Blog Sihatimerahjambu

Gatal

2:15 PM


Bismillah,

Budak intern baru lapor diri kat opis aku. Empat orang.. perempuan semuanya. Muka pun nerd belaka. Kalau nak ditilik pada muka dorang, macam baru sekali dua je buat dosa. Kalau aku melawak, aku kena sertakan sekali maksud dan rumusan sebab dorang tak faham.

"Saya dengar ada lagi budak praktikal nak lapor diri", budak intern lab aku mulakan perbualan.

"Oh yeke?", aku sedikit terpinga. Tak plak dimaklumkan kepada aku sebelum ni.

"Nasib.. baru rasa semangat sikit", sambung dia lagi. Aku pandang dia musykil. Kawan dia yang sorang pun tunduk tersenyum

"Aih semangat kenapa plak?", aku lihat dia tersipu-sipu malu. Malu-malu nerd.. tak boleh nak aku ungkapkan, apatah lagi suruh korang bayangkan. Macam muka Dr Senbei

"Kenapa? Ke sebab bebudak intern baru nanti.. bebudak lelaki", tanya aku lagi.




Dengan tak semena mena dia berlalu sambil tersengih-sengih. Muka dari merah terus jadi ungu kelabu kuning. Serupa aiskrim paddle pop pelangi dah aku tengok

Bila aku tanya, alasan dorang sebab akak ngan abang atas dorang semua dah kahwin.

Masalahnya bulu ketiak korang pun malu-malu alang nak tumbuh. Nak buat sanggul pun tak lepas. Ni banyak tengok cerita melayu ni aku rasa.

Takpe la dik, kahwin kan macam main masak-masak. Bila sampai masa mak panggil balik, Esok boleh sambung main lagi kan?kan?

Tetiba gatal plak telinga aku



You Might Also Like

5 comments

  1. Biasala kalau kat kedai ada lambakan produk memang diaorang jual murah 2 je..Ni pun sama la kot..pompuan ramai sangat sampai ada segelintir terpaksa jadi murah sampai macam tu sekali..hahahah

    ReplyDelete
  2. haha budak2 lagi. belum knal erti hidup memg gini. sya pun sme gak mcm ni dlu time blaja lagi2 satu kelas semua pempuan

    ReplyDelete
  3. ramai orang suke ngorat bdk intern.. hahaha

    ReplyDelete
  4. golongan nerd pun ada perasaan jugak tok :))

    ReplyDelete
  5. gitu pulak datangnya semangat dia ye..nak intern ke nak cari jodoh tu :)

    ReplyDelete