Keajaiban


Bismillah,


Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Ada sebab aku jadi macam ni. Bulu roma aku meremang bila aku dengar berita yang aku terima. Sejak seminggu lalu, adik aku atau aku panggil Angah.. terpaksa buat keputusan hidup dan mati bila dapat tahu janin yang dikandungnya tidak normal.

Doktor mengesahkan yang anaknya itu tidak punya tempurung kepala. Allahuakbar. Berita itu terlalu mengejutkan kami sekeluarga. Doktor memberitahu yang kebarangkalian anaknya untuk hidup hanya 24 jam sahaja selepas dilahirkan. Doktor memberi cadangan tetapi keputusan tetap di tangan Angah.

Kami berbincang dan memberi kata-kata semangat namun kami tak punya masa yang lama, janin semakin hari semakin membesar. Akhirnya setelah mendengar pendapat beberapa orang ustaz dan doktor pakar, kelmarin Angah aku dengan berat hati bersetuju untuk gugurkan janin dalam tempoh 49 hari.

Semalam sebelum induce, doktor scan janin sekali lagi sebelum diinduce. Janin nampak lemah dan senyap. Keadaannya masih tak berubah. Tiada garisan tempurung kepala dan tanggannya pendek sebelah.




But something really happening today. Sebelum doktor induce kali kedua tengahari tadi, doktor tergerak hati untuk scan janin Angah. Apa yang buatkan dia terkejut, janinnya kelihatan normal. Tiba-tiba sahaja ada garis tempurung kepala dan tangannya yang pendek jadi sempurna panjangnya! Dia buat perbandingan gambar scan semalam dan hari ini. Memang nampak perubahan. Doktor memohon maaf berkali-kali kerana perkara itu tak pernah belaku kepadanya sepanjang kariernya sebagai doktor. Dia simpulkan itu sebagai satu keajaiban

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Yeah something miracle happening to us today. Aku rasa nak menangis, lebih-lebih lagi bila semalam aku rasa tak sedap hati dengan keputusan yang Angah buat. Mungkin ini kerana berkat doa ataupun sengaja Allah turunkan sedikit ujian, nak lihat adakah kami mampu hadapinya dengan rasional atau tidak.

Alhamdulillah janin sihat dan normal, dan dia pun kelihatan aktif berbanding semalam sebelum diinduce. Mungkin gembira bila dapat tahu yang dia berpeluang melihat dunia dan masih kekal di rahim ibunya.

Ada kalanya kita dipaksa memilih dua jalan yang samar. Dalam keadaan buntu.. dongaklah ke atas kerana Dia ada di situ. Allah jualah sebaik-baik perancang. Semoga Allah ampuni dosa kami semua. Semoga dipermudahkan segala urusan Angah sekeluarga

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar


5 Comments

  1. Alhamdulillah. Allah memberi sinar harapan setelah diturunkan ujian kepada hambaNya. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..sebak sy baca nukilan di atas
    allah maha besar...terasa keajaiban berlaku..

    ReplyDelete
  3. ya allah. terkejut baca.
    alhamdulillah.
    harap2 baby angah sihat sempurna :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..ujian buat mereka yang terpilih dan akhirnya memberikan hikmah dan anugerah yang terbaik..Allah maha berkuasa.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah. Alhamdulillah. Allah tahu apa yg terbaik untuk hambanya

    ReplyDelete