Blog Sihatimerahjambu

Petua Untuk Mendapatkan Zuriat

11:26 AM


Bismillah,

Aku nak kongsi satu petua dengan korang. Petua ni aku dapat daripada imam masjid Tanjung Gemok, Kuala Rompin masa aku balik kampung sebelum ni. Imam ni kenalan rapat bapak mertua aku.

Sebelum ni ramai pasangan berkahwin datang meminta tip cara-cara untuk mendapatkan zuriat daripadanya. Dan rata-rata yang mengamalkan petua yang diberikannya alhamdulillah dikurniakan zuriat.

Caranya, sebelum bersama dengan isteri si suami hendaklah istighfar 3 kali terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan selawat sebanyak 100 kali. Selesai selawat baru boleh bersama dengan isteri. Petua ini hendaklah dilakukan oleh suami, dan bukan isteri.




Tips Untuk Mendapatkan Anak Yang Soleh
Sebelum bersama, istighfar 3 kali. Kemudian baca ayat Qursi 1 kali. Ayat Qursi bertujuan sebagai pendinding antara hubungan suami isteri, semoga benih yang terhasil dilindungi daripada jin dan iblis.

Kemudian baca doa dipermudahkan urusan dengan tujuan apa yang kita hajati, Allah akan makbulkan insya Allah. Semoga dijauhkan daripada kesulitan dan kesukaran untuk mendapatkan zuriat.




Itu antara petua-petua yang boleh aku kongsikan. Mudah-mudahan kita perolehi zuriat yang sihat dan soleh insya Allah. Apa yang penting, sabar dan tawakal. Allah takkan menganiaya hambanya dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita :)


P/s : Selawat 100 kali tu memang menguji iman suami hehe :P


You Might Also Like

9 comments

  1. TQ untuk petua ni bro..insya Allah boleh diamalkan... :)

    ReplyDelete
  2. Nanti kite pakse suami kite Ikut Petua ni..

    ReplyDelete
  3. aku kena skip dulu entri ni. melainakn kalau ko tulis "petua mendapatkan laki" dulu. hahaha

    ReplyDelete
  4. Singgah sini tibe2 hihihi dan follow blog nie jugak tibe2...hihihihi ;)
    Salam kenal

    saya dari Riana Little Cuties..

    ReplyDelete
  5. Yang pesanan tu memang menguji sangat..takut xsampai 10 dah terkam. TQ for the info`

    ReplyDelete
  6. bagus pertua ni afzal. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  7. selawat 100 kali..sampai ke 40 dia lena dah..hahahah

    ReplyDelete
  8. ohhh...camtu rupanya...patut la sebelum ni x berjaya...haha...kahwin pun x lagi nk berjaya apanya...

    ReplyDelete
  9. tak sampai 10 dah terkam dulu. Heheh.

    ReplyDelete