'> Ingatan Mesra Dari Dia | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, November 30, 2015

Ingatan Mesra Dari Dia


Bismillah,

Lama aku tak update something. Bukan tak ada cerita, cuma mood tu tak sampai. Bila tak sampai.. nanti cerita jadi tergantung.

Pagi tadi macam biasa puan isteri kejut Subuh seusai dia selesai melaksanakan tanggungjawabnya di atas tikar sejadah. Aku di bilik sebelah memandangkan aku tak berapa sihat, selsema dan sakit kepala.

Aku perhatikan dalam keadaan mamai, puan isteri dok memerhati bilik sebelah. Aku agak mungkin dia tengah perhatikan tudung atau baju yang hendak dipakai. Aku bangun dan melintasinya, tak cara dengan perbuatan dia tu.




"Abang.. cuba abang tengok sejadah atas katil tu", tegur puan isteri sebaik sahaja melihat aku keluar dari bilik. Aku lihat.. tak ada apa yang pelik hingga puan isteri sambung menghabiskan ceritanya.

"Tadi sayang solat macam biasa. Sayang dah lipat sejadah tu kat bucu katil. Alih-alih sayang ambil baju abang sekejap, sayang datang balik tengok sejadah tu jadi macam tu"

Aku lihat sejadah tu berdiri macam bentuk roti tisu. Aku datang dekat dan aku lipat kembali sejadah tersebut. "Hmm tak ada apa-apa la sayang. Jangan risau la", aku cuba tenangkan puan isteri. Mukanya nampak takut.

Aku biasa dengar kejadian pelik berkenaan sejadah, tapi bila berlaku kepada aku dan puan isteri.. aku tak tau nak rasa apa. Takut, terkejut dan gembira.. semua bercampur baur.

Apa pun aku bersyukur. Aku mungkin lalai dan leka. Apalah salahnya sesekali Dia kembali untuk mengingatkan. Bukan kah itu tandanya Dia masih sayangkan kita?

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.


P/s : Sekadar berkongsi pengalaman, percaya atau tidak itu hak individu. Kita punya iman :)


4 comments:

  1. hmm.. mungkin tanda ingatan lah tu.. huhuhu.. mashaAllah

    ReplyDelete
  2. memang sangat pelik..apa yang berlaku tu dah tentu ada sebabnya..

    ReplyDelete
  3. sama macam yang jadi kat kawan .tapi dia siap ambil gambar...

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com