Blog Si Hati Merah Jambu

Tak Boleh Pakai

3:49 PM


Bismillah,

Teringat aku masa belajar dulu..




"Anep warung pakcik depan tu sedap tak?, sapa aku sesambil bersiap nak keluar makan.

Kawan aku dok terbaring dengan kain pelikat dia sambil kunyah biskut mati. Berguling-guling tiap kali hero dia mati. Hero game.

"Perghh tak sedap. Sup tawar, nasi sampai lambat, sikit plak tu. Ayam boleh kira, air salah hantar. Jangan harap aku nak jejak kaki ke situ lagi. Mati kebulur pun aku takkan makan kat situ lagi. Eh ko nak ke mana ni?", tanya kawan aku.

Aku termenung kejap. "Nak keluar makan"

"Makan mana?", tanya dia endah tak endah.

"Kedai pakcik depan tu je. Aku ingat nak belanja ko tapi.."

"Jooommmm!!", tak sempat pun aku habiskan ayat dia dah kat depan pintu bilik, ngadap cermin betulkan remos dengan lidah sedikit tersentil.


Mati kebulur pon ko tak nak jejak ye? Meh aku kahakkan ko!



P/s : Seronok bila ingat zaman belajar dulu. Biskut kering pun rasa pizza

You Might Also Like

9 comments

  1. Haha. Betul tu. Zaman belajar zaman seronok kut. Makan biskut tawar cicah teh o pun best. Belum lagi makan magi kongsi 4 orang :). Rindu zaman belajar :)

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. time belajar..girls yg x pernah masuk dapur pon akan jejak dapur bila nk hujung bulan sbb duit biasiswa dah abes berjimba di awal bulan..hehehehee..sadiss..

    ReplyDelete
  4. dengar nak belanja, lajuuuuu je ye..hehe..memang tak boleh pakai

    ReplyDelete
  5. asalkan bukan duit kitaaa hahhahaa

    ReplyDelete
  6. hahah..klau free semua sedap..semua bagus tau..heheh

    ReplyDelete
  7. Maksud dia kalo mati kebulur tu kalo dia kena bayar guna duit sendiri kot. Kalo org belanje kata2 tu terbatal.

    ReplyDelete
  8. Hello saya Faris Aiman saya ingin mengajak anda datang ke blog saya iaitu http://ildati.iblogger.org ada lawak seram cinta dan berbagai...

    ReplyDelete
  9. serius zamn belajar tu adalah satu kenikmatan.. hari2 makan megi pun takpe

    ReplyDelete