bahaya

    ReplyDelete
  4. haha segan nau,memang tak la nak pegi ..

    ReplyDelete
  5. hahahahahaha!!! epik betul hahahahaha nasib la aku ni jenis spender up to date. eh?

    ReplyDelete
  6. rare! hahaha

    hi abg apjal. saya kembali. hihi

    ReplyDelete