Bismillah,
Aku penggemar dan pengumpul jam sejak dari sekolah menengah lagi. Tetapi dalam banyak-banyak jam yang aku kumpul, aku sangat berpuas hati dengan jenama G-SHOCK. Serius tak tipu!
Berbeza dengan jenama lain, G-SHOCK sangat lasak dan boleh digayakan dalam apa juga keadaan. Sukan lasak, di tempat kerja atau korang boleh pilih design yang lebih formal untuk majlis korporat. Ia dikenali sebagai jenama jam tangan yang berkualiti dan sangat mampu milik. Ada pelbagai warna, corak dan rekaan khas untuk lelaki dan perempuan.
Ia juga dilengkapi dengan fungsi khas yang membantu korang untuk melakukan aktiviti luar. Ciri-ciri khas yang dimaksudkan adalah seperti kalis air atau water resistant, kalis hentakkan atau shock resistant, stopwatch, alarm dan banyak lagi. Jenama yang berasal dari Jepun ini telah dikenali sejak berpuluh tahun yang lalu dan sehingga kini masih kukuh di pasaran dunia sebagai salah satu jenama jam tangan yang terbaik.
Untuk anda yang menggemari koleksi jam tangan G-SHOCK, korang boleh dapatkan koleksi jam tangan ini di laman web online seperti ZALORA Malaysia dengan harga yang sangat berpatutan. Tak perlu risau bersesak sebab korang boleh menikmati penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Bukan itu sahaja, korang boleh membuat pulangan semula dalam tempoh 30 HARI selepas tarikh pembelian secara PERCUMA dan yang penting ORIGINAL!